Wednesday, December 9, 2009

Kedah dahulu - Buat bendang cara tradisi - Musim menuai.

Salam semua.

Entri ini insya Allah akan bersambung dan menceritakan mengenai musim menuai pula.De
mikianlah berakhirnya entri yang telah lalu. Kini tibalah masanya untuk menceritan mengenai musim menuai seperti dijanjikan di dalam entri yang telah lalu itu.
Setelah padi menguning petani mulailah melepaskan air ke sungai, petak yang kedudukanya tinggi akan membuka gelung air mengarah ke petak yang lebih rendah supaya air boleh mengalir keluar dari petak dan begitulah seterusnya , setengah petak sawah berada jauh dari sungai ketika ini sangat memerlukan kefahaman yang tinggi di antara mereka dengan itu senanglah dapat mengeringkan air di dalam petak dengan mudah tanpa gangguan mereka yang mementingkan diri.

Setelah air kering dalam tempoh tidak berapa lama akhirnya tanah sawah menjadi kering kontang dan tanah menjadi keras tanpa setitik air pun, ini menunjukkan sedang dalam musim kemarau dan pada ketika itulah juga padi masak dan sudah boleh dituai. berbagai jenis burung
berterbangan sejak awal padi berbunga lagi mencari belalang dan juga memakan biji padi serta mencari ikan di dalam lopak dan lain-lain. Suasananya memang sangat indah untuk diabadikan sebagai gambar atau video tetapi pada zaman itu tiada kemudahan tersebut, kalau ada pun kosnya sangat tinggi tidak mampu dimiliki orang awam.
Menuai padi tidak pula dilakukan secara berderau sebahagian besar petani terpaksa mengupahnya kerana kalau lambat dituai padi akan patah tenggkoknya dan akan rosak.

Pada musim menuai ramai orang Patani, Kelantan dan Trengganu datang ke Kedah kebanyakan
nya mengambil upah menuai dan memukul padi dan sebahagian kecilnya menjual kain buatan mereka. musim kemarau atau musim menuai ini kelihatan lebih meriah berbanding musim menanam padi, maklumlah musim di mana hasil Pak Tani terkumpul dan segala hutang akan dapat dilunaskan, berlebih-lebih lagi jika padi mereka tumbuh subur.Kawasan sawah yang jauh dari tempat kediaman petani mereka akan mendirikan dangau (pondok) untuk mereka tinggal sementara padi selesai dituai dan diangkut ke jelapang atau sebahagiannya dijual.
Pengangkutan pada ketika itu menggunakan anur dan basikal saiz besar, anur suatu alat yang dibuat khas seperti rakit tetapi berkaki dua dan mempunyai kayu yang menghubu
ngkan ke tengkuk kerbau supaya kerbau dapat menarik anur itu dengan selesa ( ada istilahnya tetapi aku sudah lupa.. he3 ), biasanya kerbau yang bersaiz besar mampu menarik sehingga tiga guni padi sekali gus.

Selepas musim menuai kanak-kanak yang rajin akan mengutip padi yang tertinggal di dalam lungguk jerami dan merata di dalam petak yang sememangnya tidak akan diambil lagi oleh petani. kanak-kanak ini menjualnya dengan harga $0.50 segantang pada ketika itu ( tahun awal 60an ). Dengan itu dapatlah mereka membeli kasut baru atau baju baru. lungguk jerami yang ditinggalkan tiga atau empat lungguk di dalam sepetak akan dibakar setelah jerami itu betul-betul kering, bukan sahaja jerami akan terbakar, malah semua tunggul padi akan dimakan sehingga bersih oleh api yang mengganas di dalam petak itu.

Petak sawah akan kelihatan seperti padang bola selepas pembakaran dilakukan dan kanak-kanak mengambil peluang ini untuk bermain bola pada waktu petang, mereka akan membeli bola secara berkongsi, ada di antara mereka menggunakan wang jualan padi yang dikutip dari petak-petak sawah seperti yang disebutkan tadi.

Dalam tempoh musim kemarau di mana semua padi telah dituai dan petak bendang telah menjadi kosong tanpa tanaman lagi, ketika inilah petani melepas bebaskan kerbau lembu mereka mencari rezeki sendiri. Kerbau lembu ini akan mencari makanan mereka secara berkumpulan, merayaplah mereka sekeliling kampung dan kekadang terlajak ke kampung sebelah...akan aku ceritakan secara lebih lanjut lagi di dalam entri musim kemarau nanti.

Insya Allah akan bersambung....sekarang ada hal untuk diuruskan...belum sarapan lagi ni.



Sekian.Wassalam..





2 comments:

jannahazwan said...

Salam.

Ramai orang muda ambil upah pukul padi,,,kan.

Leenoh said...

Salam.

Depa cari duit nak tengok wayang...dulu tak dak TV.. he3