Showing posts with label Ibadat Qurban - 438. Show all posts
Showing posts with label Ibadat Qurban - 438. Show all posts

Thursday, November 5, 2009

Tu Dia Lori Lembu Qurban Dah Mai.


Salam semua.

Pagi tadi saya ke Pasar Basah seksyen 16 Shah Alam; Selangor , mencari ikan kacang-kacang (alu-alu) atau ikan parang-parang, lebih senang mencari ikan di pasar berbanding mencarinya di sungai atau di laut ...hehehe....alhamdulillah dapat juga saya membeli ikan parang-parang, sekilogram RM16.00. di tempat anda berapa pula harganya.


Dalam perjalanan pergi saya terserempak dengan sebuah lori yang dipenuhi dengan muatan lembu. terdetik di dalam hati " Tu dia lori lembu qurban dah mai" mungkin benar sangkaan tersebut kerana Hari Raya Qurban hampir tiba, mungkin dalam tempoh hanya 20 atau 21 hari lagi sahaja.


Ibadat qurban bermula pada 10hb. Zulhijjah dan berakhir pada 13hb. Zulhijjah, kalau nak ulangkaji mengenainya kliklah tajuk di bawah ini.


Sekian . Wassalam.