Thursday, November 5, 2009

Tu Dia Lori Lembu Qurban Dah Mai.


Salam semua.

Pagi tadi saya ke Pasar Basah seksyen 16 Shah Alam; Selangor , mencari ikan kacang-kacang (alu-alu) atau ikan parang-parang, lebih senang mencari ikan di pasar berbanding mencarinya di sungai atau di laut ...hehehe....alhamdulillah dapat juga saya membeli ikan parang-parang, sekilogram RM16.00. di tempat anda berapa pula harganya.


Dalam perjalanan pergi saya terserempak dengan sebuah lori yang dipenuhi dengan muatan lembu. terdetik di dalam hati " Tu dia lori lembu qurban dah mai" mungkin benar sangkaan tersebut kerana Hari Raya Qurban hampir tiba, mungkin dalam tempoh hanya 20 atau 21 hari lagi sahaja.


Ibadat qurban bermula pada 10hb. Zulhijjah dan berakhir pada 13hb. Zulhijjah, kalau nak ulangkaji mengenainya kliklah tajuk di bawah ini.


Sekian . Wassalam.


4 comments:

DrSam said...

Salam Pak Ngah. Antara amalan baik dan amat digalakkan dibulan Zulhijjah ni perlu kita rebut jika ada kemampuan. Tahun ini ada ambil bahagian ke Pak Ngah, dan sambut Eidul Adha dimana?

Leenoh said...

Salam Dr.Sam.

Pak Ngah tidak ambil bahagian krn bercadang nak beraya di utara tetapi setakat ini belum dapat diputuskan lagi kerana masalah cuti anak-anak belum pasti sama atau tidak.
kalau tak balik nampaknya di batu Tiga sahajalah. di mana pun ok,
kekurangannya cuma tidak dapat beraya dengan keluarga di kampung.

pecinta_Islam said...

x sabar nye menanti..dah x lama dh ni..lembu2 semuanya dh x senang duduk dh kot.dh pk x nk balik kandang dh.hehe..hnya berjenaka shja.hmm...kehadirannye mula dirasai kn

Leenoh said...

Salam Shahbandar87.

Duit utk beli lembu dah habis sbb aritu buat hari terbuka besar-besaran.
Hehehe tersilap, rupanya yang ini lebih penting.
cuma bergurau di hari minggu.