Monday, January 3, 2011

Kata-kata di ambang hidayah.

Salam semua.

______________________________________________

Kedahlanie - 2. Jan.2011.
Labis - ( Hazayani Zakaria )

Petikan di akhir laporan.
"Saya seorang Hindu, dilahirkan sebagai seorang Hindu, hari ini pun saya masih Hindu, esok belum tahu...di hati saya, di dalam tanah yang bertuah ini, hanya Islam akan menjamin kesejahteraan semua".

________________________________________________

Merujuk kepada kenyataan di atas.
Orang Islam yang mendengar dan mengetahui kenyataan tersebut perlu perihatin dan bersangka baik dan mengambil kesempatan untuk meneruskan dan memantapkan kefahamannya itu, terutamanya yang berhampiran dan rakan taulan. tambahkan kefahaman Islam kepadanya.

Kenyataannya memperlihatkan bahawa beliau telah pun memahami Islam dan seolah-olah sedang menunggu hidayah dan taufik dari Allah Taala sahaja. Beliau ibarat di ambang kehadiran hidayah dan taufik Allah.

Katanya "esok belum tahu". Semoga Allah memberi hidayah dan taufik kepadanya. Semoga hari esoknya akan lebih bercahaya lagi...amin.

Sekian...Wallahu aklam.

No comments: