Showing posts with label Tambah kerja - 497. Show all posts
Showing posts with label Tambah kerja - 497. Show all posts

Saturday, December 12, 2009

Aku berjinak-jinak pula dengan facebook.

Salam semua.

Aku kerap mengungkapkan ungkapan " Tak dak keja, cari keja ", ungkapan ini kelihatan bersahaja tetapi maknanya agak mendalam juga, Tak dak keja bermaksud tiada kerja atau pekerjaan, banyak masa lapang dan senggang, kehidupannya rilek, bukan pengannggur, selama ini pun ada kerja yang dibuatnya tetapi tiada kaitan dengan kerja yang baru ini. Cari kerja ialah mencari kerja atau membuat sesuatu yang bukan dipaksa.

Aku sebenarnya tiada kerja khusus pada ketika ini kerana telah bersara, tetapi, sejak aku buka blog dan hari ini pula Facebook, maka jadilah aku seorang yang sebok pula, itulah yang aku kata "Tak dak keja, cari keja". Otak atau minda manusia sebenarnya tidak pernah berhenti aktiviti selaku pengurus dan pentadbir diri manusia itu sejak dia dilahirkan ke dunia ini, ianya akan berfikir sepanjang masa, kalau tidak, manusia akan jadi sasau dan gila atau apa-apalah...he3, mereka mesti membuat sesuatu supaya akal dan jasmani berfungsi dengan seimbang dan tenang kehidupannya.

Manusia sebenarnya tidak mati seratus peratus yang mati hanya badan sahaja, itupun hanya sementara kerana akan dibangkitkan semula dengan badan yang sama, manakala nyawa ( roh ) mereka tidak mati., roh sekadar keluar daripada badan atau berpisah dengan badan buat sementara sahaja, di akhirat nanti dicantumkan semula....hehehe....fikir jangan tak fikir.

Manakala sesuatu yang hendak dibuat itu pula hendaklah perkara yang baik dan hasanah supaya benar-benar hidup di dalam hasanah dan mampu pula mebawa hasanah itu ke akhirat. Buka blog atau Facebook atau apapun mestilah pengisiannya sesuatu yang baik dan hasanah juga. kalau tidak kerja yang baru yang mana pencariannya telah berhasil itu akan sia-sia dan lagha.

Sekian. akan bertemu lagi.