Sunday, November 22, 2009

Aktiviti Santai pagi ini - Ahad.

Salam Semua.

Kebetulan pada pagi tadi saya terrjaga tidur jam 3.30 , kemudian tidur semula kurang lebih jam 4.4o dan terjaga semula jam 5. 45, setelah bangun tidur biasalah saya buat sedikit pergerakan badan, kemudian terus pergi mandi, Pa
gi ini nasib kurang baik, sedang saya mandi tiba-tiba urat pinggang mengalami gangguan buat beberapa minit dan terasa sakit yang amat sangat. mungkin pergerakan yang dilakukan selepas terjaga tidur itu tidak mencukupi dan berlaku pula pergerakan berlebihan ketika menggosok badan, dipendekkan cerita, akhirnya sakit beransur kurang. Setelah selesai mandi saya pun menunaikan solat Subuh.

Oleh sebab sakit pinggang pun telah rasa lega, saya pun ke Pasar Tani Shah Alam pula untuk membeli daging sebagai persediaan Hari Raya Haji, untu ke Pasar Tani itu memang dirancang sejak beberapa hari yang telah lalu, maklumlah hari ini dah 4 Zulhijjah.

Tepat jam 6.30 pagi saya pun bertolak ke sana,dalam masa 10 minit sampailah di pasar tersebut, pada hari ini daging dijual dengan harga RM20.00 sekilogram , selain daripada itu saya juga membeli barang-barang keperluan lain termasuk kerepek, ikan, buah-buahan dll.


Jam 8.30 sampai balik ke rumah semula, sesampai di rumah saya pun duduk dan berehat di ruang tamu, apabila berlaku banyak pergerakan pinggang terasa sakit semula untuk melegakannya saya pun menyapu di kawasan sakit itu dengan minyak angin panas dan telan dua biji ubat, setelah beberapa jam barulah terasa lega , insya Allah, harap-harap esok akan kembali sihat seperti sediakala, agaknya angin terlalu banyak di dalam badan, sejak beberapa hari yang lalu badan tidak berpeluh, tentu angin pun banyak di dalam badan, mungkin angin tersebut tersimpan dan tersorok di bahagian pinggang, kemudian merayap ke dalam urat di bahagian tersebut setelah pergerakan badan menggegarkannya.

Dalam sekelip mata sahaja Allah menarik balik tenaga kita, kalau Dia pulangkan semula tenaga itu bersyukurlah kita, kalau tidak diberi-Nya semula tenaga itu pun kita kenalah terima dengan redza dan bersyukur juga kerana ada manusia lain lebih teruk lagi nasibnya daripada kita .

Apapun perlulah diingat bahawa " Kematian itu berada di antara pejam dan celik " amat mudah bagi Allah melaksankannya. Amat susah dan perit bagi manusia menghadapinya. Menerima sedikit acahan pun sudah merisaukan.

Sekadar ini sahaja, entri ini nampaknya lebih kepada silaturrahim sahaja.

Sekian. Wassalam.



2 comments:

Temuk said...

Salam sdr Leenoh
Cuma nak sebut pengalaman seorang ahli keluarga yg sakit keliling pinggang, pergi & datang. Ujian demi ujian, klinik swasta & awam, akhirnya tahu batu karang. Tapi bila dah buang, alhamdulillah ok. Semoga sdr sihat berterusan. Selamat menyambut hari raya haji.

Leenoh said...

Salam Sdr. Temuk.

Saya anggap itu salah satu tanda penyakit batu karang, ilmu baru utk saya.

Kalau menerima serangan banyak kali seperti itu nampaknya kena pergi buat pemeriksaan.

Saya harap sakit saya itu cuma karenah angin nakal sahaja.

Semoga kita sihat walafiat. Selamat Aidil Adha.