Tuesday, December 1, 2009

"Entry" Ibadat Haji yang terlewat pos. 13.12.1430


Salam semua.

Sepatutnya entri ini diposkan semalam ( hari Isnin- 13 Zulhijjah ), kita manusia hanya pandai merancang, Allah adalah perancang terbaik, maka perancangan Allah itulah yang menjadi kenyataan, broadband rosak s
elama dua hari baru dapat dipulihkan,
_______________________

Aktiviti Ibadat Haji hari ini - Melontar - Dar
i Mina bertolak balik ke Makkah - Tawaf dan sae.

Tahniah kepada mereka yang telah selesai mengerjakan Ibadat Haji iaitu mereka yang membuat Nafar Awal di mana membuat lontaran terakhirnya semalam 12 Zulhijjah dan telah kembali ke Makkah sebelum matahari terbenam semalam ( hari 12 Zulhijjah ).

Aktiviti Ibadat Haji hari ini - Isnin. ( hari tasyrik ketiga)
13 Zulhijjah 1430.


Pada hari ini sebahagian jamaah haji yang tidak membuat Nafar Awal masih berada di Mina , bermakna mereka berada di sini mulai 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Pada hari ini mereka dikehendaki melontar di ketiga-tiga jumrat ( Ula, Wusta dan aqabah ) seperti lontaran yang telah dilakukan semalam ( 12 Zulhijjah ), setelah selesai lontaran ketiga-tiga jumrah ini barulah mereka akan berangkat balik ke Makkah untuk mengerjakan tawaf dan sae.


UlaWustaAqabah


Anak batu

Setelah selesai Sae maka sempurnalah haji mereka dan mereka yang terlibat dengan bayar Dam perlulah diselesaikan. Dam yang perlu diselesaikan di Makkah kenalah diselesaikan di Makkah.

Setelah selesai melontar pada hari ini semua jamaah haji akan bertolak balik ke Makkah. Di Makkah mereka akan mengerjakan tawaf dan sae, dengan itu selesailah Ibadat Haji mereka, begitu juga Dam perlulah disempurnakan bayarannya.

Tawaf Ifadah

Laluan ke sae.

Tawaf Widak.
dan
Balik ke tanah air.


Semoga anda semua mendapat haji mabrur,amin.

Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

No comments: