Sunday, January 16, 2011

Syabas dan tahniah : YB.Dr.Hassan bin Mohd.Ali

Salam semua.

Saya sebagai salah seorang daripada umat Islam sama juga seperti umat Islam yang lain, sayang dan cintakan Islam serta ingin melihat Islam berkembang pesat dan mengharapkan program dakwahnya juga berjalan lancar, sambil berharap perkembangan tersebut dapat memberikan kesejahteraan khasnya kepada umat Islam dan amnya kepada semua kaum yang menjadi penghuni dan rakyat Malaysia.
Kini jelas kelihatan perkembangannya sangat aktif di semua masjid dan surau di Selangor, khasnya di Bandaraya Shah Alam. Syabas dan tahniah diucapkan kepada YB. Datuk Dr.Hassan Mohd. Ali bersama pasukannya yang bersungguh-sungguh dan bekerja keras memakmurkan masjid dan surau serta berusaha merubah sikap dan nilai serta fikrah masyarakat Melayu ke arah fikrah Islam yang lebih mantap lagi. saya juga tidak ketinggalan bersama rakyat Selangor berpeluang mengikuti dan menghadiri beberapa program yang dirancang dan dilaksanakan MAIS di masjid atau surau, terutamanya majlis ilmu. Demikianlah sesuatu pekerjaan itu, jika diserahkan kepada ahlinya (orang yang mengetahui dan mahir dalam bidang tersebut) ianya akan menghasilkan sesuatu yang baik dan berkemajuan.
Apa pun keikhlasan seseorang hanya Allah sahaja yang dapat menilainya, kalau sesuatu kerja baik itu dilakukan dengan ikhlas insya Allah akan berjaya.

Dalam blog ini telah dimuatkan beberapa aktiviti berkenaan sebagai menunjukan rasa terima kasih atau memberi sokongan kepada MAIS/JAIS yang sentiasa bergerak cergas dalam memberikan ilmu kepada masyarakat umum.


Karnival MAIS April 2009.


_______________________________________

"Akhlak Terpuji
Membentuk Keperibadian Mukmin Sejati"
Tarikh:
19 Jamadil A
khir 1430.
13 Jun 2009.

( selepas solat Maghrib )
Tempat:
Masjid Shah Al
am. Selangor.

Ahli Panel.

YB. Dato' Dr. Hasan Mohd.Ali
( Moderator )

YBhg. Us. Hasan Mahmud Al.Hafiz.


YBbg. Dr. Rubiah bt Kulu
b Hamzah
(Kaunselor)

_______


Zikir Munajat ( lepas Maghrib ) & Qiamullail Perdana
( jam 4.00 pagi )

Pimpinan:
Us. Othman Ibrahim
( Pendakwah Bebas )


Syarahan Perdana. Disember 2009
Oleh Sheikh Dr.Yusuf Al.Qardawi .
Presiden Ulamak Sedunia.

'Aidil Fitri 1431.
Sultan Bersama rakyat memakmurkan masjid.



Video - 1 .


Video - 2 .
Ceramah Al.Habib Umar.
Oktober 2010.



Sultan Bersama Rakyat.
Aidil Adha di Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah
November 2010.

Demikianlah di antara program yang sempat saya ikuti dan sempat pula mengambil gambarnya dan banyak lagi program yang sempat saya ikuti tetapi tidak membuat apa-apa catatan mengenainya.

Wallahu aklam.

No comments: