Perkahwinan dan khendurinya adalah termasuk dalam amal ibadat selagi ianya tidak bercampuraduk dengan aktiviti maksiat.Saya berharap pernikahan dan majlis perkahwinan yang telah berlangsung dan akan dilangsungkan sebahagian besar daripadanya termasuk dalam amal ibadat. Walau bagaimana pun tergantung kepada perlaksanan upacara sampingan atau upacara iringannya seperti khenduri, pakaian, persandingan dan adat yang turut diiringkan bersama, adakah semuanya diambil kira suruhan dan nasihat yang telah disampaikan oleh Rasulullah.S.A.W kepada kita sebagai umat Islam. Sekiranya upacara keseluruhan majlis tersebut dari permulaan sehingga akhirnya tidak terlibat dengan aktiviti maksiat, Insya Allah menjadi ibadat dan jemputan ke majlis khenduri tersebut wajib hadir.
Adakah perancangan dan pelaksanaan perkahwinan dan khendurinya dirancang berdasarkan apa yang telah dipelajari di dalam ilmu Fikah atau berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Kursus Pra Perkahwinan yang rancak diadakan pada masakini atau perancangan tersebut diambil dari kitab adat atau amalan yang telah tersemat di dalam hati masyarakat kita tanpa perlu dirujuk daripada mana-mana pihak kerana ramai pakarnya berada di sekeliling kita. sebagai contoh pakar persediaan pakaian dan pelamin, kad kahwin dan hiasan yang lain bagi menambahkan keceriaan atau keegoan tuan rumah dan keluarga atau bagi memenuhi hasrat pihak yang mencari kesempatan mengaut keuntungan dan mencipta kekayaan.

Jika kita melaksanakan ibadat seperti solat, haji, aqiqah, qurban dan seumpamanya kita akan merujuk kepada rukun-rukun dan syarat-syarat sahnya untuk mengelakkan daripada berlaku tdak sah atau tidak diterima Allah terhadap ibadat yang dilakukan itu.
Upacara akad nikah, rukun nikahnya dipatuhi dan dihormati tetapi rukun khenduri dan upacara sampingan lain bagaimana kedudukannya. Adakah kita ambilkira khenduri tersebut akan diterima sebagai ibadat khenduri atau jamuan biasa yang bersamanya maksiat yang telah menjadi kebiasaan serta telah hilang rasa maksiatnya kerana alah bisa tegal biasa dan ditambah lagi dengan bercampuraduk dengan harapan membumbung tingga agar pengantin bahagia sehingga ke akhir hayat.
Kalau kita menilai balik program sesetengah majlis perkahwinan. Kekadang terdapat berbagai adat yang disajikan untuk kononnya bagi mematuhi tuntutan tertentu, benda-benda seperti bertih, lilin, kemiyan, doa tahlil, jamuan, nyanyian, tarian dan lain-lain. Majlis begini memang terserlah campuraduknya.
Saya pernah hadir di suatu majlis perkahwinan, kami dijemput untuk bertahlil sebaik sahaja selesai tahlil mikrofon yang sama digunakan pula untuk nyanyian yang diiringi bersamanya musik berirama sederhana dan rancak. Program seperti ini saya istilahkan sebagai fikrah Melayu bukannya fikrah Islam kerana fikrah Islam apabila melaksanakan sesuatu aktiviti ianya merujuk kepada kitab Islam. Walaupun terdapat tahlil dan doa tetapi aktitiviti itu hanya bertaraf adat sahaja bagi tuan rumah,
Pada pandangan saya amalan baik para jemputan membaca tahlil dan doa itu tidak terjejas kerana mereka tidak mengetahui bahawa majlis itu akan berlaku begitu rupa.
Wallahu aklam ( Allah yang Maha Mengetahui ).
Wassalam.

