Tuesday, December 1, 2009

Hidup dua alam.

Salam semua.

Mulai tengahari Ahad sehingga jam 9.00 pagi ini aku hanya hidup di dalam alam yang nyata sahaja. Kehidupan di alam maya hanya terbayang di dalam minda sahaja, mindaku terbayang macam-macam berlaku dalam tempoh masa tersebut, berlebih-lebih lagi bila aku tonton berita TV. beritanya pula menghentam seseorang tetapi orang yang kena hentam itu diperlihatkan di kaca TV dengan mulutnya kumat kamit tanpa suara.

Agaknya beliau sedang berhujah dan membela diri tetapi sayangnya segala butirnya itu hanya mampu didengar oleh orang yang berada di lokasi sahaja, sebaliknya di kaca TV dipaparkan mulut yang kumat kamit sahaja, Walaupun tiga kali muncul dikaca TV tetapi suaranya tetap disorokkan, jadi aku main agak-agak sahajalah, nak cari berita dari saluran lain broadbandku pula sakit dalam tempoh tersebut.

Bolehkah kita menilai siapa benar dan siapa pula yang salah dalam keadaan berita di sebelah pihak begitu. Hakikatnya telah majukah rakyat Malaysia, adilkah kita, keterbukaankah kita, sudah pandaikah kita menilai sesuatu sehingga kebenaran diketemukan oleh minda kita.

Bila berkeadaan begini barulah aku sedar bahawa aku memerlukan kehidupan dua alam, alam nyata dan alam maya, aku semakin memerlukan broadband, walaupun aku marah-marah kepada broadband kerana sering gagal berkhidmat dengan baik, namun begitu aku tetap memerlukannya.Sekurang-kurangnya broadband dapat membantu aku memboloskan diri dari tertipu oleh alam media yang lain.
@@@@@

Firman Allah Taala:
"Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.."( Surah al-Hujurat ( 49 ):6 ).

@@@@@

Aku pun memang ingat akan peringatan Allah di dalam al.Quran supaya berhati-hati bila menerima berita, sebab itu aku memerlukan berita yang datang dari dua alam supaya dapat aku banding-banding dan menilainya.....pening,pening, pening.

Saja nak merapu kerana nak uji broadband..... he3.

Sekian.Wassalam.











2 comments:

Anonymous said...

Leenoh,
Memanglah menjadi resam hidup manusia yang paling syiok sekali dua perkara,makan free dan kata kata kat orang yang dia tak boleh balas balik.Mailah kita pakat2 suluh tengok kita ni baik sangat ke? Mai lah kita pegang kata2 tengoklah kebaikan orang,lihat keburukan diri.Jangan tengok kebaikan diri dan lihat keburukan orang,kita akan binasa dengan takabur,ujub dsbnya (arba)

Leenoh said...

Salam .

Sdr.Arba.

Setelah ditilik, direnung dan diamati didapati penghormatan dan kedudukan tinggi yamg kita dapat itu ada kerana Allah menyembunyikan keaiban kita.

Kita ketahui keaiban kita sendiri tetapi Allah menutup supaya orang lain tidak melihat dan tidak mengetahuinya. maka kekallah maruah kita yang kelihatan baik itu.

Itulah agaknya hasil dapatan muhasabah diri.

Terima kasih kerana masih berdakwah bersama laman Kehidupan Bersih.