Wednesday, January 12, 2011

Sujud Syukur dan Solat Sunat Istikharah sangat baik dijadikan budaya .

Salam semua.

Sesuatu yang baik di sisi Allah sangatlah molek dan afdal untuk dijadikan adat dan budaya hidup seseorang Islam dan sangatlah dituntut untuk menggugur dan menyingkirkan dengan segera adat dan budaya yang tidak dianjurkan oleh ajaran Islam atau yang bertentangn dengannya kerana ianya ditakuti merosakkan aqidah.

Di antara amalan yang baik untuk dijadikan adat dan budaya ialah Sujud Syukur dan Solat Sunat Istikharah,

# Sujud syukur.
Apabila kita mendapat sesuatu yang baik atau mendapat tambahan rezeki, kita hendaklah bersujud syukur pada setiap kali memperolehinya .

Sujud syukur sebenarnya boleh dilakukannya sepanjang masa kerana sememangnya pun manusia sentiasa sahaja mendapat rezeki, nikmat atau pertolongan Allah setiap saat.

Sujud Syukur, sangat mudah dan ringkas untuk kita melakukannya, kita hanya memerlukan berkeadaan suci (berwuduk), menutup aurat, mengadap ke kiblat, berpakaian suci dan tempat juga suci daripada najis, hanya memerlukan takbir ( Allahu akbar - niat sahaja aku bersujud syukur sunat kerana Allah Taala ) dan terus sujud ( sujud sekali sahja ), kemudian duduk di antara dua sujud dan memberi salam, begitulah mudahnya sujud syukur.


@ Solat Sunat Istikharah.
Apabila kita hendak melakukan sesuatu urusan atau membuat pemilihan di antara dua perkara, sebagai contoh sama ada memilih A atau B, kita dianjurkan bersolat sunat istikharah terlebih dahulu agar Allah menggerakkan hati kita memilih yang terbaik apabila sampai masa pemilihan atau membuat keputusannya.

Solat Sunat Istikharah ialah solat sunat dua rakaat seumpama solat-solat dua rakataat yang lain juga, cuma niatnya sahaja yang berbeza iaitu dengan niat " sahaja aku bersolat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala" dan yang lain-lainnya samalah seperti solat sunat dua rakaat yang lain, selepas memberi salam bacalah doa khasnya seperti yang dipaparkan di bawah.


Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (....sebutkan.....) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (...sebutkan...) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

Sekian...wallahu aklam.


2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam Ustaz,

Pengucapan terima kasih kepada Allah jarang kita lakukan dengan sujud syukur, kalau terima hadiah sesama insan kita ucap terima kasih atau kalau jiran memberi makanan kita akan balas dgn sedikit makanan juga.

Inilah kita yg selalu lupa (kakaklah tu). Bila perlukan pertolongan Allah bukan main solat hajat tak henti-henti tapi bila dah dapat lupa sujud syukur.

Terima kasih dengan ingatan ini.

Leenoh said...

Wsalam.
Adat dan budaya yang dianjurkan oleh Islam sangat ringkas berbanding dengan adat lama yang sia-sia dan terdapat juga yang terpesong.