Thursday, December 10, 2009

Kelantan dan orang bukan Melayu.

Salam semua.

Pada hematku.

Jangan sangka aku nak bercakap pasai politik.

Aku hanya nak bercakap pasai bahasa dan pertuturannya sahaja dan akan disampaikan dalam bahasa Melayu Kedah dan jugak penggunaan bahasa rojak, bukan pasai politi
k. Cuba hangpa peratikan orang Kelantan bercakap, depa istiqamah dengan cara depa bercakap, depa ada jati diri, sapa pun bercakap dengan depa , depa akan bercakap dalam loghat depa, sama ada depa bercakap dengan orang India ka, Cina ka, Siam ka, sesama depa ka serupa sahaja.

Kalau kita, bila bercakap dengan orang India, alih-alih lidah kita terpeleut jadi lidah depa, kalau bercakap dengan Cina pula lidah kita jadi keras pula, bahasa kita pun ikut jadi terbalik kong. Jadi macam mana depa nak cakap ikut kita, sedangkan kita yang ikut depa.

Depa yang kerja kat TV. Malaysia tu pun, bila bercakap dengan orang Indonesia, juruheboh kita pun dengan sepontan dah tukar rentak, tuan dan puan, encik dan cik sudah bertukar, ada yang jadi buk, ibu, bapa, pak. Kalau kita pi Indonesia, depa tukar cakap ka, bila depa cakap dengan kita, Pi mana kita punya gaya dan cara pada ketika itu, prinsip kita dah hilang kot atau memang tak dak perinsip.Kekadang mula bercakap bahasa Melayu lepas tu dah jadi bahasa lain, seorang cakap Melayu dan seorang lagi bercakap Inggeris, jadi bahasa itik dan ayam.Siaran dalam bahasa Melayu tetapi penggunaan bahasa di dalamnya bahasa rojak dan pasmur.

Kebaikan yang dihasilkan oleh orang Kelantan mengenai penggunaan bahasa ini kerana depa bercakap dengan cara depa dengan tidak terikut-ikut dengan cara orang lain atau depa istiqamah. Istiqamah inilah yang menyebabkan orang Cina , India dan Siam fasih bercakap dalam bahasa kelantan dan Bahasa Melayu.

Nak tegelak. pada suatu hari kawan aku bercakap dengan orang Cina yang tidak dikenalinya, dia mulakan dengan gaya biasalah, alih-alih orang Cina itu menjawab dalam bahasa Melayu yang amat fasih lagi baik rangkaikatanya. hah lucu kan.

Nampaknya kita nak kena ubah kebiasaan yang sedang diamalkan itu iaitu jangan ubah rentak bila bercakap dengan orang bukan Melayu.

Maaf ya aku bukan nak mengata, cuma cerita yang realiti sahaja.Aku pun kekadang macam tu gak. Elok juga difikir-fikirkan hal ini.kalau-kalau boleh menjadi lebih baik.

Cukup sekadar ini sahaja, wallahu aklam.


4 comments:

Nl said...

salam pak ngah...
hmmm... betul tu...
dulu setelah sekian lama
saya merantau dan bila balik
kampung dengar orang india bercakap
dalam dialek kelantan saya merasa pelik! heheee

orang cina pun suka makan budu dan ulam heheee

*saya tak biasa menaip dalam dialek kelantan sebab saya tak tahu nak eja... huhuhu

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

OOO demo orang Kelantan, dah pecah rahsia, lawak ja dah tau lama dah hehehe.

Pak Ngah, badan sebelah kanan made in Kedah dan sebelah kirinya made in Kelantan, bahan-bahannya dari Parit China , Salor.....he3.

Pak Ngah pun suku makan budu tapi, bila Pak Ngah makan budu, makhluk lain yang menumpang hidup di badan Pak Ngah depa pun suka sama, menjadikan muka Pak Ngah pecah sana, pecah sini....resdung la tu.he3

Anonymous said...

Salam Leenoh,
Memang betul,saya setuju sangat,orang melayu jenih ganjil ni memang suka tiru orang,sebab depa dok kata orang lain hebat,sebab tu kita tengok orang melayu lani suka ikut macam2 feel orang putih.Apa yg depa tak ikut org buat,semuanya depa buat imma pakaian,pergaulan,cara makan dll samapai kita tak tau yg mana satu cara Islam,cara melayu,cara barat.sampai kadang2 naik heran sampai cara yg pelik dan bertelagah dgn Islam kita nak buat juga,konon nak pelihara tradisi dan warisan,kalau bercanggah buat apa nak teruskan.....lebih2 lagi la ni ada org yg suka sangat2 warisan ni.Ada org makbapa depa bagi nama melayu elok2,tak syok...gatai pi ubah nama mat saleh,konon nak glamour la....!hai tak tau la orang melayu ooi..apa nak jadi.Kita takut kita melayu pun tak jadi,Islam pun ke mana? Mohon perlindungan Allah ....Amin.Biarlah kita tak jadi melayu tak kecewa jangan tak terpakai Islam.Jangan jadi kisah siput babi,hampa tau ke pasai pa siput babi jalan lambat? sebab dia comfuse dia ni spesis apa sebenarnya dia ni.Siput ke Babi? Lepas ni leenoh boleh tulis kisahnya.mai la kita pakat fikiak tengok renung peringatan hadith Nabi bermaksud orang Islam akan ikut orang2 Yahudi dan Nasrani sejengkal demi sejengkal hingga ke lubang biawak pun.Mai kita berdoa semoga dilindungi Allah daripada golongan tersebut .....Amin Ya Rabbal Aalamin!..(arba)

Leenoh said...

Salam arba.

Agaknya kita tidak yakin pada diri sendiri atau tiada jati diri, khemah ibadat dah jadi kem ibadat atau kem solat, sepatutnya kita dekatkan dengan bahasa al.Quran.

Wallahu aklam.