Friday, December 4, 2009

Lelaki, wanita dan nyamuk.

Salam semua.

Alhamdulillah kebelakangan ini cuacanya agak selesa, hujan malam tadi memberi kedinginan dan tenaga padaku pada pagi ini.

Tidur yang nyenyak memerlukan suasana dan cuaca yang sesuai dengan seseorang individu, cuaca dan suasana yang diperlukan itu pula berbeza di antara satu sama lain. Bagi saya memerlukan cuaca yang sejuk dan tenteram, yakni persekitaran yang tidak bising. Ini adalah di dalam keadaan biasa, kalau di luar rumah atau semasa dalam tempoh menyelesaikan suatu tugas atau berlaku banjir yang terpaksa berpindah dan terpaksa tinggal di penempatan tertentu kita kenalah menerima sahaja apa yang disediakan seadanya.

Kalau ketika tidur malam dilawati beberapa kali oleh segerumbulan nyamuk, tentu sekali kualiti tidur kita itu telah menurun dan mungkin keesokan harinya kita akan mengalami sakit kepala kerana tidak cukup tidur.

Kalau tidur sebilik yang bercampur lelaki dan wanita, di mana bilik itu banyak nyamuk dan ada pula gangguan , lelaki akan lebih bernasib baik berbanding dengan kaum wanita kerana nyamuk lebih berminat menggerudi darah wanita daripada menghisab darah lelaki. Mungkin kulit wanita lebih halus dan lembut, maka senang dan kuranglah kos serta dapat menjimatkan tenaga dan bahan yang digunakan untuk mereka menggerudi dan menghisab darah kaum wanita berbanding menghisab darah kaum lelaki.

Kekadang setelah bangun pagi wanita merungut kerana tidak dapat tidur dengan nyenyak sebab diganggu oleh nyamuk yang juga betina, sebaliknya lelaki dapat tidur dengan nyenyak sahaja tanpa gangguan.

Kaum wanita lebih tepat menilai sama ada nyamuk banyak atau sebaliknya kerana mereka menilai berdasarkan kekerapan gangguan nyamuk yang sering menyanyi di depan serumbong telinga mereka dan berkeliaran di dalam bilik yang sama-sama dihuni oleh kaum lelaki . Nyamuk pun pandai memilih...ya...begitulah Maha Kuasanya Allah menjadikan makhluk di dunai ini.

Makhluk Allah yang tidak berakal pun diberikan kemudahan kepada mereka untuk menilai sesuatu. Demikianlah Maha Bijaksananya Allah.

Sekadar sembang-sembang sahaja, jika anda ada maklumat mengenai perkara ini eloklah nukilkan satu
entri yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang tidak arif dalam hal ini.

"Nyamuk walaupun kecil dan halus tetapi telah mencatatkan sejarahnya mampu mengalahkan panglima perang yang hebat di dunia"


Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

6 comments:

Nl said...

salam pak ngah...
yang menghisap darah tu nyamuk betina ajer huhuhuh nyamuk jantan minum air atau madu bunga huhuhu


mungkin juga darah org prempuan lebih sesuai untuk pembentukan telur nyamuk itu huhuhu

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Apapun kaum wanita selalu merungut nyamuk banyak la, Si lelakinya menjawab tak ade pun...ini sudah jadi betina kacau wanita...agaknya dia nak nyahkan wanita kot, lepas tu dia nak ambil alih pula...hehehe..kelakar..

Terima kasih kerana tambah maklumat.

Anonymous said...

Salam Leenoh,
Nampaknya begitulah Maha hebat dan keagungan Allah Yang Maha Bijaksana,Maha Mengetahui yang mencipta segala-galanya dengan rahsia yang tersendiri.Seperti firman Allah Rabbana maa khalaqta haaza baathila bermaksud tidak kami jadikan sesuatu itu sia-sia.Cuma kita saja yang jahil yang tidak mahu bertafakkur di atas ciptaan Allah,beruntunglah orang-0rang yang sentiasa menggunakan akal untuk memikirkan ciptaan Allah.Inilah yang dikatakan berguru dengan Alam sebab di sebalik alam itu wujud Penciptanya dan Pentadbirnya,tanpa Khaliq tiada alam ini ,wallahu a'lam.(arba)

Unknown said...

leenoh,

jgn lupa sediakan baygon .... spray bila perlu...

Leenoh said...

Salam Sdr.Arba.

Ya, segala benda dan apa sahaja di dalam dunia ini adalah ayat-ayat Allah, bagi mereka yang berfikir akan dapat mencapai maksudnya.

Dalam entri saya yang terkemudian kebetulan saya ada masukkan doa dari surah Ali-Imran tersebut, kalau ada masa lapang bacalah tajuk itu.mungkin ada sesuatu yang boleh diberi ulasan yang bermanfaat.

Terima kasih kerana memberi kekuatan kapada tajuk ini.

Leenoh said...

Salam Izan.

Hahaha, orang yang selalu kena gigit tu dah sediakan, sekurang-kurangnya dua tin sentiasa siap siaga.