Thursday, November 5, 2009

Kelas dewasa masih diperlukan.


Salam semua.

JAIS diberitakan membuat serbuan dan tangkapan lagi , kali ini terhadap seorang bomoh nombor ekor bersama lebih sepuluh orang pelanggannya, bomoh lelaki berusia 66 tahun itu mengakui kononnya beliau bukan sahaja boleh mendapatkan nombor ekor tetapi banyak lagi kebolehannya. Dipetik dari beberapa media.

Demikianlah salah satu berita yang saya baca pada pagi ini.

Syabas kepada JAIS.

Apa yang menarik perhatian saya kali ini bukanlah mengenai tangkapan tersebut tetapi kepercayaan karut yang masih berleluasa di kalangan orang Melayu Islam. Pada usia tersebut sewajarnya menjadi pembimbing dan pengasuh anak muda supaya menghayati ajaran Islam, sebaliknya besar jangan disangka bapa, kecil jangan disangka anak. Dalam abad yang serba maju ini sepatutnya kepercayaan tersebut telah pun ditinggalkan oleh masyarakat kita.

Senario dan gambaran tersebut menunjukkan betapa masyarakat kita masih memerlukan ilmu dan pendidikan dikala mereka dewasa. Penggerak ilmu dan penghapus kepercayaan karut perlu lebih ramai dan lebih cergas. Ilmu itu cahaya dan ilmu itu penyuluh kegelapan tanpa ilmu manusia akan sesat dan tidak akan mengenali Allah yang sepatutnya mereka sujud pada setiap hari.

Penguatkuasa undang-undang telah pun wujud , manakala penyebar ilmu pun telah ada tetapi pengajar ilmu Tauhid dan Fiqah memerlukan bilangan yang lebih ramai lagi supaya sesuai dengan jumlah orang Islam yang hendak ditangani, jika ramai masyarakat mengenal Allah ( ma'arifatullah ) insya Allah akan berkuranglah gejala tersebut.

Sekian.Wassalam.

No comments: