Thursday, November 26, 2009

Selamat berwukuf di Padang Arafah - 1430

Salam semua.

Wuquf di Arafah hari ini.
Tanggal 9 Zulhijjah ( Khamis ) para jamaah Haji berwukuf ( berhenti ) di Arafah. Wuquf bermula setelah gelincir matahari atau sebaik sahaja masuk waktu Zohor sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah ( Jumaat ), tempoh dikehendaki berada di situ sesingkat atau selama satu saat sekali pun telah memadai ( paling minimum).Biasanya para jamaah Haji sampai lebih awal dan menunggu masa wukuf di dalam khemah sambil melakukan ibadat sunat.

Berwukuf salah
satu aktiviti penting di dalam ibadat Haji kerana berwukuf adalah salah satu rukunnya.

Mereka yang berada di sini semuanya berpakaian ihram sehinggalah selepas bertahlul iaitu setelah melontar pada hari pertama ( 10 Zulhijjah ) di jumratul Aqabah ( Kubra ).

Selepas bertahlul mereka bolehlah menukar pakaian kepada pakaian kebiasaan masing-masing asalkan menutup aurat dan memenuhkan masa dengan bertakbir menandakan sambutan Aidil Adha dan amalan sunat yang lain.


Takbir Aidil Adha sunat dilakukan mulai selepas terbenam matahari 9 Zulhijjah (malam 10 Zulhijjah) berterusan sehingga 13 Zulhijjah.

Catatan:
Hari yang disebutkan di atas adalah berdasarkan tahun ini - 1430H.


Sekian.Wallahu aklam. Wassalam.

2 comments:

Hunny said...

Pak Ngah,

Saya copy takbir Pak Ngah ek? TQVM.

Leenoh said...

Salam Hani.

Kan dunia ini pinjaman he3, rupanya gigi baru nak penuh.semakin bertambah bukan semkin berkurangan, itu pinjaman baru pulak tu... hehehe

Selamat Aidil Adha.