Sunday, January 16, 2011

Amalan khurafat/adat istiadat karut.

Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat
dalam perkara-perkara yang berhubung dengan adat istiadat,
sehingga ada pepatah Melayu yang menyatakan " Biar Mati Anak
Jangan Mati Adat ". Pepatah ini menunjukkan betapa kuat
dan kukuhnya pegangan orang-orang Melayu tentang adat
istiadat mereka.

Persoalannya golongan manakah yang mengada dan
memperkenalkan adat istiadat dan perkara khurafat tersebut
dan sejak bilakah mulanya adat istiadat dan perkara khurafat
itu telah bertapak dalam masyarakat Melayu ?

Persoalan yang lebih besar dan penting ialah adakah
adat-istiadat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu itu
bertepatan dan selari dengan Hukum Syarak atau bertentangan
sama sekali dengan Hukum Syarak?

Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara
yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam
aktiviti masyarakat Melayu moden sehingga ke hari ini.
Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi
dalam masyarakat Melayu itu seolah-olah telah menjadi
satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalam
majlis-majlis atau perayaan tertentu.

Sebenarnya banyak perkara Khurafat yang dilakukan
oleh masyarakat Melayu antara contohnya ialah apabila ada
majlis perkahwinan dengan upacara persandingan yang
seolah-olah satu kewajipan, sedangkan persandingan
itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan
Dewa Rama dan Dewi Sita.

Begitu juga apabila ada sesuatu kematian, dan selepas
kematian mesti diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari
(makan serabai ), kenduri pecah perut pada hari ke 7,
kenduri 40 hari iaitu ruh berpisah dengan waris dan
kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan bagi ruh itu
memasuki dalam jemaahnya sebagai ahli kubur.

Kebiasaannya orang yang menghidup dan memainkan
peranan utama dalam hal ehwal adat istiadat Masyarakat
Melayu dan perkara-perkara Khurafat yang menyeleweng
dan bertentangan dengan Syariat Islam ini adalah terdiri
daripada Bomoh, Pawang, Bidan, Dukun, Guru latihan
pertahanan diri, Mak Andam dan seumpamanya.

Peranan mereka dalam menghidupkan adat istiadat dan
perkara Khurafat ini bergantung kepada bidang masing-masing.
Antara Contoh-contoh adat istiadat dan perkara Khurafat yang
sering dilakukan oleh orang-orang Melayu sampai sekarang
antaranya ialah seperti :-

a. Mendirikan Rumah Baru.
b. Upacara Menurunkan Perahu / Kapal yang baru ke laut.
c. Kenduri Tolak Bala.
d. Upacara Persandingan.
e. Mengandung / Kelahiran bayi
f. Adat meninggal dunia dan selepas kematian.
g. Upacara membuka gelanggang latihan pertahanan diri.
h. Membuang Air Kecil/Besar.
Hj.Ahmad b. Hj.Che Din.

No comments: