Monday, January 10, 2011

Tiada paksaan untuk memeluk Islam.

Salam semua.

Allah sememangnya telah menegaskan di dalam al.Quran bahawa Islam tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam namun umat Islam diwajibkan menjalinkan hubungan baik sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa atau keturunan. Sebagai membuktikan kenyataan tersebut kita boleh merujuknya dari firman Allah yang bermaksud ,
" Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui". ( Surah al.Baqarah - ayat 256 )

Al.Quran diturunkan untuk menjadi panduan kepada seluruh manusia di dunia ini tanpa kecuali apa bangsa sekali pun termasuk makhluk jin , al.Quran bukan diturunkan istimewa untuk orang Melayu, Arab atau mana-mana bangsa. Sesiapa sahaja yang mengikut dan mentaatinya merekalah yang akan memperolehi manfaat dan keuntungannya.

Firman Allah bermaksud:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-la
ki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Surah al.Hujurat (13)

Rasul juga diutuskan untuk semua bangsa di dunia ini sebagai pemberi penjelasan dan kefahaman kepada apa yang terkandung di dalam al.Quran, kandungan al.Quran tidak akan difahami dan juga manusia tidak akan mengetahui cara mengamal dan menghayatinya tanpa pertolongan Rasul kerana al.Quran diturunkan secara wahyu melalui malaikat Jibril dan disampaikan pula kepada Nabi Muhammad.s.a.w. oleh itu Rasul mengetahui segala-galanya tentang al.Quran, tentang perintah dan larangan Allah yang termaktub di dalamnya.
Terdapatnya berbagai bangsa dan kaum di sesuatu tempat atau negara semuanya itu adalah termasuk di dalam qadar dan kada' Allah ( perancangan dan pelaksanaan Allah ). Manusia diberikan al.Quran dan diutuskan Rasul oleh Allah supaya diikuti dan ditaati, oleh itu sekiranya timbul sesuatu masalah di kalangan manusia mereka diperintahkan supaya kembali kepada ajaran Allah.
Allah berfirman di dalam surah An.Nisa' - ayat 59 - yang bermaksud ,"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya ".

Kenyataan itu bukanlah sebagai teori atau ilmu maknawi yang hanya tersimpan di dalam minda dan ingatan manusia semata-mata tetapi sebaliknya kenyataan itu adalah undang-undang dan perintah Allah yang wajib dipraktik dan direalisasikannya, ayat-ayat itu bukanlah jampi mentera tatapi ianya berupa teori yang wajib dilaksanakan dan direalisasikannya dengan psikomotor supaya ianya menjadi kenyataan di dalam kehidupan seharian manusia.

Pada dasarnya semua manusia wajib menjadi Islam, walaupun tiada paksaan kerana peraturan tiada paksaan itu adalah dikhususkan kepada manusia sesama manusia sahaja tetapi hubungan dan kaitan manusia dengan Allah mereka diwajibkan menganut Islam atau wajib menyembah Allah seperti yang telah ditunjuk ajar oleh utusan-Nya Nabi Muhammad.s.a.w. ( Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah ).

Firman Allah bermaksud,
"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".(18)

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya".(19)
(Surah Ali.Imran )

Oleh itu sudah tentulah menjadi kewajipan kepada manusia yang telah memeluk Islam dan telah memahaminya menyebarkan pula ajaran Islam itu kepada orang yang bukan Islam iaitu sekadar memberi mereka faham dan kenal Islam, sama ada mereka menerimanya atau sebaliknya terpulanglah kepada mereka kerana dalam hal ini tiada paksaan seperti yang disebutkan di atas. Islam yang sah dan diakui hanyalah keimanan yang ikhlas dan redza yang tersirat di jantung hati seseorang hamba-Nya.


Sekian...wallahu aklam.

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam ustaz,

Kakak selalu berharap teman-teman bukan Islam kakak memeluk Islam sebab mereka semuanya baik-baik belaka.... Kesihan kan.

Sesekali juga memberikan tazkirah ringan tetapi biasanya mereka hanya tersenyum dan menjawab "tunggulah, belum terbuka hati lagi" ...

Leenoh said...

W,salam.
Syabas...reaksi mereka itu menunjukkan mereka mengakui kelebihan Islam, cuma mereka masih mendepani halagan dan kekangan tertentu untuk merealisasikan niat mereka, memang ramai demikian, nampaknya kita kena tambah kekuatan lagi untuk menolong mereka.

Hunny said...

tanggungjawab menyebar agama, memang tanggungjawab semua orang Islam. Saya pun teringin nak islamkan seseorang, tapi belum ada rezeki. Cuma bantu bagi bantuan kepada yang dah masuk islam.

Leenoh said...

Pak Ngah doakan semoga hasrat itu menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.