Saturday, December 12, 2009

Aku berjinak-jinak pula dengan facebook.

Salam semua.

Aku kerap mengungkapkan ungkapan " Tak dak keja, cari keja ", ungkapan ini kelihatan bersahaja tetapi maknanya agak mendalam juga, Tak dak keja bermaksud tiada kerja atau pekerjaan, banyak masa lapang dan senggang, kehidupannya rilek, bukan pengannggur, selama ini pun ada kerja yang dibuatnya tetapi tiada kaitan dengan kerja yang baru ini. Cari kerja ialah mencari kerja atau membuat sesuatu yang bukan dipaksa.

Aku sebenarnya tiada kerja khusus pada ketika ini kerana telah bersara, tetapi, sejak aku buka blog dan hari ini pula Facebook, maka jadilah aku seorang yang sebok pula, itulah yang aku kata "Tak dak keja, cari keja". Otak atau minda manusia sebenarnya tidak pernah berhenti aktiviti selaku pengurus dan pentadbir diri manusia itu sejak dia dilahirkan ke dunia ini, ianya akan berfikir sepanjang masa, kalau tidak, manusia akan jadi sasau dan gila atau apa-apalah...he3, mereka mesti membuat sesuatu supaya akal dan jasmani berfungsi dengan seimbang dan tenang kehidupannya.

Manusia sebenarnya tidak mati seratus peratus yang mati hanya badan sahaja, itupun hanya sementara kerana akan dibangkitkan semula dengan badan yang sama, manakala nyawa ( roh ) mereka tidak mati., roh sekadar keluar daripada badan atau berpisah dengan badan buat sementara sahaja, di akhirat nanti dicantumkan semula....hehehe....fikir jangan tak fikir.

Manakala sesuatu yang hendak dibuat itu pula hendaklah perkara yang baik dan hasanah supaya benar-benar hidup di dalam hasanah dan mampu pula mebawa hasanah itu ke akhirat. Buka blog atau Facebook atau apapun mestilah pengisiannya sesuatu yang baik dan hasanah juga. kalau tidak kerja yang baru yang mana pencariannya telah berhasil itu akan sia-sia dan lagha.

Sekian. akan bertemu lagi.

4 comments:

Nl said...

salam pakngah...

saya pun ada buka FB tapi
tinggal begitu jerlah sbb
tak tahu nak buat apa...
asik2 layan game... membuang masa ajer huhuu

biarlah org lain sonok huhhu



pada sape yang pandai guna oklah tapi saya mmg cakap awal2... saya tak reti huhuhhu cukuplah saya bebblog kat blogspot huhuhu...

itu pun kadang2 tak terlayan... mmg cari kerja huhuhuhu

Leenoh said...

Salam.

Tu la Pak Ngah dah kata tak dak keja cari keja.....he3

Anonymous said...

Salam.

Pak Ngah tak pa laaa...tak dak gheja tapi ada pencen. Saya kalau tak gheja, kena pi menangkui ketam nipah laa jawabnya..huhu.

Leenoh said...

Salam Zaidi.

Kerja sendiri lagi berkat,kerja dengan orang lain kena ikut dasar dia, mengkalu tak elok pun kita kena ekut, kalau tidak, kita mis syuru.

Yang penting minta supaya Allah kurniakan badan sihat dan anak-anak yang baik, insya Allah bahagia.

Lepas pencen Pak Ngah pun tak dak apa, cuma ada Allah, Rasul, anak2 dan duit pencen bulanan, harta memanglah banyak tapi orang punya. Takpalah buat sementara ni Pak Ngah guna harta atas geran yang tercatat Malaysia....hehehe.