Monday, December 7, 2009

Zaman di mana hanya mamak sahaja yang pandai membuat roti canai sudah berlalu.

Salam semua.

Pada hari ini aku ingin bersantai-santai di depan lap top sambil kuketuk-ketuk papan kekunci dan memilih
huruf-huruf yang tersedia di atasnya sehingga dapat membentuk ayat-ayat yang dapat difahami yang menceritakan hal-hal yang telah berlalu, mungkin mereka yang masih muda belum mengetahuinya, semasa remaja aku hanya melepak di sekitar Bandar Alor Setar pada hari cuti, Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti di negeri Kedah sejak dahulu sehinggalah sekarang, suatu ketika dahulu ada ura-ura hendak diubah hari cuti kepada hari Sabtu dan Ahad di seluruh Malaysia.

Cuti S
abtu dan Ahad.
Orang Kedah tidak setuju dengan cadangan tersebut, walaupun pencadangnya datang dari orangnya sendiri. Bagi mereka hari Jumaat adalah penghulu segala hari, hari raya mingguan, hari yang paling berkat berbanding dengan hari-hari lain dan pada hari tersebut pula Allah perintahkan hamba-Nya supaya diadakan perhimpunan mingguan iaitu bersolat secara berjamaah di masjid ( iaitu solat Jumaat ) dan banyak lagi ibadat sunat yang disuruh lakukan pada malam dan hari tersebut.

Sekiranya bersetuju cuti pada Sabtu dan Ahad dilaksanakan sudah pasti amalan baik yang telah dilaksanakan sekian lama sukar dilaksanakan dan diteruskan budaya baik itu dan terpaksalah diubah kepada Sabtu dan Ahad yang kurang berkatnya. Oleh itu cuti hari Jumaat dan Sabtu amat sesuai dan tidak perlu diubah lagi, mereka lebih prihatin dengan syariat Islam berbanding dengan negeri lain yang rakyat Islamnya bersetuju pula dengan cadangan tersebut dan mengubahnya sehingga sekarang , walaupun penghuni negeri tersebut majoritinya umat Islam. Kalau pun ada suara tidak bersetuju dengan cadangan tersebut tetapi suaranya lemah dan kurang pula aura dan umnya..

Sekarang mereka bergopoh-gapah ( 'ajalah) dan berkejan ketika pergi bersolat Jumaat, masa pergi kalut dan masa balik pun kalut kerana tugas di pejabat sedang menunggu. Tok imam pun terpaksalah bergopoh-gapah atau sekurang-kurangnya masa menghantui mereka, maka terpaksalah membaca khutbah dan membaca ayat pendek-pendek sahaja semasa bersolat kerana tuntutan tersebut. Akhirnya mereka berada di masjid tidak sempat panas pinggul.

Sebaliknya mereka terpaksa memakmurkan masjid pada hari Sabtu dan Ahad, agak kekok juga bagi kita orang Islam berbuat demikian kerana hari Jumaat lebih utama untuk kita lakukannya, sebenarnya kedua-dua hari tersebut juga merupakan hari raya dan penghulu segala hari tetapi hal itu berlaku pada zaman dahulu, iaitu Sabtu pada zaman Nabi M
usa.a.s. dan Ahad pada zaman Nabi Isa.a.s. Pada zaman Nabi Muhammad.s.a.w. ini sepatutnya bercuti pada hari Jumaat. Orang Islam yang prihatin sudah tentu tidak senang dengan cuti pada hari Sabtu dan Ahad ini kerana tidak sesuai dengan aktiviti dan cara hidup mereka.

Pekena kopi o dan roti canai.
Hari Sabtu umpama hari perjumpaan khas bagi kami anak remaja, biasanya ada tiga agenda sahaja iaitu melepak, meronda atau menonton wayang dengan tiket berharga murah yang ditawarkan setiap hari Sabtu, tiketnya semurah $0.25 ( Dua puluh lima sen sahaja ).

Selepas menonton jika ada duit lebih kami akan singgah di Kedai Kopi Mamak ( Sekarang restoran mamak ) pekena kopi O sama ada dengan roti canai ( roti perata ), behon goreng, mi goreng, mi bandung. Orang Melayu pada ketika itu tidak pandai memasak semua jenis ma
sakan tersebut terutamanya orang kampungku , kalau laksa utara ramai yang pandai memasaknya.
Kini zaman di mana hanya mamak sahaja yang pandai membuat atau menebar roti canai sudah berlalu, malah semua masakan tersebut telah dikuasai dengan baik oleh orang Melayu dan mampu pula membuka restoran atau warung-warung atau berniaga di Pasar Minggu atau Pasar Tani. Demikianlah hebatnya peranan ilmu. Ilmu mampu membuat anjakan dan mengangkat darjat sesuatu bangsa dan melepaskan mereka daripada sesuatu kongkongan adat kepada suatu adat yang baru yang lebih madani sifatnya.

Pada ketika itu juga tiada restoran orang Melayu, kalau ada pun hanyalah warung-warung kecil di tepi-tepi jalan atau di suatu kawasan pokok ceri berhampiran Pekan Rabu.Bas merupakan kenderaan yang paling penting tanpa bas mereka tidak dapat ke mana-mana, tongkang merupakan salah satu pengangkutan sungai yang boleh membawa barangan berat seperti lori yang bergerak di darat.

Hanya sekian dahulu borak santaiku pada kali ini.



Sekian.Wassalam.

4 comments:

Unknown said...

leenoh,

kena cari guru melayu pandai menebar... ---- suka duk kedai mamak ali maju...

Leenoh said...

Salam Izan.

Hahaha saya pun Mamak Ali jugak tapi tak pandai tebar roti. cuma pandai masak air ja.

Nl said...

sedap tu roti huhuu.......
teh tarik mmg pelengkap!

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Itu roti mamak punya bukan Mamak Ali punya....hahaha.

memang sedaaap.