Friday, December 11, 2009

Taqdir Allah kehadirannya tidak disangka.

Salam semua.

Sedang saya bersantai teringat pula hendak menulis topik yang saya abadikan di atas. Saya sekarang berada di Kluang , Johor. suatu lokasi yang saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan ada kepentingannya di sini, walaupun saya pernah bekerja di Joho Bharu selama lima tahun, saya hanya melintasi bandar Kluang ini melalui jalan Keretapi Tanah Melayu sahaja dan tidak pernah turun dari kenderaan itu untuk bersiar-siar atau meronda-ronda melihat keadaannya yang sebenar.
.

Kini saya berada di sini dan akan bermalam di sini buat beberapa hari kerana urusan kehidupan biasa yang memerlukan kelibat diri. Situasi ini akan sering berulang dan berulang lagi. ketika muda dahulu saya tiak terlintas bahawa ini akan berlaku pada diriku, demikianlah taqdir Allah Taala ke atas seseorang hamba-Nya, Allah mengatur kehidupan kita tanpa kita sangka dan duga. Rupanya yang diatur-Nya itu lebih baik dari yang pernah didoakan atau yang diharapkan.

Di dalam hati kecil terlintas kesyukuran yang amat sangat kepada-Nya. Kebahagiaan dan keseronokan begini tidak mungkin dapat dijual-belikan di antara manusia. Kemanisan ini sangat mahal harganya, harta kekayaan dan pangkat kebesaran bukan ukuran dan bandingannya.

Rasanya itulah nikmat Islam dan Iman yang mendatangkan rasa syukur dan pengabdian kepada-Nya, walaupun yang diperoleh itu sekadar biasa sahaja dari sudut pandangan orang lain. tetapi kelibat yang mendapatnya itu merasai lebih besar dan tinggi dari gunung Kinabalu atau gunung Ledang.

Taqdir sebenarnya apa yang telah, sedang dan akan berlaku yang terkandung di dalam qadar dan qada' Allah (Segala perancangan dan pelaksanaan oleh Allah) terhadap seseorang hamba-Nya. Apa yang telah berlaku dan sedang berlaku kita mengetahui tetapi apa yang akan berlaku kita tidak mengetahuinya, kekadang kehadirannya tidak disangka. Situasi itu menuntut kita merancang, berusaha, berdoa dan bertawakkal ( menyerah ) kepada Allah.

Sekian. Wallahu aklam.


4 comments:

Dee said...

sy pun x pernah smpi ke kluang..jb pun xpernah..tp tangkak dh pernah jejak..dan dh pernah takluk puncak gunung ledang..hmmm...

Leenoh said...

Salam Dee.

Tangkak dan Nilai, mestilah dah sampai kan di sana macam-macam ada....bergurau ye.

Saya pun dah sampai di kedua-dua tempat tu.

Nl said...

salam pak ngah...
jauh pulak perginya tu huhu


sudah tersurat... huhhu

Leenoh said...

Salam.

Bila Pak Ngah mendengar berita kemalangan ke atas keluarga pengantin yang baru balik bersama anak dari Anak Bukit dan berlaku kemalangan di Jalan Padang Besar, Perlis. hanya selepas 4 jam angkat nikah, terasa sangat sedih dan pilu.

Bagi pengantin perempuan hanya selepas 4 jam akad nikah kini telah menjadi janda berhias.

Inilah di antara taqdir Allah yang mana kehadirannya tidak disangka.