Tuesday, April 8, 2014

Tip Format Minit Mesyuarat untuk Persatuan.

السلام عليكم

FORMAT MINIT MESYUARAT.
( Tip ini ditulis sambil santai sahaja berdasarkan pengalaman sendiri sahaja, sudah tentu kandungannya tidak lengkap )

CONTOH;
MINIT MESYUARAT AJK PERSATUAN PENDUDUK   KG.TANJUNG PINANG CONDONG .

Bil.......Tahun.............
( Catatkan nombor bilangan mesyuarat dan tahun )
Tarikh: ...................
Masa: ....................
Tempat: .................

Ahli yang hadir,
1.
2.
3.
dan seterusnya.
( Senaraikan semua AJK yang hadir ke mesyuarat tersebut, bermula dengan pengerusi mesyuarat dan seterusnya ikut kekananan dalam AJK, nama pengerusi, timb.pengerusi, setiausa dan seterusnya)

Tidak hadir,
1.
2.
3
(Senaraikan AJK yang tidak hadir, catatkan sama ada bersebab atau sebaliknya. di dalam kurungan dihujung nama berkenaan)

Hadir bersama,
1.
2.
3.
( Senaraikan nama yang bukan AJK/wakil di sini - jika ada - mereka ini tidak dikira bilangan korum )

AGENDA;
1- Ucapan Aluan Pengerusi,

> Sebelum memulakan mesyuarat pengerusi mengalu-alukan hadirin dan hadirat dalan ucapannya,

> Juga menyampaikan perkara-perkara penting berkaitan mesyuarat,

> Perkara penting itu tidak semestinya dibawa berbincang.

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang telah lalu.

> Biasanya pengerusi akan meminta Setiausaha membentangkan minit tersebut dengan memberi sedikit penjelasan, jika perlu seperti pembetulan ejaan atau ayat,

> Sekiranya catatan minit mesyuarat menepati seperti yang dibincangkan di dalam mesyuarat yang lalu, seharusnya minit itu dicadang sah dan disokong atau dicadang sah dengan pindaan,
jika berlaku pindaan dan
disokong.

3. Perkara-perkara berbangkit,

> Ruangan ini mengandungi perkara-perkara yang dibangkitkan dari minit yang lalu .

> Perbincangannya terikat dengan minit yang lalu dan bukan perkara baru yang dimasukkan ke dalam perbincangan.

> Pengerusi tidak perlu layan ahli yang menimbulkan perkara yang tidak tercatat di dalam minit yang lalu.

4. Membentang dan mengesahkan (menerima) Penyata Kewangan yang berakhir pada.......................

> Pengerusi meminta Bendahari membentangkan penyata ini, Bendahari mungkin memberi apa-apa penjelasan mengenainya, kemudian menyerahkan kembali kepada pengerusi untuk dibincang atau minta cadangan sah.

> Perkara penting yang dibincangkan hendaklah dicatat.

> Nama pencadang dan penyokong dalam proses mengesahkan penyata kewangan wajib dicatatkan.

5. Membincangkan Cadangan Mengadakan Gotong-royong.

> Pihak urusetia @ pengerusi perlu memberi gambaran/menyatakan tujuan terlebih dahulu sebelum meminta cadangan tersebut disokong atau sebaliknya.

> Sekiranya mendapat sokongan, mesyuarat atas agenda ini bolehlah diteruskan sehingga selesai atau disambung di dalam Mesyuarat Khas.

> Seperti biasa semua perkara penting yang dibincangkan hendaklah diminitkan.

(6) Hal- hal lain.

Agenda ini membincangkan perkara lain yang tiada di dalam agenda di atas dan perkara-perkara itu direkodkan juga sebagai minit.

(7) Mesyuarat ditangguhkan,

> Merekodkan masa tamat mesyuarat.
> Ucapan terima kasih daripada pengerusi.
> Mencatatkan tarikh dan masa bagi mesyuarat akan datang ( jika mesyuarat ini menetapkannya )

Minit ini diluluskan,
tt
.................................
( nama huruf besar )
Pengerusi .................

Minit ini disahkan pada..................

Dicadang oleh...................

Disokong oleh....................



_______________________tamat___________________

Peringatan,

> Minit ini sebelum dimuktamatkan perlulah disemak oleh pengerusi terlebih dahulu dan boleh juga beliau menandatangani di tempat yang disediakan.

> Tulis nama pencadang dan penyokong sebelum minit ini dimasukkan ke dalam fail Setiausaha sebagai dokumen rujukan persatuan.

> "Minit ini diluluskan" bahagian ini tidak ditandatangan pun tiada masalah tetapi hendaklah disemak oleh beliau (pengerusi) untuk muktamatkan minit sebelum dicetak dan edarkan.

> Nama pencadang dan penyokong tercatat di dalam minit yang baru.
والله آعلم

No comments: