Showing posts with label Memeriahkan dahwah - 621. Show all posts
Showing posts with label Memeriahkan dahwah - 621. Show all posts

Thursday, February 25, 2010

Cadangan kepada mereka yang prihatin dengan dakwah Islam.

Salam semua.

Pada malam da
n hari yang baik ini dengan tidak semena-mena tercetus di hati saya untuk membuat cadangan terbuka kepada bloggers Islam yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan di laman sesawang ini untuk sama-sama memakmur dan memeriahkan lagi dakwah melalui media ini .

Cadangan ini mungkin dapat memudahkan pendakwah maya ini mendapatkan bahan-bahan ilmiah dari kekawan sejawat dengan masing-masing melabelkan setiap mauduk ( entry ) yang boleh disalin ( copy paste ) oleh kekawan supaya mauduk yang baik itu dapat disebarluaskan dengan lebih cepat, dengan syarat salinan yang dibuat itu menyatakan sumber ambilannya.

Mungkin mauduk-mauduk tersebut boleh dilabelkan seperti dicatatkan " Sebarkan" , "manfaatkan" atau apa-apa katakunci yang difahami supaya pihak yang ingin menyalin itu tidak perlu membuang masa untuk membuat permohonan atau meminta kebenaran.

Cadangan ini mungkin sebagai pembuka minda sahaja, cadangan dan pandangan yang lebih baik hendaklah diutamakan, mungkin cadangan itu tersimpan di dalam sanubari anda.

Sekian.Wallahu aklam. Wassalam.