Tuesday, December 1, 2009

Berakhirlah sambutan Hari Raya Haji.


Salam semua.

Orang Islam Malaysia nampaknya menyambut Aidil Adha mengikut seperti yang dikehendaki oleh Islam. Pada hari ini Selasa bersamaan 14. Zulhijjah 1430 tiada siapa yang bertakbir dan menyembelih binatang qurban lagi kerana mereka mengetahui bahawa ibadat itu telah berakhir pada 13 Zulhijjah semalam.

Sebaliknya Hari Raya Puasa ( Aidil Fitri ) hanya sehari sahaja yang termaktub secara sah untuk kita merayakannya tetapi kita akan merayakannya sehingga sebulan bagi setengah-tengah tempat dan ada juga yang menyambutnya sampai dua minggu, bagi tempat yang lain mungkin lain pula, dalam hal ini bagi mereka yang merayakan sehingga sebulan rasanya eloklah disederhanakan supaya ianya tidak melalut dan menyalahi syariat Islam yang sebenar.

Apapun kita perlulah merujuk kepada syariat Islam yang telah disampaikan sejak dahulu lagi . Dengan itu barulah pelaksanaan sesuatu ibadat itu menepati suruhan Allah. Bagi kita sebagai pengikut Mazhab Shafie perlulah menyemak dan merujuk kepada amalannya supaya tidak berlaku tokok tambah kerana ditakuti yang ditambah itu ialah perkara-perkara yang tidak baik dan salah.


Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.



No comments: