Saturday, December 19, 2009

Syarahan Perdana Sheikh Dr.Yusuf al.Qardawi.


Salam semua.

Sebelum Maghrib tadi saya ke Masjid Sultan salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam kerana ingin mengikuti syarahan yang akan disampaikan oleh Sheikh Dr.Yusuf al.Qardawi Presiden Ulamak Sedunia. Alhamdulillah hajat saya tercapai dan dapat bersolat Maghrib di sana, di mana solat tersebut diimamkan oleh Dr.Yusuf , manakala solat Isyak diimamkan oleh salah seorang imam masjid tersebut.

Pada entri ini saya cuma memaparkan gambar-gambar yang sempat diambil di majlis tersebut bagi menyatakan bahawa majlis tersebut mendapat sambutan yang luar biasa, untuk memahami lebih jelas situasi itu, di bawah ini saya paparkan beberapa gambar yang saya sempat ambil semasa syarahan sedang rancak disampaikan tadi.

Majlis bermula selepas solat Maghrib dan berakhir pada jam lebih kurang 9.45 malam. kemudian solat Isyak didirikan, jam 9.55 saya keluar dari bangunan masjid dan jam 10.05 barulah saya berjaya keluar dari kawasan masjid kerana terpaksa menghadapi kesesakan kenderaan di kawasan parkir.

Semasa solat Maghrib saya berada di saf yang ketiga, untuk bersolat sunat saya bergerak kehadapan di mana ketika solat berjamaah beberapa saf di hadapan itu dikosongkan, mungkin mereka menyangka kehadiran tidak seramai seperti yang disangkakan.
Selepas solat sunat saya melintas ke sebelah kiri melalui terowong di bawah mimbar, semua gambar yang dipaparkan di atas saya mengambilnya di kawasan paling hadapan iaitu di kawasan imam.
Program bulanan,mingguan dan lain-lain
yang dianjurkan oleh pihak masjid ini , nampaknya semakin diketahui dan diminati oleh masyarakat umum. Diharap situasi ini akan berterusan.

Sekian.Wassalam.

8 comments:

AsNiza said...

Salam ziarah..

Terima kasih utk sharing, saya antara yang hadir pada malam itu, dan turut berkongsi cerita pada malam itu, sayangnya saya tidak mempunyai gambar untuk disertakan bersama, jadi saya telah 'meminjam' gambar dari blog saudara/i. Minta izin ya..

Mohon dihalalkan ya.. (jika tidak izinkan, mohon agar dapat maklumkan kpd saya..).

Sekali lagi maaf dan terima kasih banyak2..

Hunny said...
This comment has been removed by the author.
Hunny said...

Salam Pak Ngah,

I wuzz there as well.. tapi tak jumpa pun, sebab ramai sangat. Saya pun terpaksa balik awal, sebab terpaksa bertolak ke kampung malam tru jugak. Apapun, bilangan jemaah memang luar biasa ramainya...

jannahazwan said...
This comment has been removed by the author.
leenoh said...

Salam AsNiza.

Saya dapat menyusup masuk sampai ke depan tempat imam, bersandar ke dinding, saya berada di belakang sebelah kira Dr.Yusuf ketika beliau berceramah lebih kurang 10 kaki jarak dgn beliau, semua gambar ini saya ambil dari tempat duduk saya.

Blog ini dijana utk kebaikan, sila ambil seberapa banyak yang anda mahu, tiada larangan.

Leenoh said...

Salam Hani.

Selepas solat Maghrib Pak Ngah terus ke depan kerana pada masa itu tempat itu kosong, ketika solat imam berada lebih kurang 5 saf ke belakang.

Pak Ngah pergi ke depan melalui terowong bawah tangga mimbar...haha..laluan tikus...sbb itu gambar itu nampak Dr.Yusuf dari belakang.

Kalau perhati gambar kita dapati beberapa pengawal di belakangnya...ramai betul manusia.

Pak Ngah pun tengok juga tapi tak nampak pun....insya Allah akan jumpa pula di Karnival MAIS akan datang....he3.

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

Alhamdulillah...disebalik pelbagai gejala sosial yang melanda umat Islam di Malaysia,masyarakat semakin kembali mendekati Islam..semoga perkara ini terus menerus berkembang...

Leenoh said...

Salam Nazrul Fazli.

Ya. Semoga bilangannya bertambah dan berterusan.