Sunday, November 29, 2009

Aktiviti Ibadat Haji hari ini - Ahad..

Salam semua.

Melontar pada hari tasyrik kedua.


UlaWustaAqabah


Hari ini - Ahad.
Tanggal 12 hb. Zulhijjah 1430.


Melontar di ketiga-tiga jumrah Ula, Wusta dan Aqabah (Sughra, Wusta dan Kubra). setiap satu jumrah 7 lontaran dengan menggunakan sebiji anak batu untuk satu lontaran, 7 biji anak batu untuk setiap satu jumrah. Semuanya berjumlah 21 biji anak batu. ( anak batu 7 x 3 = 21 biji ).

Mereka yang telah siap melontar di ketiga-tiga jumrah pada hari ini ( 12 Zulhijjah ) boleh memilih untuk balik ke Makkah dan keluar sebelum terbenam matahari dan tidak lagi kembali ke Mina untuk melontar pada hari ke 13. Zulhijjah, Cara ini dinamakan Nafar Awal.

Doakan semoga saudara mara kita dan kaum muslimin dan muslimat seluruhnya dapat melakukan lontaran dengan sebaik mungkin dan mendapat haji mabrur.

Catatan:
Pada hari ini akan terdapat sebahagian daripada para jamaah haji akan membuat Nafar Awal setelah mereka siap melontar di ketiga-tiga jumrah dengan membuat pilihan balik ke Makkah sebelum terbenam matahari pada hari ini dan tidak lagi melontar pada esok hari dan memadai dengan lontaran hari ini sahaja.
Dengan syarat mereka telah bermalam di Mina lebih separuh malam ( lebih 6 jam ) pada tiap-tiap malam berkenaan ( 11 dan 12 Zulhijjah ).

Di Makkah nanti mereka akan bertawaf haji dan bersae di antara Safa dan Maruah. Dengan demikian sempurnalah haji mereka. Semua larangan yang berbaki pun gugur dan tiada lagi larangan semasa mengerjakan haji.

Sebelum balik mereka akan membuat pula tawaf widak ( tawaf perpisahan ).

Gambar-gambar ini sekadar untuk renungan.










#########

Saya telah membacanya.
Elok juga kalau anda membacanya kerana banyak manfaatnya.

Klik : Mencari kebenaran beragama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

###############

Sekian. Wallahu aklam.Wassalam.

Bila manusia semakin bertambah.

Salam semua.

Bila manusia semakin bertambah.

Hari ini tiada isu yang sesuai dengan penulis untuk diutara dan diborakkan di laman sesawang ini kecuali topik yang tertera di atas.

Kekadang kita tidak fikir kesan pertambahan penduduk ini melainkan mereka yang bertanggungjawab dengan perancangan sesuatu projek atau sesuatu bidang di peringkat negeri dan negara, bagi orang awam tidak kisah sangat dengan hal pertambahan penduduk ini kerana mereka lebih fokus kepada pekerjaan atau tanggungjawab kepada keluarga sendiri, sememang pun itu yang utama difikirkan oleh mereka, buat apa nak difikirkan bermacam-macam hal dan peristiwa yang tidak berkesudahan.

Bukankah ini semua telah diberi tugas kepada pihak yang bertanggungjawab untuk memikirkannya, wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, senator, menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, ketua-ketua jabatan semuanya telah dilantik dan diberi tugasan dan tugas-tugas itu pula mencakup semua bidang kehidupan kita. Biarlah mereka sahaja yang memikirkannya.

Sekali fikir betul juga pandangan yang disebutkan di atas itu, tetapi untuk mengembangkan dan mencerdaskan minda mungkin elok juga bagi kita sama-sama fikirkan tentang hal tersebut, ada juga kebarangkalian buah fikiran dan pandangan kita itu dapat dimanfaatkan oleh masyarakat umum.

Apa yang dipaparkan di sini hanyalah pandangan kampung-kampungan sahaja dan tidak layak untuk dijadikan landasan apappun, sekadar hendak menghabiskan secawan kopi dan sebiji roti canai sahaja.


Bila manusia bertambah, ladang akan menjadi sempit , makanan akan menjadi sedikit, harganya pula akan meningkat. kenderaan semakin banyak, jalanraya semakin sesak, jumlah kemalangan semakin meningkat,

Bila manusia semakin bertambah penduduk kampung, pekan, bandar, negeri dan negara akan bertambah, murid sekolah semakin bertambah, bilik darjah semakin sesak kerana bilangan muridnya semakin ramai, kualiti pengajaran dan pembelajaran akan semakin menurun.

Apabila semua kawasan penduduknya bertambah tugas ahli parlimen juga semakin bertambah dan semakin tidak mampu menangani masalah penduduk, jika ahli parlimen tidak mampu mengendalikan penduduk di kawasan parlimennya kerana penduduk terlalu ramai, maka guru juga tidak mampu menangani para pelajarnya kerana mereka terlalu ramai, kedua-dua senario ini akan menyumbang kepada kemunduran dan kecelaruan hidup pada masa akan datang. jika tidak diatasinya mulai sekarang.

Situasi ini menampakkan kepada kita bahawa kawasan parlimen yang ramai penduduknya perlu dibuat kajian semula dan dipecahkan agar seseorang ahli parlimen mampu menangani masalah penduduk di bawah jagaannya.

Begitu juga bilangan bilik darjah perlu ditambah supaya nisbahnya menjadi relevan dan sesuai dengan kemampuan guru iaitu satu bilik darjah tidak melebihi 35 murid. Sekiranya kita terpaksa memuatkannya melebihi bilangan tersebut , kualiti tugasan dan cakupan tanggungjawab juga akan menurun , kemampuan dan keupayaan tidak terjangkau secara menyeluruh.

Demikianlah kehidupan di dunia ini, manusia semakin bertambah setiap hari dan dunia pula dilihat menjadi semakin sempit dan sesak. Inilah musafir sebenar yang sedang kita lalui, dunia akan berkembang sehingga berakhir dan berhenti di suatu titik kemusnahan yang dinamakan kiamat.

Sekian.Wassalam.

Saturday, November 28, 2009

Hanya mengulangi peringatan untuk diriku dan mereka yang sejiwa denganku.

Salam semua.

Kematian adalah di antara perkara-perkara yang dirahsiakan oleh Allah S.W.T

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi Muhammad.s.a.w. baginda bersabda:

"Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:


(1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.
(2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.
(3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.
(4) Tiada seorang pun mengetahui di bumi mana dia akan mati melainkan Allah .
(5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah".
[ Hadis dari Abdullah Ibn Umar r.a. Dikeluarkan Imam Bukhari dalam sahihnya Hadis no:4627]

Mungkin dapat menginsafkan:



Asri Rabbani : Selimut Putih Pembalut Badan

Selimut Putih
Bila Izrail datang memanggil, Jasad terbujur di pembaringan ( 2X )
Seluruh tubuh akan menggigil, Terbujur badan dan kedinginan ( 2X )
Tak ada lagi gunanya harta, Kawan karib sanak saudara ( 2X )
Jikalau ada amal di dunia Itulah hanya pembela kita ( 2X )

Janganlah mahu dikenang-kenang, Engkau digelar manusia agung ( 2X )
Sedarlah diri tahu diuntung, Sebelum masa kerenda diusung ( 2X )

Datang masanya insaflah diri, Selimut putih pembalut badan ( 2X )
Tinggal semua yang dikasihi, Berbaktilah hidup sepanjang zaman ( 2X )

Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

Pendakwah perlu berhati-hati bila berbahasa Melayu.

Salam semua.

Jangan sebut " Cina atau India" kalau dimaksudkan sebagai bukan Islam.

Saya bukanlah pakar bahasa Melayu, semasa kecil dahulu pun saya menggunakan dua bahasa setiap hari bersama kekawan di kampung, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Siam ( bukan bahasa baku ), dalam pada itu kedua -dua bahasa itu juga dikuasai dalam keadaan lemah dan tidak fasih sebutannya , anih bukan...he3, anda membaca tulisan ini pun sudah mengetahuinya bahawa tulisan di atas skrin ini tidak menunjukkan penulisnya pakar bahasa Melayu, sebaliknya penguasaan bahasa Melayunya mendatar sahaja, malah menjurus kepada penguasaan yang lemah.

Walaupun demikian keadaannya, kekadang penulis masih terkesan juga istilah yang kurang tepat sering digunakan oleh orang Melayu, termasuk pendakwah dan penulis juga kekadang tersasul. Istilah itu kadang kala membawa kepada rasa sensi
tif bagi sesetengah orang,kini penulis sendiri pun tidak berpuashati dengan penggunaan bahasa yang begitu rupa.

Orang kita sering menyebut " Cina" bagi maksud orang bukan Islam, di mana seolah-olah mereka mengkategorikan Cina itu semuanya bukan Islam, pada hal orang Cina di dunia ini lebih ramai yang menganut Islam berbanding orang Melayu Malaysia, umpama menyatakan semua yang hijau itu rumput sedangkan banyak lagi benda lain yang berwarna hijau.pengucapan begini tentulah tidak tepat dan salah.

Jamaah Haji China tiba di tanah air mereka.

Perbuatan yang salah tentulah tidak elok diamalkan. Oleh itu janganlah disebut Cina kalau dimaksudkan bukan Islam kerana Cina juga ramai yang beragama Islam atau jangan disebut India kalau hendak dimaksudkan sebagai bukan Islam kerana India juga ramai yang menganut Islam di negara ini.

Jangan risau ini hanya pandangan penulis sahaja, kalau nak tumpang sekaki berilah respon...he3.

@@@@@

Cina muslim sedang menunjukkan cara menulis khat ( kaligrafi ) - ungkapannya dari terjemahan al.Hadis atau al.Quran- Di Karnival Mesra Mais 2009.

YB. Drs.Khalil Idham Lim
(Lim Chuan Hing Abdullah)

Us.Mohd.Farid Ravi Abdullah.
Mampu mengajar tilawah al.Quran melalui TV,
ahli penal forum dll.


Muhamad Yusuf Chen Kun.
Pakar tulisan khat.

Nama-nama di atas adalah sebahagian daripada contohnya sahaja, hakikatnya yang sebenar tidak mampu disenaraikan.

@@@@@

Oleh sebab telah ramai orang India dan Cina menganuti Islam, maka tidak sesuai lagi makna tersirat yang terkandung di dalam kedua-dua perkataan itu dianggap sebagai bukan Islam.
Demikian juga, kita biasanya tidak mengkategorikan muallaf kerana mengekalkan istilah muallaf sebagai istilah yang kekal digunakan ke atas seseorang bukan Islam yang beralih menganut Islam daripada agama asal mereka. Pada hal terdapat ramai di kalangan muallaf yang telah mendalami ajaran Islam sebelum dan setelah mereka memeluk Islam dan sebahagiannya berjaya sehingga memiliki ijazah dalam bidang tertentu dalam Pengajian Islam. Apakah kepada mereka yang telah berjaya ini masih layak dipanggil muallaf sedangkan mereka telah pun menceburkan diri dalam bidang dakwah dan berdakwah pula kepada orang Melayu Islam yang mana orang Melayu itu pula sejarah keislaman mereka berlaku sejak dilahirkan.

Pada hemat saya persekitaran yang menunjukkan bahawa Islam untuk semua perlu diwujudkan seperti membinakan Masjid Cina atau masjid-masjid yang bersenikan cina atau India sebagai lambang yang menunjukkan bukan orang Melayu sahaja yang menganut Islam di Malaysia ini. Dengan cara ini mungkin dapat mengubah tanggapan kabur yang masih diamalkan.

Islam untuk manusia dan jin.




Sekian.Wassalam.

Aktiviti Ibadat Haji hari ini - Sabtu.

Salam semua.

Melontar pada hari tasyrik - Pertama.


UlaWustaAqabah

Hari ini .
Sabtu - tanggal 11 hb. Zulhijjah 1430.


Melontar di ketiga-tiga jumrah
Ula, Wusta dan Aqabah (Sughra, Wusta dan Kubra). setiap satu jumrah 7 lontaran dengan menggunakan sebiji anak batu untuk satu lontaran, 7 biji anak batu untuk setiap satu jumrah. Semuanya berjumlah 21 biji anak batu. ( anak batu 7 x 3 = 21 biji ).

Doakan semoga saudara mara kita dan kaum muslimin dan muslimat seluruhnya dapat mengerjakannya dengan sebaik mungkin.
________________

Saya telah membacanya. Elok juga kalau anda baca kerana banyak manfaatnya.
Mencari kebenaran beragama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Sekian. Wassalam.

Tiga hari aktivitinya sama - Melontar di ketiga-tiga jumrah - ( Ula - Wusta - Aqabah ).

Salam semua.

Aktiviti melontar tahun ini ( 1430H ).

Dua entri yang telah lalu sengaja diposkan untuk mengingatkan peristiwa yang berlaku mengikut tarikhnya dan entri ini dikeluarkan untuk peristiwa melontar di ketiga-tiga jumrah bagi tiga hari berturut-turut iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.( Hari Tasyriq - Sabtu, Ahad dan Isnin ) .


Semalam 10 Zulhijjah telah pun membuat lontaran di jumrah Kubra ( Aqabah ).
( anak batu 7 x 1 = 7 biji ).











11 Zulhijjah ( Sabtu ): - Melontar hari kedua.
melontar di ketiga-tiga jumrah Sughra, Wusta dan Kubra ( Ula, Wusta, Aqabah ). setiap satu jumrah 7 lontaran dengan menggunakan sebiji anak batu untuk satu lontaran, 7 biji anak batu untuk setiap satu jumrah. Semuanya berjumlah 21 biji anak batu. ( anak batu 7 x 3 = 21 biji )

12 Zulhijjah ( Ahad ): - Melontar hari ketiga.
melontar ke tiga-tiga jumrah sama seperti di atas. Pada hari ini boleh membuat pilihan sama ada ingin meneruskan lontoran atau balik ke Makkah, jika memilih untuk balik ke makkah dan tidak mahu meneruskan lontaran, mereka hendaklah balik ke Makkah sebelum matahari terbenam pada hari tersebut dan bertekan tidak akan kembali lagi untuk melontar pada hari ke-13.. Cara ini dinamakan nafar awal. Di Makkah mereka mengerjakan tawaf dan Sae dengan itu sempurnalah ibadat Haji mereka. ( anak batu 7 x 3 = 21 biji )

13 Zulhijjah ( Isnin ): - Melontar hari keempat.
Bagi mereka yang tidak balik ke Makkah, mereka hendaklah meneruskan aktiviti melontar di tiga-tiga jumrah seperti hari sebelumnya, setelah selesai barulah balik ke Makkah dan mengerjakan tawaf dan Sae, dengan itu sempurnalah ibadat Haji mereka. ( setelah semua Dam dibayar mengikut keperluannya ). ( anak batu 7 x 3 = 21 biji ).



Catatan:
Hari yang disebutkan ( Sabtu, Ahad dan Isnin ) di atas adalah berdasarkan aktiviti Haji tahun ini ( 1430H).


Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

Friday, November 27, 2009

Selamat Aidil Adha - 1430 & Mabit di Mina.

Salam semua.


Kepada semua umat Islam dan khasnya kepada semua pembaca blog ini .
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan;


Selamat Aidil Adha,

Maaf Zahir dan Batin.

كل عام وأنتم بخير




Pada hari ini - 10 Zulhijjah ( Jumaat ).

- Mereka yang tinggal di luar Mekah atau mereka yang tidak mengerjakan ibadat Haji akan menyambut Hari Raya Qurban seperti yang kita lakukan di Malaysia. iaitu bertakbir, melaksanakan solat sunat Aidil Adha dan menunaikan ibadat Qurban. Ibadat qurban akan berakhir pada 13 Zulhijjah.

Aktiviti Jamaah Haji pada hari ini. Melontar pada hari Nahar.
-Biasanya para jamaah Haji bertolak dari Muzdalifah ke Mina selepas solat Subuh tadi, setelah sampai di Mina mereka akan membawa masuk barang keperluan ke dalam khemah dan mengambil tem
pat masing-masing.

Setelah itu mereka bergerak pula ke jumrah Kubra ( Aqabah ) untuk membuat lontaran.




Pada hari ini dikehendaki melontar di jumrah Aqabah (Kubra) sahaja, selepas itu mereka bolehlah bertahlul ( tahlul awal ), setelah selesai bertahlul atau bercukur maka bolehlah mereka menukar pakaian kepada pakaian biasa ( tidak perlu lagi berpakaian ihram ) dan semua larangan ihram digugurkan.

Larangan yang masih kekal sehingga sempurna seleuruh ibadat Haji ialah bersetubuh, berciuman dengan isteri, berkahwin, menjadi wali dan
memjadi wakil kahwin.

Selesai bertahlul mereka bolehlah bertakbir Hari Raya Aidil Adha dan melakukan ibadat sunat yang lain lagi sementara menunggu lontaran berikutnya pada ( 11, 12 dan 13 Zulhijjah ).




Insya Allah akan bersambung esok............


Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

Thursday, November 26, 2009

Selamat berwukuf di Padang Arafah - 1430

Salam semua.

Wuquf di Arafah hari ini.
Tanggal 9 Zulhijjah ( Khamis ) para jamaah Haji berwukuf ( berhenti ) di Arafah. Wuquf bermula setelah gelincir matahari atau sebaik sahaja masuk waktu Zohor sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah ( Jumaat ), tempoh dikehendaki berada di situ sesingkat atau selama satu saat sekali pun telah memadai ( paling minimum).Biasanya para jamaah Haji sampai lebih awal dan menunggu masa wukuf di dalam khemah sambil melakukan ibadat sunat.

Berwukuf salah
satu aktiviti penting di dalam ibadat Haji kerana berwukuf adalah salah satu rukunnya.

Mereka yang berada di sini semuanya berpakaian ihram sehinggalah selepas bertahlul iaitu setelah melontar pada hari pertama ( 10 Zulhijjah ) di jumratul Aqabah ( Kubra ).

Selepas bertahlul mereka bolehlah menukar pakaian kepada pakaian kebiasaan masing-masing asalkan menutup aurat dan memenuhkan masa dengan bertakbir menandakan sambutan Aidil Adha dan amalan sunat yang lain.


Takbir Aidil Adha sunat dilakukan mulai selepas terbenam matahari 9 Zulhijjah (malam 10 Zulhijjah) berterusan sehingga 13 Zulhijjah.

Catatan:
Hari yang disebutkan di atas adalah berdasarkan tahun ini - 1430H.


Sekian.Wallahu aklam. Wassalam.

Wednesday, November 25, 2009

Selamat berangkat ke Padang Arafah.



Salam semua.

Hari ini tanggal 8 Zulhijjah 1430.

Tanggal 8 Zulhijjah ( Selasa ) jamaah Haji mulai bertolak dari Makkah ke Padang Arafah.Sebelumnya mereka mandi sunat , memakai ihram, bersolat sunat ihram dan berniat mengerjakan Haji di tempat kediaman masing-masing di Kota Makkah, lafaz niatnya " Sahaja aku mengerjakan Haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala".

Sebaik sahaja berniat ihram maka pantang larangnya pun bermula sehinggalah mereka bertahlul.


Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah berikan keselesaan perjalanan dan kesihatan kepada mereka.

Berdoalah untuk kesejahteraan mereka kerana mereka juga berdoa untuk kesejahteraan kita.

Hari ini hujan di Makkah dan Jeddah

Wukuf akan bermula esok (
9 Zulhijjah - Khamis ) ) selepas gelincir matahari atau sebaik sahaja masuk waktu Zohor sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah.


Sekian.Wassalam.


Tuesday, November 24, 2009

Apa nak buat selepas peperiksaan SPM & STPM.


Salam semua.

Manfaatkan masa cuti.

Beberapa hari ini semua orang pakat sebok dan kalut dengan urusan masing-masing. Para pelajar sedang bergelut dengan peperiksaan dan setengahnya terpaksa bergelut dengan banjir yang melanda rumah dan dewan peperiksaan.

Ibubapa dan guru-guru tentu sekali berasa risau dan bimbang takut para pelajar tidak dapat menghadiri peperiksaan seperti yang dirancangkan atau masa mentalaah anak-anak mereka terganggu.

Pengetua, PPD, Pengarah dan Menteri sendiri tentu sekali bimbang terhadap kelancaran peperiksaan di bawah seliaan masing-masing terganggu atau tidak dapat dijalankan langsung. jika ini berlaku tentulah semua pihak akan mengalami kerugian. Apapun tiada siapa dapat mengatasi kehendak yang Maha Esa. Kita kenalah terima seadanya dengan hati yang redza.

Berbalik kepada topik apa nak buat selepas peperiksaan nanti. Sekarang sebahagian besar para pelajar sedang bercuti dan para pelajar SPM dan STPM akan mula bercuti panjang selepas peperiksaan berakhir nanti. Mungkin ibu bapa dan anak-anak remaja dapat sama-sama merancang program yang berfaedah dalam masa cuti panjang ini.

Berkemampuan.
Mereka yang berkemampuan banyak pilihan yang boleh dimanfaatkan di antaranya:
Menghadiri:
1. Kursus jahitan.
2. Kursus masakan.
3. Tuisyen ; Bahasa Inggeris, Mandarin, Bahasa Arab,Matematik, Sains dll.
4. Kem ( Khemah ) motivasi meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam.
5. Kelas Tahsin Tilawah al.Quran.
6. Berbagai kursus mengenai komputer.
7. Balajar memandu dll..

Kurang berkemampuan.
Bagi mereka yang kurang berkemampuan tentu sekali boleh mendapatkan kemahiran dan pengalaman melalui apa-apa sahaja pekerjaan yang bermanfaat seperti menolong ibubapa , berkerja di pasaraya, di warung-warung atau di mana-mana sahaja yang boleh memberi manfaat kepada mereka dalam tempoh percutian yang panjang tersebut.

Untuk renungan.
Kalau hendak seribu daya, kalau tidak hendak seribu dalih.

Hendak jadi orang senang, susah. Hendak jadi orang susah, senang.

Man jadda wa jada, (siapa usaha dia dapat).

Kalau tidak pecahkan royong, manakan dapat sagunya.

Sekian.Wassalam.

Monday, November 23, 2009

Al.Fatihah untuk Guruku.

23 November 2009

Ismail Hashim

ALOR SETAR, 23 Nov: Penasihat Persatuan Ulamak Kedah (PUK), Syeikh Abu Bakar Awang Al-Baghdadi menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi tadi di Hospital Sutanah Bahiyah, dekat sini lantaran sakit tua.

Al-Marhum Syeikh Abu Bakar,84, semasa hayatnya bersama Al-Marhum Syeikh Niamat Yusoff mengasaskan Maahad Tarbiyah Islamiah Derang (MTID) seawal 1980. Beliau menjadi Syeikhul Perkampungan Maahad Derang sehingga akhir hayatnya.


Sebelum itu, kedua tokoh terkenal ini berkhidmat di Maahad Mahmud, bersama-sama dengan bekas Presiden PAS, Al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Nor. Ustaz Abu Bakar adalah pelajar awal Pondok Tuan Guru Haji Yahya Al-Junaid di Batu 16, Padang Lumat, Kedah.

(Gambar: Abu Bakar dengan anak-anak muridnya)

Semoga Allah menempatkannya bersama-sama orang-orang yang solih.amin.

Al.Fatihah.


Berita selanjutnya di sini


Sekian .Wallahu aklam.Wassalam.


Awas !!!... Amaran Allah S.W.T dan Rasul - Nya.


Salam semua.

Awas !!!...Jangan sebar berita palsu.

Peringatan dan amaran Allah dan Rasul-Nya telah pun disampaikan kepada manusia.

Setiap tulisan, percakapan, syarahan, ceramah akan menjadi berita, manakala setiap berita yang disebarkan akan dinilai oleh Allah S.W.T.

___________

Firman Allah.S.W.T.
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong bagi mereka.”
(QS. An Nisa [4]: 145).

__________

Hadith :

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai dia khianat, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila bertengkar dia melampaui batas
(Hadis riwayat Ahmad)

__________

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda :

أربع من كن فيه كان منافقا خالصا ومن كانت فيه ‏ ‏خلة ‏ ‏منهن كانت فيه ‏ ‏خلة ‏ ‏من نفاق حتى يدعها إذا حدث كذب وإذا عاهد غدر وإذا وعد أخلف وإذا خاصم ‏ ‏فجر

"Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas"
( Hadith Sahih Riwayat Muslim )
_________


Sekian . Wallahu aklam. Wassalam.


Sunday, November 22, 2009

Aktiviti Santai pagi ini - Ahad.

Salam Semua.

Kebetulan pada pagi tadi saya terrjaga tidur jam 3.30 , kemudian tidur semula kurang lebih jam 4.4o dan terjaga semula jam 5. 45, setelah bangun tidur biasalah saya buat sedikit pergerakan badan, kemudian terus pergi mandi, Pa
gi ini nasib kurang baik, sedang saya mandi tiba-tiba urat pinggang mengalami gangguan buat beberapa minit dan terasa sakit yang amat sangat. mungkin pergerakan yang dilakukan selepas terjaga tidur itu tidak mencukupi dan berlaku pula pergerakan berlebihan ketika menggosok badan, dipendekkan cerita, akhirnya sakit beransur kurang. Setelah selesai mandi saya pun menunaikan solat Subuh.

Oleh sebab sakit pinggang pun telah rasa lega, saya pun ke Pasar Tani Shah Alam pula untuk membeli daging sebagai persediaan Hari Raya Haji, untu ke Pasar Tani itu memang dirancang sejak beberapa hari yang telah lalu, maklumlah hari ini dah 4 Zulhijjah.

Tepat jam 6.30 pagi saya pun bertolak ke sana,dalam masa 10 minit sampailah di pasar tersebut, pada hari ini daging dijual dengan harga RM20.00 sekilogram , selain daripada itu saya juga membeli barang-barang keperluan lain termasuk kerepek, ikan, buah-buahan dll.


Jam 8.30 sampai balik ke rumah semula, sesampai di rumah saya pun duduk dan berehat di ruang tamu, apabila berlaku banyak pergerakan pinggang terasa sakit semula untuk melegakannya saya pun menyapu di kawasan sakit itu dengan minyak angin panas dan telan dua biji ubat, setelah beberapa jam barulah terasa lega , insya Allah, harap-harap esok akan kembali sihat seperti sediakala, agaknya angin terlalu banyak di dalam badan, sejak beberapa hari yang lalu badan tidak berpeluh, tentu angin pun banyak di dalam badan, mungkin angin tersebut tersimpan dan tersorok di bahagian pinggang, kemudian merayap ke dalam urat di bahagian tersebut setelah pergerakan badan menggegarkannya.

Dalam sekelip mata sahaja Allah menarik balik tenaga kita, kalau Dia pulangkan semula tenaga itu bersyukurlah kita, kalau tidak diberi-Nya semula tenaga itu pun kita kenalah terima dengan redza dan bersyukur juga kerana ada manusia lain lebih teruk lagi nasibnya daripada kita .

Apapun perlulah diingat bahawa " Kematian itu berada di antara pejam dan celik " amat mudah bagi Allah melaksankannya. Amat susah dan perit bagi manusia menghadapinya. Menerima sedikit acahan pun sudah merisaukan.

Sekadar ini sahaja, entri ini nampaknya lebih kepada silaturrahim sahaja.

Sekian. Wassalam.



Friday, November 20, 2009

Semakan ulangan mengenai raya - Raya Puasa dan Raya Haji.


Salam semua.

Semakan ulangan mengenai raya.
- Raya Puasa dan Raya Haji.
- Untuk direnung dan difikir-fikirkan.

Hari ini Jumaat 2. Zulhijjah .1430 bersamaan 20. November .2009. berbaki hanya 7 hari lagi akan tibalah pula hari Raya Haji atau Aidil Adha iaitu pada 10 Zulhijjah ini.

Kalaulah berada di ambang Hari Raya Puasa kelihatan lebih meriah dan sebok lagi. walaupun sebenarnya Hari Raya puasa itu pada hakikatnya sehari sahaja yang diperintahkan oleh Allah, iaitu pada 1 Syawal di mana pada hari itu Allah melarang umat Islam berpuasa, bermakna kenalah berhari raya dengan melaksanakan solat sunat Aidil Fitri.Pada malamnya dimeriahkan dengan takbir hari raya sehinggalah waktu pagi iaitu sebelum mendirikan solat sunat tersebut.

Ibadat Puasa yang dilakukan pada bulan Ramadan diperintahkan supaya dihentikan sebaik sahaja muncul 1hb.Syawal. Sesiapa yang meneruskan puasa pada 1 Syawal adalah dilarang dan haram hukumnya.

Pada 2 Syawal sehingga 7 Syawal disunat atau digalakkan pula berpuasa, ini bermakna tidak digalakkan berhari raya pada hari tersebut sebaliknya berpuasa adalah lebih utama (afdal) .Selepas 1hb.Syawal yang paling utama dan afdal dilakukan ialah berpuasa bukan meneruskan berhari raya, puasa tersebut boleh juga dipilih pada enam hari yang lain tetapi kuranglah afdalnya.

Dengan itu terbuktilah bahawa Hari Raya Puasa ( Aidil Fitri ) suruhannya tidaklah semeriah Aidil Adha, mereka yang betul-betul mengikut perintah Allah akan berhari raya pada 1 Syawal dan mulai berpuasa pada 2 Syawal sehingga 7 Syawal, kemudian pada 8 Syawal mereka berhari raya pula kerana telah selesai berpuasa sunat Syawal, hanya sekadar beberapa hari sahaja. Bagi mereka yang kuat melayani amalan adat, mereka akan terus berhari raya, kekadang sampai sebulan lamanya, amalan ini elok difikirkan semula supaya tidak membawa kepada salah faham keturunan kita atau generasi pada masa akan datang.

Hari Raya Puasa 1 hari - Hari Raya Haji 4 hari.
Hari Raya Haji atau Aidil Adha disambut pada 10hb.Zulhijjah sehinggalah 13hb.Zulhijjah pada setiap tahun. Dalam tempoh empat hari tersebut umat Islam digalakkan dan disunatkan mengerjakan ibada Qurban dengan menyembelih binatang ternakan dan disedekahkan dagingnya kepada orang-orang miskin seperti kita lakukan setiap tahun. Dalam tempoh empat hari tersebut juga disunatkan bertakbir, sebaliknya ketika Hari Raya Puasa hanya disunatkan bertakbir mulai malam 1 Syawal sehingga sebelum mendirikan solat sunat Hari Raya Puasa ( Aidil Fitri ) seperti disebutkan di atas tadi. Suruhan itu membuktikan bahawa tempoh perayaan Raya Puasa itu lebih pendek berbanding dengan perayaan Raya Haji atau Aidil Adha.

Artikel ini bukan hendak melarang atau mencegah amalan dan cara sambutan yang telah menjadi tradisi itu tetapi ingin mengesyurkan supaya lajakannya itu dipendekkan sedikit supaya mencapai kesederhanaan yang sering kita cari dan harapkan.



Sekian.Wallahu aklam. Wassalam.


Thursday, November 19, 2009

Padang Arafah dan Padang Mahsyar.


Salam semua.

Pejam celik, pejam celik hari ini sudah
1hb. Zulhijjah 1430
, baki lagi 7 hari akan berlakulah wukuf di Arafah iaitu pada hari kesembilan Zulhijjah, wukuf di Padang Arafah adalah salah satu rukun Haji yang mesti ditunaikan. Inilah perhimpunan terbesar yang diadakan setiap tahun yang tidak pernah berlaku perhimpunan seperti ini di mana-mana pun di atas muka bumi Allah ini.

Setengah ulamak berpendapat di sinilah nanti manusia akan berkumpul atau dikumpulkan setelah berlaku kiamat nanti, manusia sejak zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah manusia yang berada pada Hari Kiamat itu semuanya dihidupkan semula dan dikumpulkan di sini yang dinamakan Padang Mahsyar, bayangkanlah betapa ramainya manusia pada hari tersebut.

Allah akan muncul pada Hari kiamat nanti di Padang Mahsyar ini dan memerintahkan manusia berkumpul mengikut kepercayaan mereka di dunia dahulu, mereka yang sembah berhala hendaklah berkumpul bersama-sama berhala yang mereka sembah, mereka yang sembah api bersama kumpulan mereka, mereka yang sembah batu bersama-sama mereka yang menyembah batu dan begitulah seterusnya. Mereka yang beriman kepada Allah serta menyembah Allah berkumpul di hadapan Allah bersama-sama mereka yang menyembah Allah.

Mereka yang menyembah selain Allah di dunia ini hendaklah mengikut benda yang mereka sembah itu dan jangan lagi berada di hadapan Allah, demikianlah kesusahan yang diterima oleh mereka yang tidak menyembah Allah di dunia ini di Padang Mahsyar nanti. Allah tidak lagi mengira dosa pahala mereka kerana telah jelas tiada apa-apa kebaikan yang mereka lakukan di dunia ini melainkan penuh dengan perbuatan derhaka dan maksiat. Mereka ini akan terus dimasukkan ke dalam neraka yang apinya menjulang dan kekallah siksaan itu selama-lamanya di sana.

Bagi mereka yang beriman kepada Allah dan menyembah Allah di dunia ini, mereka ini akan dikira dosa pahalanya.

Mereka yang tiada dosa atau ada dosa tetapi diampunkan Allah akan dimasukkan ke dalam syurga dan kekal selama-lamanya di dalamnya. Inilah kejayaan hakiki dan wawasan sebenar yang mereka usahakan semasa di dunia dahulu.inilah juga yang dikatakan kebaikan atau hasanah di akhirat.

Bagi mereka yang beriman dan menyembah Allah di duni ini tetapi ada dosa dan tidak diampunkan Allah, maka mereka ini dimasukkan ke dalam neraka dalam tempoh tertentu, setelah sempurna tempoh siksaan akhirnya mereka ini dikeluarkan dari neraka dan barulah dibawa masuk ke dalam syurga dan kekallah mereka di dalam syurga buat selama-lamanya.

Bagi mereka yang kafir dan tidak menyembah Allah di dunia seperti disebutkan tadi maka mereka ini terus sahaja dimasukkan ke dalam neraka dan kekal selama-lamanya di dalam neraka dan selama-lamanyalah juga menerima siksaan Allah.

Wukuf di Padang Arafah mengingatkan kita akan Padang Mahsyar di mana kedua-duanya merupakan tempat berkumpulnya manusia yang begitu ramai, kiranya tidak tepat sekali pun pendapat yang menyatakan di situlah nanti berlakunya Padang Mahsyar, namun di mana pun Padang Mahsyar itu nanti ianya tetap merupakan tempat perhimpunan manusia yang diperintahkan oleh Allah yang Maha Berkuasa dan Pencipta sekalian alam ini.

Padang Mahsyar merupakan tempat perhimpunan semua manusia yang dilahirkan sejak Nabi Adam.a.s. sehinggalah manusia yang dilahirkan pada Hari Kiamat itu berlaku dan perhimpunan agung itu bertujuan membuat perhitungan amalan manusia semasa mereka hidup di dunia ini, Perhimpunan di Padang Arafah tidaklah sebesar perhimpunan di Padang Mahsyar . Perhimpunan di Padang Mahsyar adalah perhimpunan semua manusia yang pernah hidup di dunia . Masya Allah ramainya manusia tiada tandingannya.


Sekian.Wallahu aklam. Wassalam.