Saturday, November 28, 2009

Tiga hari aktivitinya sama - Melontar di ketiga-tiga jumrah - ( Ula - Wusta - Aqabah ).

Salam semua.

Aktiviti melontar tahun ini ( 1430H ).

Dua entri yang telah lalu sengaja diposkan untuk mengingatkan peristiwa yang berlaku mengikut tarikhnya dan entri ini dikeluarkan untuk peristiwa melontar di ketiga-tiga jumrah bagi tiga hari berturut-turut iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.( Hari Tasyriq - Sabtu, Ahad dan Isnin ) .


Semalam 10 Zulhijjah telah pun membuat lontaran di jumrah Kubra ( Aqabah ).
( anak batu 7 x 1 = 7 biji ).











11 Zulhijjah ( Sabtu ): - Melontar hari kedua.
melontar di ketiga-tiga jumrah Sughra, Wusta dan Kubra ( Ula, Wusta, Aqabah ). setiap satu jumrah 7 lontaran dengan menggunakan sebiji anak batu untuk satu lontaran, 7 biji anak batu untuk setiap satu jumrah. Semuanya berjumlah 21 biji anak batu. ( anak batu 7 x 3 = 21 biji )

12 Zulhijjah ( Ahad ): - Melontar hari ketiga.
melontar ke tiga-tiga jumrah sama seperti di atas. Pada hari ini boleh membuat pilihan sama ada ingin meneruskan lontoran atau balik ke Makkah, jika memilih untuk balik ke makkah dan tidak mahu meneruskan lontaran, mereka hendaklah balik ke Makkah sebelum matahari terbenam pada hari tersebut dan bertekan tidak akan kembali lagi untuk melontar pada hari ke-13.. Cara ini dinamakan nafar awal. Di Makkah mereka mengerjakan tawaf dan Sae dengan itu sempurnalah ibadat Haji mereka. ( anak batu 7 x 3 = 21 biji )

13 Zulhijjah ( Isnin ): - Melontar hari keempat.
Bagi mereka yang tidak balik ke Makkah, mereka hendaklah meneruskan aktiviti melontar di tiga-tiga jumrah seperti hari sebelumnya, setelah selesai barulah balik ke Makkah dan mengerjakan tawaf dan Sae, dengan itu sempurnalah ibadat Haji mereka. ( setelah semua Dam dibayar mengikut keperluannya ). ( anak batu 7 x 3 = 21 biji ).



Catatan:
Hari yang disebutkan ( Sabtu, Ahad dan Isnin ) di atas adalah berdasarkan aktiviti Haji tahun ini ( 1430H).


Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

No comments: