Saturday, January 1, 2011

Maih kita sembang pasal keturunan ...jom.

Salam semua.

Zuriat, keturunan atau baka.
Pagi tadi aku berjalan-jalan di sekitar kawasan bangunan kedai di Kg.Baru, Kluang, kemudian singgah bersarapan di salah sebuah kedai yang kedudukannya mengadap ke jalan Mersing, lokasinya tidak jauh dari Kem Askar. Sebenarnya aku sering ke kedai ini ketika aku berada di Kluang, kalau tidak silap ingatan aku tuan punya kedai ini mempunyai sembilan orang anak tetapi anak-anaknya tidak berminat dalam bidang perniagaan ini. Betapa banyaknya pahala yang diperolehi mereka melalui aktiviti mencari rezeki untuk menyara anak, setiap hari sembilan anak itu akan makan makanan yang mereka usahakan, mereka juga mendapat kelebihan kerana memberi sumbangan kepada proses peningkatan bilangan umat Nabi Muhammad.s.a.w.

Kewajipan mendidik anak-anak ini tentulah terpikul di atas bahu mereka suami isteri. Kelihatan agak letih menyelesaikan tugas tersebut, usaha mereka itu juga tidak sia-sia, di sana nanti akan ada ganjaran baik untuk mereka. Keturunan atau baka itu umpama bahan mentah yang diserahkan untuk dicorakkan, bahan mentah itu ialah keturunan atau zuriat yang datang dari dalam perut sebagai darah daging, jika tidak dicorakkan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki oleh keturunan itu, tentulah perkembangannya akan tersekat dan tidak berkembang menjadi milik keturunan. Sebagai contoh orang Cina mempunyai berbagai keturunan di antaranya keturunan yang membuka kedai ubat ( sense ), kedai kopi, tukang rumah dan lain-lain. Contoh ini dilihat dari aspek pengalaman dan kemahiran turun temurun yang diturunkan mengikut tradisi bukan melalui mana-mana pusat pengajian.

Pengalaman dan kemahiran keluarga.
Anak-anak orang Cina dilahirkan rupa parasnya menyerupai fizikal orang Cina, hal itulah yang dikatakan keturuan darah daging yang datang dari dalam perut ibu mereka tetapi hal-hal yang lainnya akan berlaku di luar perut, kemahiran berniaga dan lainnya dimantapkan melalui penglibatan mereka menolong dan membantu ibu bapa mereka, proses pertolongan itu memberi mereka pengalaman praktikal dan hakiki kepada mereka, aktiviti di luar perut inilah yang memantapkan lagi keturunan mereka dalam bidang perniagaan, sekiranya pada masa mudanya tidak menghiraukan perniagaan yang dijalankan oleh ibu bapa mereka, sudah tentulah pengalaman perniagaan tidak akan wujud pada diri mereka. Apa pun mereka mempunyai peluang yang luas untuk mengalirkan darah perniagaan keluarga mereka dari generasi ke generasi yang seterusnya. Kebanyakan orang Cina memantapkan zuriat, keturunan atau baka mereka melalui aktiviti keluarga.

Penyakit keturunan.
Mengikut kata doktor penyakit juga ada yang datang melalui keturunan, sebagai contoh penyakit kencing manis, jantung, tekanan darah tinggi dan lain, lebih senang lagi penyakit itu berpindah kepada anak jika proses penghamilannya berlaku ketika ibu atau bapa sedang mengidap penyakit tersebut.

Penyakit ini boleh juga berlaku seperti mana yang dialami ibu atau bapa kerana anak-anak semestinya mengamalkan atau tabiat pemakanannya tidak berbeza dengan cara pemakanan ibu bapa, makanan yang dihidangkan akan dimakan sekeluarga buat sekian lama dan akhirnya menjadi budaya sehingga mereka dewasa, sekiranya tiada pantang atau berusaha mengubah menunya, maka ramailah anak-anak yang mengidap penyakit yang sama apabila anak dewasa nanti, kalau ibu bapa gemarkan gulai lemak dan dihidangkan setiap hari, anak-anak pun akan ikut berselera demikian dan mengamalkannya. Inilah yang aku katakan keturunan yang berlaku di luar perut.

Sembang ini terpaksa ditangguhkan dahulu....

No comments: