Tuesday, December 29, 2009

Biar Islam beraja di hati.


Salam semua.

Inilah fikrahku dan hatiku.
yang tertinggi bukan bangsaku.
tertinggi itu adalah agamaku.
Islam itulah maksudku.

Gambar hiasan.

Bangsa tidak dibawa mati.
agama juga akan diungguli.
Biarlah dia beraja di hati.
nescaya selamat di akhirat nanti.

Jika Melayu semangatnya jati.
masih ada yang rugi.
kerana rasuah masih di hati.
itu bukan bekalan selepas mati.

Berbangsa-bangsa ciptaan ilahi.
untuk berkenalan dan dihormati.
bukan kuasa dan bangga diri.
hanya untuk mengabdikan diri.

Biarlah Islam beraja di hati.
menguruskan alam yang fana ini.
barulah mencapai kehidupan hakiki.
terjanalah nanti wawasan kekal abadi.

Sekian.Wassalam.

No comments: