Saturday, January 15, 2011

Ilmuan wajib jujur pada diri sendiri dan masyarakat.

Salam semua.

Ilmuan wajib jujur pada diri sendiri dan masyarakat. Kalau tidak mereka akan kembali jahil.

Pada hari cuti umum yang dingin begini saya teringin pula hendak menulis sesuatu yang berguna di laman ini, tulisan ini saya menganggapnya sebagai "anjing menyalak bukit", sudah tentu ianya tidak memberi apa-apa kesan kepada persekitaran bukit itu. Namun demikian suara salakan tetap akan kedengaran berkumandang di udara maya walaupun bukit yang disalakkan itu tidak runtuh.

Orang bijak pandai atau kini disebut juga ilmuan seharusnya mempunyai sifat kejujuran yang tinggi kerana mereka lebih arif dalam banyak hal di dalam kehidupan ini, dengan kejujuran itu maka ilmu pengetahuan akan sampai kepada masyarakat dalam keadaan baik dan tidak cacat, oleh itu bolehlah masyarakat mengambilnya atau memanfaatkannya. Kalaulah terdapat sebahagian kecil daripada mereka dipesongkan oleh keinginan menjadi kaya, berkuasa atau inginkan kedudukan tetapi caranya mengorbankan kejujuran, situasi ini akan mengakibatkan kehidupan masyarakat menjadi rosak dan bercelaru. Sudah pasti ilmuan demikian telah mencampakkan dirinya kembali ke lembah kejahilan kerana gersangnya hidayah dan taufik.

__________________________________________________


Contoh dusta: " Ini adalah lembu bukan kerbau ???"
_____________________________________________________

Walaupun mereka boleh membohongi masyarakat tetapi tidak mungkin mereka dapat membohongi diri mereka sendiri, mereka tetap pasti dan yakin bahawa apa yang mereka ungkapkan itu menyeleweng dari kenyataan dan dusta.

Mereka yang tidak jujur atau dusta dalam menyampaikan maklumat dan informasi kepada masyarakat umum secara sengaja dan tidak bertanggungjawab adalah suatu pengkhianatan dan perbuatan mereka itu dianggap melakukan kezaliman pada diri sendiri dan masyarakat. Perbuatan seperti ini amat dilarang di dalam Islam dan wajib ditinggalkan.

____________________________________________________

PATUTKAH KAMU MENYURUH MANUSIA SUPAYA BERBUAT
KEBAIKAN SEDANG KAMU LUPA AKAN DIRI KAMU SENDIRI; PADAHAL KAMU SEMUA MEMBACA KITAB ALLAH, TIDAKKAH KAMU BERAKAL?.
(Surah al-Baqarah ayat 44)
____________________________________________________

Sekian...wallahu aklam.

No comments: