Monday, January 24, 2011

Islam dalam diri atau politik.

Salam semua.

Senario masyarakat kebelakangan ini mengusik minda saya untuk terus menulis dan memberi pandangan, walaupun taraf pandangan dan pendapat yang akan diluahkan itu seumpama beras yang melukut di tepi gantang. Biar pun begitu situasinya saya masih ingin menulisnya, mungkin terdapat manusia yang berminat untuk membacanya dan bersetuju pula dengan pandangan ini, kalau tidak bersetuju sekali pun masih boleh membacanya kerana terdapat di bawah artikel ini ruangan untuk memberi ulasan atau komen. Berilah komen atau pandangan kedua di dalam ruangan tersebut untuk membetulkan pandangan ini. Bukankah negara ini, negara yang mengamalkan demokrasi., setiap orang berhak memberi pandangan dan teguran.

Merujuk kepada tajuk artikel ini, sebenarnya ianya akan lebih sempurna kalau disebut," Apakah yang lebih utama Islam yang menjadi anutan diri atau politik yang menjadi pegangan?. Islam lebih dominan atau politik yang menguasainya, ketika isu bertembung di antara nilai politik dan nilai Islam, yang mana satu yang perlu disingkirkan. Nampaknya dua perkara ini sedang berlawan dan bertarik tali dalam diri orang Melayu pada setiap kali adanya kempen pilihan raya kecil atau umum, adakah pernah berlaku kekadang Islam dipinggirkan dan kekadang pula politik dipinggirkan. Persoalannya antara dua perkara tersebut yang mana satu yang menjadi dominan dan utama di dalam hati kecil orang Melayu. Bukankah Islam itu suatu cara hidup, di mana sahaja kita berada Allah menilai kerjabuat kita, apakah sepatutnya orang Melayu Islam memberi respon balas terhadap kenyataan yang dihamburkan orang bukan Islam secara yang salah dan sesuka hati terhadap amalan Islam yang betul dan benar mengikut syariat Islam yang merujuk kepada al.Quran dan Hadis. Artikel ini tidak menyebutnya sebagai menghina amalan Islam, walaupun terasa di hati itulah hakikatnya.

Adakah pada ketika dan situasi seperti ini pun kita masih menjulang prinsip politik dan ketepikan Islam yang menjadi anutan diri?. Bukankah cara sedemikian akan membuka jalan kepada generasi akan datang untuk mereka bersikap lebih mengabaikannya lagi berbanding dengan generasi kini kerana kita memberi contoh yang buruk kepada mereka, Bagaimanakah guru dapat menyampaikan pendidikan dan cara bagaimana pula Falsafah Pendidikan hendak direalisasikan, jika penggubal sendiri berbuadaya bercanggah dengannya. nampaknya masyarakat sedang menyediakan persekitaran yang mengelirukan. Dalam hal dan senario seperti ini di manakah sebenarnya kedudukan dan pendirian kita, ingin menjadi teladan atau sempadan. Apakah pilihan kita?.

Sampai ke tahap manakah orang Melayu Islam ingin berpolitik tanpa Islam menjadi panduannya, politik tanpa Islam tali hayatnya akan berakhir apabila roh keluar dari badan manakala berpolitik tanpa melanggar syariat Islam tali hayatnya tanpa penghujung. Tegasnya aqidah Islam dan syariatnya wajib dipelihari selagi nyawa dikandung badan.

Sekian...wallahu aklam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam Ustaz,

Kakak setuju sangat. Perenggan akhir patut dihayati oleh mereka yg mahu berpolitik. Di Tenang kini sudah tak tenang. Isu agama dilarang sama-sekali dianggap diputar-belit. Sebenarnya siapa ygn memutar-belit.

p/s: mengharap pengundi tidak terbelit....

Leenoh said...

Wsalam.
Semoga mendapat pertunjuk dan pertolongan Allah.