Saturday, December 12, 2009

KERBAU,MELAYU & BENDANG.


Salam semua.

Setelah saya menceritakan tentang Kedah dulu, buat bendang cara tradisi dan mengisahkan beberapa musimnya, kini bertemu pula dengan nukilan puisi di bawah ini, lantas saya pun minta izin untuk diabadikan di dalam blog ini, mungkin anda juga berminat untuk membaca dan menghayatinya puisi nukilan Ahmad Husni Ahmad Basri (facebook).

@@@@@@@




KERBAU, MELAYU & BENDANG.

Kerbau ke bendang..
Melayu ke bendang..
Kerbau berlaga tanduk…
Melayu berlaga sepanduk…
Kerbau berlaga rebut kawasan…
Melayu berlaga pun dah tak ketahuan..

Kerbau dipegang pada tali…
Melayu dipegang pada janji..
Kerbau dicucuk di
lubang hidung..
Melayu ‘Pak Turut’ juga ‘dicucuk hidung’..

Kerbau angguk halau lalat..
Melayu angguk pening lalat..
Kerbau lapar rumput disumbat..
Melayu disogok mudah diperalat..
Kerbau diguna mengangkut barang..
Melayu tak guna suka mengata orang..

Kerbau balik tidur berkubang..
Melayu balik suka bergebang..
Kerbau berkubang bertempat..
Melayu pula dah ramai merempat..
Kerbau bodoh kerana tak cukup akal..
Melayu diperbodoh kerana tak guna akal..

Kerbau korban di buat daging bakar…
Melayu lupa dia pun boleh kena bakar..
Kerbau bakar dicicah sambal asam bercuka..
Melayu ‘kelabu asap’ dibakar kalau masuk neraka…

Kerbau kalut seronok nak cari betina…
Melayu berkemelut main politik, agama dihina…
Kerbau tak terajar.. dah memang dia mudah lupa..
Melayu kurang ajar pula, C.Det kata jenis mudah lupa…
Kerbau boleh tidur sekawan..rumput sama-sama makan..
Melayu kata nak peramai kawan..tapi mulut mengata sakan..

Kerbau akhirnya dah jauh berkurang..
Melayu pula hebat dan gah nya semakin hilang..
Kerbau tiada diganti kubota… dah jadi kari & gulai kurma..
Melayu tak hilang Tun Tuah kata… jadi ‘babu’ dan juga ‘ama’...
Kerbau dah lama mem ‘babu’ .. malah redho walau dibuat kurma..
Melayu sangka politik itu kuasa… kuasa tanpa harta… Melayu Dilema..
Kerbau tahu khidmat bakti pada tuan tersayang… hingga nyawa hilang..
Melayu cuai amanah moyang .... tanah dan harga diri dah jauh melayang...
Kerbau sudah tidak ke sawah… jasa nya di ingat.. kenangan tetap tersemat...
Melayu berubah lah … buang hasad nafsu lahanat.. hidup jangan berkhianat...


------------

Hasil nukilan: Ahmad Al-Qadah, Jeddah, Arab Saudi… 6 Disember 2009.

@@@@@@@


Sekian. Wassalam.

4 comments:

Nl said...

oh sinonim sungguh kerbau dengan orang melayu huhuhuhu

Leenoh said...

Salam.

Naqeeb.
Sekarang kerbau pun telah membawa diri masing-masing. Tidak mahu lagi hidup di kampung, Orang Melayu pun tidak mahu lagi memandikannya.

Orang Melayu dah berubah, kerbau pun berubah....bendang pun berubah.

Hanya hasad dengki masih ada sampai sekarang....di mana-mana...tak berubah......agaknya pasal iblis pendukungnya kot...hehehe.

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Saya taklah terasa sangat sebab saya "Masuk Jawi" bukannya "Masuk Melayu"...Che Det pun sama juga sebab dia bukan "Masuk Melayu" tetapi "Masuk Jawi". Hang Tuah mesti terasa sangat!

Leenoh said...

Salam Zaidi.

Nukilan puisi memang mencakup keseluruhan perasaan dan pengalaman yang telah lalu secara senyap.

Setiap perkataan sangat bernilai dan berseni pula sifatnya.

Memang ramai yang berjenama Melayu tetapi tidak beridentiti Melayu kerana telah diislamkan tetapi ada juga yang tidak menjadi.mereka yang tidak menjadi inilah yang jadi sambau dalam petak...hehehe... inipun nukilan jugak.