Sunday, November 1, 2009

Masih kauingat


Salam semua.

Malam tadi memang pun kuteringat dia dalam beberapa minit dan terkenang sepintas lalu, tiba-tiba jam 10.25 pagi ini dia menalefon bertanyakan tentang siaraya Surau SMKTAR yang pernah aku uruskan dahulu, sudah tentu dia mewakili kekawan bertanyakan perkara itu kepadaku.

Perkara yang menarik perhatianku dalam hal ini tentunya mengenai hubungan ingatanku malam tadi itu, aku terasa bahawa hubungan ikhlas silaturrahim itu memang ada keajaibannya, semasa aku dikejutkan dengan telefon aku berkeadaan di antara tidur dan jaga, maka aku tidak dapat menangkap dengan cepat suara yang sedang bercakap itu, akhirnya barulah aku perasan bahawa yang bercakap itu Us.Fadhil bin Kasim dan suara yang kedengaran jauh di belakang di antara dengar dan tidak dengar itu adalah suara Ustazah Norhiza bt Mohd.Aroff seoarng guru yang telah lama mengajar di sekolah tersebut, mungkin telah melebihi 10 tahun di situ.

@@@@@

Walaupun hari ini hari cuti mereka masih ke sekolah untuk menguruskan sesuatu, agaknya ada kegiatan kokurikulum, biasanya jam 10.00 pagi aktiviti tersebut telah selesai, mungkin mereka beralih pula menguruskan hal-hal berkaitan dengan surau bersama dengan Ustazah Asma dan Nor Roshidah serta ada guru lain lagi agaknya.Kerja berpasukan memang menyeronokkan sekiranya bersefahaman dan berpuashati di antara satu sama lain.


Maaf andaian di atas itu sebahagiannya perlu diabaikan kerana di negeri Kedah hari Ahad adalah hari bekerja, jadi memang mereka sedang bekerja hari ini, hehehe, tak sangka boleh terlupa, agaknya mamun tidur belum habis. Kalau hari Sabtu biasanya memang begitulah tugas mereka ini. tadi sebenarnya saya menyangka hari ini hari Sabtu, rupanya sudah hari Ahad..... cepatnya masa berdetik.

@@@@@

Us.Fadzil memaklumkan kepadaku bahawa mereka akan menukarkan alat siaraya yang sedia ada kepada yang baru dan memasang kipas penyedut haba supaya udara di dalam surau ( Makmal Pendidkan Islam ) lebih nyaman dan menyegarkan dengan harapan akan memberi lebih keselesaan kepada para pelajar mereka. sudah tentulah saya berasa amat gembira dengan perkembangan tersebut kerana kerja buat tersebut aku yang memulakannya dahulu dan sekarang pun mereka masih memberi maklumat mengenai perkembangannya, walaupun sejak tahun 2005 aku bersara dan menyerahkan tugas itu kepada mereka.

Terima kasihlah di atas ingatan anda padaku.ingatan anda semua memang mempunyai talian dengan hatiku. ajaibkan hehehe.

Kalau rajin klik untuk sambung baca tajuk di bawah,

Sekian. Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

salam ustaz,
terima kasih di atas coretan ikhlas ttg kami dan surau SMKTAR. Terasa sejuk hati kami apabila membacanya dan membakar semangat kami utk berjuang lebih gigih lagi agar dpt dimanfaatkan utk anak didik STAR

Leenoh said...

Salam semua kekawan.

Terima kasih kerana membacanya dan memberi respon.
ada lagi beberapa entri yang saya paparkan mengenai STAR terutamanya mengenai Makmal Pendidikan Islam STAR ( surau ).
Sehingga berjumpa lagi, wassalam.