Saturday, January 22, 2011

Apabila bercerai terciptalah masalah yang berkaitan.

Salam semua.

Hidup berpasangan memang menjadi idaman setiap lelaki dan wanita yang telah aqil baligh, naluri ini wujud pada manusia sejak zaman Adam dan Hawa lagi. Adam kesunyian jika ketiadaan Hawa dan begitulah juga sebaliknya.

Keturunan Adam juga memiliki perasaan yang sama iaitu ingin hidup bersama pasangan dan membina sebuah keluarga yang bahagia untuk mencapai tujuan tersebut, maka berlakulah perkahwinan , selepas itu setiap pasangan akan bekerja keras mencari rezeki bagi menyara keluarga, bukan sekadar "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", malah usaha mereka melebihi tahap tersebut, akhirnya dengan usaha sama itu mereka kekadang berjaya ke tahap hidup mewah atau sekurang-kurang mampu memiliki harta seperti rumah, kereta, tanah dan lain-lain, disamping memiliki beberapa orang anak lelaki dan perempuan.

Malangnya takdir Allah tidak dapat diduga lebih awal, akhirnya berlaku perceraian atas sebab yang tertentu yang sebelumnya sedikit pun tidak menduganya, apabila telah berlaku perselisihan faham segala yang dilihat cantik dahulunya dengan sepantas dan secepat kilat segala-galanya bertukar kelihatan huduh dan buruk belaka, Kitab Allah sudah tidak menjadi sumber rujukan lagi, kesusahan dan masa hadapan anak sudah bertukar menjadi tidak penting lagi.

Apabila telah bercerai-rongkai dengan sendirinya terciptalah masalah yang berkaitan dengannya, harta sepencarian yang sama-sama berusaha mendapatkannya dahulu, kini menjadi rebutan pula, untuk menyelesaikannya pula terpaksalah naik turun tangga mahkamah bagi mendapatkan pembahagian yang adil.

.....untuk maklumat seterusnya anda bolehlah klik dan sambung baca...Di sini (harta sepencarian)

No comments: