Monday, January 31, 2011

Melangkah sederap demi sederap menuju Wawasan 2020.

Salam semua
Sejak beberapa hari kebelakangan ini hujan turun setiap hari di sebelah selatan ini, tidak begitu selesa untuk keluar ke mana-mana, banyak berada di rumah sahaja, zaman ini berada di rumah pun tidaklah sunyi kerana masih dapat menghubungi kekawan melalui Facebook, kekadang bersembang dalam keadaan seorang kesejukan dan seorang lagi merungut cuaca panas, maklumlah jarak tempat di antara mereka berdua berjauhan, seorang di utara dan seorang lagi di selatan. Di Johor, Meplaka, N9 dan Selangor bermungkinan hujan tetapi di negeri di sebelah utara seperti Perak, Kedah, P.Pinang , Kedah dan Perlis mungkin cuacanya panas atau sederhana panas. Cuaca kini nampaknya tidak menentu , tidak istiqamah jadualnya seperti dahulu, zaman dahulu boleh dibuat pecaman iaitu hujan akan turun mulai bulan April, di antara April - Jun biasanya musim hujan, Julai sehingga Oktober cuaca agak lembab dan November sehingga Mac cuacanya panas, persekitaran berubah menyebabkan cuaca juga turut berubah.

Semua perkara itu bukanlah tertakluk sepenuhnya dalam perancangan manusia, itu adalah takdir atau perancangan dan pelaksanaan Allah. Walau bagaimana pun manusia juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga alam sekitar supaya kegiatan mereka itu tidak akan memberi kesan buruk kepada cuaca yang akan mereka tempuhi pada masa akan datang.

Merujuk kepada topik artikel ini " Melangkah sederap demi sederap menuju wawasan 2020 ", melihat kepada persembahan yang didedah dan dipamerkan oleh masyarakat kita di dalam aktiviti kempen pilihan raya kecil khasnya di DUN.Tenang. Johor dan juga di tempat lain di Malaysia ini amnya belum menampakkan kematangan, masih terdapat riuh rendah membincangkan isu remih dan tidak berkenaan, situasi itu tidak menunjukkan bahawa kita sudah hampir dengan ambang terbentuknya negara maju yang telah disasarkan pada tahun 2020. Kalau pun tercapai hanya dalam bidang fizikal sahaja dan dalam aspek pembangunan insan akan tertinggal, pembangunan fizikal tanpa diikuti dengan pembangunan insan akan menyebabkan ketahanan pembangunan fizal itu menjadi cepat rapuh dan reput, akhirnya jatuh merudum. Dalam bidang kerohanian kelihatan masih lemah dan jauh dari kesempurnaan, situasi ini menyentuh semua peringkat masyarakat, sedangkan kita sedang mengorak langkah sederap demi sederap menuju tahun 2020 .

Pada hemat saya menyentuh mengenai aktiviti kempen pilihan raya sepatutnya mampu mencerdik dan mematangkan rakyat tetapi sebaliknya tidak pula menjurus ke arah itu, terdapat di sana bibit-bibit yang menyebabkan minda statik dan tidak berkembang serta hilang rasionalnya. Berlumba-lumba menerangkan dasar dan wawasan parti masing-masing sudah tentulah cara tersebut lebih baik dan relevan dengan matlamat ingin memerintah. Menjelaskan kekuatan parti sendiri disamping mendedahkan kelemahan dan kesilapan lawan yang lebih jujur akan memberi manfaat kepada negara dan rakyat. Menimbulkan perkara kecil dan remih serta dijadikan pula perbincangan yang berpanjangan dan tidak berkaitan dengan pembangunan negara, mungkin perbuatan itu akan menjadi sia-sia.

Keriuhan kempen menggambarkan akhlak masyarakat kita yang sebenar, sama ada baik atau buruk itulah tahapnya yang boleh dirujuk dan dinilai, tiada siapa yang boleh nafikan bahawa tingkah laku pemimpin akan menjadi teladan dan ikutan rakyat, keghairahan meraih kemenangan sehingga menghalalkan cara dan merosakkan pendirian agama adalah sangat dikesali. Apabila menyentuh hal agama sepatutnya semua pihak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar bukan merujuk kepada amalan biasa yang tidak tepat atau adat kebiasaan yang kurang tepat dan tidak memenuhi suruhan dan perintah Allah. Isu agama yang menyentuh perkara yang betul dan benar semua pihak perlu memberi pengakuan atau kemenangan kepada yang hak. Jangan sekali-kali menggemburkannya sehingga menyebabkan rakyat yang masih memerlukan bimbingan menjadi celaru dan keliru. Semua pihak tidak seharusnya membiarkan orang bukan Islam memberikan teguran secara jahil kepada amalan kita yang betul dan benar. Mungkin pada mereka amalan yang tidak tepat yang digunapakai oleh masyarakat Islam itu adalah yang betul atau tegasnya mereka masih kurang faham tetapi menyangka telah faham, lantas memberi teguran dan orang Islam yang kurang faham pula menjadi tukang angkat nasi tambah pula untuk mencelarukan lagi keadaannya maka berlakulah kesilapan kerana memberi respon yang tidak tepat.

Pembangunan fizikal dan rohani perlu disepadukan, kalau tidak mengambil pendekatan demikian wawasan 2020 akan tercapai dalam bentuk tanpa roh yang dapat memberi kekuatan dan kesinambungan kepada jangka hayat terhadap kemajuan yang dicapai. Itu pun kalaulah ianya dicapai seperti yang dirancangkan.

Sekian...wallahu aklam..

2 comments:

Anonymous said...

Salam leenoh,
Begitulah resam kempen setiap kali menjelang pilihanraya terutama pilihanraya kecil.Kadang2 kita orang2 yg konon intelektual sudah tidak menunjukkan kematangan berfikir bahkan sama taraf pemikiran dengan yg tidak berpelajaran dan matang.Apa saja yg disampaikan bukan matlamat pembangunan insan yang hakiki tetapi sebaliknya semata2 pembangunan madani.Kita tak napi pembangunan madani tu penting,tapi biarlah seiring sam2 hebat.Kajilah sejarah tamadun manusia silam seperti Kaum Ad,kaum Thamud yg hebat,kenapa mereka hancur? Kalau itulah saja matlamat kita,tunggulah saatnya.Sekarang pun kita sudah parah dan semakin parah terutama umat Melayu yg mengaku Islam,kadang2 tak tau yg mana Islam yg mana budaya/adat sesat,maka timbullah komen2 yg tidak merujuk kpd Islam.Orang Melayu kita pun satu juga seolah2 takut dan ragu dengan kemampuan Islam,penjamin selamat dunia akhirat yg tidak perlu diragui lagi!Kalau dah ragu dimanakah SYAHADAH kita? Apakah makna SYADAH ALLAH dan SYAHADAH RASUL.Fikirlah,renunglah dengan PADUAN IMAN dan INSAFLAH! Wahai umat Melayu jangan bila sudah layu baru nak merayu!!!! Janganlah kita pandu kepada akal semata2 tanpa panduan Agama kerana akal selalu tertipu dan ditipu.
Yakinlah Islam yaklu wala yukla alaih.(arba)

Leenoh said...

Wsalam.
Terima kasih suatu sentuhan yang baik dan tidak melupai sejarah lampau yang boleh memberi pengajaran kepada semua.