Sunday, January 9, 2011

Ingatlah pada yang Satu (puisi)

Salam semua.

Kalau engkau manusia, mengapakah bayi dibuang di tepi jalan.
Kalau engkau insan, mengapakah anak dibiarkan.
Kalau engkau bukan hilang akal ,mengapakah anak ditinggalkan.
Kalau engkau berakal, mengapakah anak isteri dizalami.

Binatang pun memelihara anak.
Binatang pun berpasangan.
Menyesuaikan diri seadanya.
Bahagia bersama-sama.

Ikutlah budaya binatang.
ikutlah budaya harimau membesarkan anak sebaiknya.
ikutlah budaya gajah menjaga keselamatan anaknya.
ikutlah budaya memerang mengajar anaknya menangkap ikan.
ikutlah budaya helang bertanggungjawab pada keluarganya.

Jika engkau enggan mengikut budaya manusia.
ikutlah budaya haiwan yang baik itu.
Binatang pun berbudaya manusia.
Mengapakah pula manusia berbudaya binatang.

Tiadakah insan dalam diri manusia.
Hati cair dengan pujukan nafsu kejahatan.
Akal akhirnya dikuasai nafsu.

Ingatlah pada yang Satu.
Lihatlah cermin selalu.
kerana insaf ada di situ.


No comments: