Wednesday, January 19, 2011

Orang Islam dilarang bekerja di premis yang berkaitan dengan arak

Salam semua.

Isu yang masih hidup dan panas.

Aku sengaja letakkan tajuk seperti di atas kerana isu itu masih hidup dan panas diperbincangkan oleh masyarakat kita kini. Sebenarnya banyak hal-hal yang berkaitan dengan hukum halal haram ini. kalau dilihat betul-betul seolah-olah negara kita baru saja merdeka atau belum merdeka dalam aspek ini. Kalau kita perhalusi satu persatu berkaitan dengan arak dan kaum keluarganya, masih banyak yang perlu dicatatkan di sini tetapi aku tidak mahulah nak catatkan semuanya, di antara yang aku nak sebut di sini selain daripada arak ialah amalan sistem riba, judi, pergaulan bebas sama ada realiti atau dipamerkan melalui kaca TV atau lain-lain. salah satu akibat dari gejala tersebut ialah berlakunya perbuatan zina dan melahirkan anak diluar nikah dan yang dahsyat sekali bayi dibuang di merata tempat tanpa kesian belas sehingga menyebabkan kematian. Banyak lagi gejala buruk ekoran dari amalan aktiviti yang diharamkan oleh Islam itu.
__________________________________________


Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
( al.Baqarah - [219] )

____________________________

Hadis riwayat Ibnu Mas'ud;

Rasulullah melaknat pemakan riba, yang memberi makan dengan hasil riba, dan dua orang yang menjadi saksinya dan penulisnya." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Tarmizi)



____________________________________________
Terhasilnya gejala zina dan lain-lain yang tersebut tadi sudah tentulah berikutan atau bersabit dengan masyarakat kita yang tidak sempurna dalam aspek pembangunan insan. Kita tidak berjaya membangunkan manusia supaya menjadi insan, siapa mahu membangunkan siapa, kalau kita semua tidak cukup membangun sebagai seorang insan, dari rakyat sehingga pemimpin akhlaknya longgar, rakyat dan pemimpin akhlaknya sama sahaja. Perbezaan di antara rakyat dan pemimpin hanya ketara dari segi pembangunan kebendaan sahaja, jelas kelihatan pemimpin kaya raya dan rakyatnya miskin tetapi dari segi akhlak kelihatan sama sahaja. Nampaknya rakyat dan pemimpin sama-sama memerlukan pembangunan insan .

Tidak semua pemimpin yang akhlaknya longgar terdapat juga pemimpin yang berusaha mengahpuskan kegiatan haram di dalam masyarakat tetapi masih terdapat pemimpin (ketua) yang merasai dirinya tidak dipertanggungjawabkan dalam tugas tersebut, seolah-olah mereka mengecualikan diri dalam melaksankan tanggungjawab tersebut dengan menggunakan undang-undang atau prinsip sendiri yang tidak diiktiraf oleh masyarakat yang memahami Islam.

Cuba fikirkan.
Betapa ramai orang Islam yang terlibat dalam sektor arak dan sektor haram yang lain. Terdapat juga mereka yang kaya raya sedang berada dan memajukan sektor riba , arak dan judi, mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Islam, sesiapa sahaja yang terlibat di dalam memajukan sektor tersebut adalah salah, tegasnya haram.
Langkah melarang orang Islam bekerja di premis arak yang dikutkuasakan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak merupakan satu langkah permulaan yang baik, walaupun belum mencakup kesuluruhan larangan Allah " Tidak mampu membuat semua, tidak pula membuang semuanya". Pelaksanaan tersebut dilihat sebagai membuat sekadar yang termampu terlebih dahulu.

Cuma pelaksanaannya perlulah dihalusi sekurang-kurangnya ada ruang untuk memberi peluang kepada mereka yang terlibat itu berkesempatan beralih kepada pekerjaan baru dan halal. Mereka sudi mengundurkan diri dari sektor tersebut dengan sukarela merupakan suatu pendekatan yang sangat baik dan berhikmah. Dalam hal seperti ini, jika benar-benar berlaku kedua-dua pihak patut diberi pujian. Seandainya kegiatan dakwah berjalan selari dengan penguatkuasaan, insya Allah perkara sedemikian boleh berlaku dan menjadi kenyataan.

Sekian...wallahu aklam.

No comments: