Thursday, December 24, 2009

Potong - Q.

Salam semua.

Potong - Q.

Tahun 2009 hanya berbaki seminggu lagi ianya akan berakhir, seperti semua maklum bahawa urusan dunia kiraannya berdasarkan kalender masihi.Jangan pula urusan ibadat terlanjur berpandukan kelendar tersebut pula kerana sebelum hijrah pun nama-nama bulan seperti Ramadan, Safar , Zulhijjah dan lain-lain ada tersebut di dalam al.Quran sebab itu dalam urusan ibadat kita menggunakan taqwim bulan Islam. Awal Muharram yang lalu kita telah pun membuat azam yang baru, menjelang tahun baru masihi tentulah kita tidak perlu lagi menyusun azam baru.

Saya baru sahaja perbaharu lesen memandu yang sepatutnya akan menemui tarikh luputnya pada awal Januari 2010 disebabkan tahun lepas saya terlupa perbaharunya pada tarikh yang sepatutnya, maka berlakulah memandu kereta tanpa lesen buat beberapa minggu tanpa disedari, kali ini saya lebih bersedia.

Semak Lesen Memandu.
Bagaimana anda sudahkah menyemak lesen memandu ? Jangan jadi macam saya tahun yang lalu. Mana tahu anda potong- Q, kemudian ditahan polis, tiba-tiba lesen memandu anda telah luput.......hehehe....Cuba tengok kawan kita di bawah ini.



Nampak tak, dia sedang potong "Q"
Saya dalam "Q" ni, nampak tu cermin sisi kereta saya.


Nampak tu, dia dah di depan.
"Q" panjang kan sebab tu la dia tak sabar. dua kali lampu hijau celik pun kita masih di belakang.


Kelisa ini pun memotong - Q,


Dah menyelit di depan, tak nampak.

Sekian. Wassalam.

4 comments:

Mak Su said...

kata orang kalau takut ombak, jangan berumah di tepi pantai.

kalau nak potong2 q. kenalah semak lesen dulu :)

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Potong Q sekali sekala ok. jangan selalu...nanti tak berkat...he3.
Sebaliknya dapat pula kad polis...ha3

Dee said...

jgn potong queue..x baik..hehehe..

Leenoh said...

Salam Dee.

Jangan potong Q orang lain pun nak cepat gak...kan.