Monday, December 28, 2009

Mesyuarat Guru Pertama Sesi Persekolahan 2010

Salam semua.

Hanya beberapa hari lagi sahaja tahun 2009 akan berakhir dan pergi meninggalkan kita dan kita akan menyambut kehadiran 2010 iaitu tahun yang digunakan sebagai kalendar mere
kodkan hal-hal berkaitan dengan pekerjaan dan pentadbiran yang digunakan di seluruh dunia.

Begitulah istiqamahnya masa, ianya bergerak detik demi detik secara tidak langsung menceritakan bahawa semua manusia yang
telah dilahirkan ke dunia ini semakin bertambah usianya dan juga semakin jauh jaraknya dari hari kelahirannya serta semakin dekat pula dengan sakaratul maut yang pasti akan berlaku kepada setiap manusia sama ada mereka menyedarinya atau sebaliknya.

Inilah hakikat dunia, dunia adalah sementara, dunia adalah pinjaman dan dunia adalah tempat berladang untuk persediaan ke akhirat, Maka sudah pastilah ladang yang dipugar dan diusahakan itu adalah ladang yang dipenuhi dengan tanaman yang diperlukan di akhirat.

Sekolah didirikan supaya manusia dapat mengenalpasti tanaman yang akan ditanam di ladang mereka dengan tanaman yang sewajarnya, dengan itu berulah mereka akan selamat di akhirat sebagai tempat kediaman yang kekal abadi.Dalam tempoh beberapa hari lagi sekolah akan dibuka dan beroperasi semula, akan meriah dan riuh rendah semula.

Para pelajar yang minda pintar, baik, sederhana, lemah dan lembam, semuanya memerlukan pertolongan dan dahagakan ilmu. sangat berbahaya kepada alam pendidikan dan negara, sekiranya guru dan pihak berkuasa hanya berminat kepada mereka yang pintar sahaja kerana yang lebih memerlukan pertolongan adalah para pelajar yang lembam dan lemah. Mereka inilah yang akan melompat pagar sekolah sekiranya kurikulum yang dihidangkan kepada mereka tidak sesuai dan tidak relevan dengan kemampuan minda mereka. Ekoran dari itu para guru pula akan tertekan dengan keadaan dan suasana yang dihidangkan kepada mereka.

Pada minggu ini semua sekolah akan bermesyuarat buat kali pertama bagi Sesi Persekolahan Tahun 2010, mesyuarat pertama biasanya sarat dengan agenda yang hendak dibincangakan, jika agendanya tidak dipatuhi kendalian mesyuarat akan mengambil masa yang panjang untuk ditangguhkan.

kepada para pengetua dan juga guru besar diucapkan selamat mengendalikan mesyuarat dengan mematuhi agendanya, demi mendapatkan hasil yang maksimam untuk kebaikan ummah.
Juga kepada para guru diucapkan selamat bermesyuarat dan selamat memerah minda untuk kebaikan ummah.

Semua warga sekolah termasuk para waris akan merasai kesebokan sepanjang bulan Januari nanti kerana masing-masing menghadapi lambakan tugas baru yang perlu diuruskan, keadaan ini akan mengambil masa tertentu untuk menjadikan suatu kebiasaan serta serasi dengan persekitaran masing-masing.

Semoga anda semua dapat menyesuaikan diri dengan tugas-tugas yang baru dan berpuashati dengannya.

Sekian. Wassalam.

No comments: