Tuesday, November 30, 2010

Malaysia rakyatnya berbagai bangsa.

Salam semua.

Allah menciptakan manusia dalam bentuk berbagai bangsa, warna kulit, bahasa dan adat resam
sebagai penghuni dunia ini, tiada makhluk-Nya yang mampu membatal atau mengubah senario tersebut dan semua bangsa itu pula diperintahkan supaya menyembah Tuhan yang satu (Allah Yang Maha Esa), dicipta berbagai bangsa untuk mereka itu saling berkenal-kenalan di antara satu sama lain.Sesiapa di antara mereka yang bertakwa (taat Allah) merekalah yang paling mulia di sisi Allah. Status dan senario kejadian dan ciptaan demikian rupa menunjukkan bahawa Allah itu Maha Mengetahui dan Bijaksana._____________________________________________________

Firman Allah bermaksud:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-la
ki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Surah al.Hujurat (13)
________________________________________________________

Malaysia rakyatnya berbilang kaum, Melayu, Cina, dan India, tiga bangsa ini merupakan kaum atau bangsa yang terbesar, selain mereka itu terdapat banyak lagi suku kaum yang menjadi penghuni bumi bertuah Malaysia ini.Masyarakat Malaysia kini masih mencari cara dan kaedah bagi mempereratkan lagi ikatan kemasyarakatan mereka, agar mereka hidup aman dan damai, di antaranya mencatatkan hak yang adil di dalam perlembagaan negara, menyedarkan rakyat bahawa rakyat Malaysia hidup di dalam masyarakat majmuk perlu saling percaya mempercayai di antara satu sama lain, sentiasa mengukuhkan perpaduan di antara kaum, usaha terkini Kerajaan Malaysia memperkenalkan pula konsep 1Malaysia, semua usaha dan ikhtiar yang disebut itu adalah untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang bersatu padu dan hidup di dalam suasana harmoni.

Rakyat Malaysia masih tercari-cari dan memilih-milih kaedah dan kunci perpaduan yang disebutkan, ibarat terdapat banyak kunci yang dipamerkan di hadapan dan banyak juga kaedah dan cara yang terhampar di hadapan mereka tetapi hanya satu sahaja yang akur dan boleh digunapakai serta sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang telah diciptakan Allah. Jika rakyat Malaysia memilih kaedah atau kunci tersebut, insya Allah gedung perpaduan berjaya dibuka dan dimasuki dan akhirnya hiduplah mereka di dalam suasana perpaduan, aman damai, sejahtera dan berjaya.

Salah satu kaedah atau kunci di antara yang banyak itu ialah ISLAM, kaedah atau kunci ini telah dipilih tetapi belum dimanfaatkan sepenunhnya.Wujudkanlah 1Malaysia melalui kaedah atau menggunakan kunci tersebut. Sebelum menggunakannya semua rakyat Malaysia perlu diberi faham dan memahami Islam itu terlebih dahulu, jinakkan mereka dengan Islam bukan menakutkan mereka. Pemimpin seharusnya menjadi teladan yang sentiasa berada di baris yang paling hadapan. "Hanya jauhari mengenal manikam"
________________________________________________

Maksud firman Allah;

[23]
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
Surah Az.Zumar ( ayat 23 )
____________________________________________________

Manusia tidak mungkin mampu menghapuskan asal usul, bangsa atau suku kaum masing-masing yang telah diciptakan Allah,kejadian itu adalah fitrah yang tidak dapat dinafikan oleh manusia, senario itu telah diatur dan dicipta Allah, masakan manusia mampu mengubahnya, sebab itulah manusia lebih selesa hidup atas identiti suku kaum masing-masing,sekiranya manusia mengamalkan kahwin campur akan wujud pula identiti anak-anak yang dihasilkan melalui kahwin campur tersebut, dengan itu melebarkan lagi saiz suku kaum yang sedia wujud. Apa pun, jika berlaku kahwin campur di antara suku kaum biarlah ianya berlaku secara kebetulan dan tanpa diprogramkan.

Sekiranya kita mengabaikan Islam atau meringankan saranannya, hampir pasti program 1Malaysia akan gagal dan kecundang, selepas itu akan timbul pula perancangan baru dengan simbul yang baru pula, manusia hanya merancang tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik.

Dalam konteks Malaysia Islam dan bahasa Melayu adalah amat sesuai untuk menyatukan rakyatnya, mengutamakan Islam bukan bermakna mengislamkan seluruh rakyat Malaysia, rakyat Malaysia yang bukan Islam boleh mengamalkan cara hidup Islam seperti mana mereka memanfaatkan Bank Islam atau Gadaian secara Islam.

Artikel ini hanya dalam lengkongan pandangan dan hemat penulis sahaja, terdapat banyak kekurangan dan keabaiannya.

Sekian...wallahu aklam.

Nasihat kepada bukan Islam mengenai penggunaan terjemahan ayat al.Quran.

Salam semua.

Nasihat Mufti Kelantan supaya para pemimpin politik bukan Islam tidak menggunakan (terjemahan) ayat suci al.Quran sesuka hati terutamanya di dalam ceramah atau ucapan mereka, sangatlah wajar dengan situasi mereka sebagai orang bukan Islam. Penulis sendiri bersetuju dengan nasihat tersebut kerana pendekatannya agak lembut dan sesuai ditujukan kepada orang bukan Islam, mungkin setakat ini tidak ramai mereka yang mengetahui pantang larangnya kerana sebelum ini tiada di kalangan mereka yang berminat untuk membaca dan mengetahui kandungan al.Quran.(Baca di sini)

Mereka sebenarnya boleh mempelajarinya, jika berhasrat berbuat demikian, malah digalakkan pula, jika wujud suasana seperti ini akan mempermudahkan lagi bagi orang Islam menyampaikan mesej yang terdapat di dalam al.Quran kepada orang bukan Islam dan juga akan meringankan beban dan tanggungjawab orang Islam menyampaikan dakwah seperti yang dikehendaki dan dijelaskan di dalam ayat 104 surah Ali-Imran, di mana dijelaskan di sana bahawa masyarakat Islam perlu mewujudkan sekumpulan orang atau institusi yang tugasnya menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada perkara makruf dan mencegah kemungkaran, tegasnya menggerakkan aktiviti dakwah sama ada sesama Islam atau bukan Islam.

Suatu garis panduan penggunaan terjemahan ayat-ayat al.Quran perlu diwujudkan dan diberikan kepada organisasi politik dan juga organisasi bukan kerajaan (NGO) atau kepada mana-mana pihak yang berkenaan.Pastinya mereka juga patut dilarang menggunakan atau membacakan ayat al.Quran itu di khalayak. ( sesuai dibenarkan hanya terjemahannya sahaja bukan membaca ayatnya ).

Peringatan:
Al.Quran: Ialah lafaz di dalam bahasa Arab beserta makna dan maksud yang terkandung di dalamnya yang diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad.s.a.w. melalui malaikat Jibril.a.s.

Sekian...wallahu aklam.

Orang bukan Islam membaca terjemahan ayat al.Quran.

Salam semua.

Ayat yang tertera di bawah ini memberi motivasi kepada saya untuk terus menulis dan menulis.





Surah Ali-Imran-104

__________________________________________________

Malam tadi saya terdengar dan terpandang berita TV yang memaparkan seorang bukan Islam membacakan terjemahan ayat al.Quran petikan dari surah Ali-Imran ayat 190-191 kebetulan ayat ini saya selalu menyemaknya. Saya juga terkesan terjemahan yang dibacanya tidak tepat, Hari ini sekali lagi saya membacanya melalui Utusan Malaysia Online, mungkin kuasa hafaznya tidak kuat menyebabkan beberapa prasa terjemahan ayat dihujungnya tidak tepat. (terjemahan sebenar baca di bawah ini). Apa pun pada hemat saya syahsiah tersebut telah pun mendekati al.Quran, kita tidak sepatutnya riuh ekoran kesilapan itu dan jangan sekali-kali memberi reaksi emosi, rasionalkanlah semula rasa di hati dan pergunakan ilmu yang ada dengan penuh hikmah.

Syahsiah tersebut telah memberi ruang kepada kita, terutamanya para ulamak sama ada berjawatan atau sebaliknya untuk mendekatinya dan memberi penjelasan dan pembetulan di atas kesilapan tersebut .Situasi sekarang beliau telah berada di dalam keadaan berjinak dengan al.Quran, maka tentulah situasi ini lebih senang untuk mengajaknya merealisasikan apa yang telah diucapkannya.

Kesilapan terjemahan yang dibacanya itu telah memaksa kita mendekatinya dan memberi penjelasan dan kefahaman secara halus dan terperinci kepadanya, sama ada beliau mahu terima atau tidak terpulanglah kepada taufik dan hidayah Allah.Mungkin mereka yang terdekat telah pun menemuinya dan memberi penjelasan, jika telah ada tindakan yang proaktif , diucapkan syabas dan tahniah kepada mereka itu.
_______________________________________________

( Terjemahan atau maksud ayat al.Quran bukanlah al.Quran, kalau membaca terjemahan ayat al.Quran di dalam solat, solat itu tidak sah)
____________________________________________________

[190]

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
[191]
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
( Surah Ali-Imran)

____________________________________________________

Jika kita sering mengambil pendekatan melarang dan melarang, sedangkan kita jarang mendekati mereka atas tujuan memberi kefahaman Islam kepada mereka , mungkin sikap kita itu akan menangguhkan kelancaran dakwah kepada orang bukan Islam.Lagi pun mereka ini tidak terikat dengan hukum haram dan halal yang wajib dipatuhi.( Baca di sini )


Kita tidak sepatutnya tertumpu kepada hal-hal yang negatif sahaja, agaknya telah sampai masanya kita kumpul dan gemblingkan tenaga untuk persiapkan dakwah kharijiyah yang kurang diserlahkan itu.

Sekian...wallahu aklam.

Monday, November 29, 2010

Status pahala dan dosa pada orang bukan Islam.

Salam semua.


Pahala dan dosa.

Pahala dan dosa ialah keputusan atau hasil dari suatu penilaian terhadap sesuatu perbuatan manusia Islam yang telah baligh, melakukan perkara yang diperintahkan oleh Allah akan terlepas dari dosa dan mendapat pahala, melakukan perkara yang digalakkan tetapi tidak diwajibkan akan mendapat pahala dan tiada dosa kalau meninggalkannya. Semua penilaian ini hanya untuk orang Islam yang telah baligh dan sempurna akalnya.

Dosa besar yang statik.
Manakala orang bukan Islam tidak melibatkan pahala dan dosa yang berlaku pasang surut itu (mengurang atau menambah ) tetapi dosa mereka statik, mereka terlebih dahulu berkewajipan beriman kepada Allah atau memeluk Islam , jika mereka tidak memeluk Islam atau tidak beriman kepada Allah, Keadaan mereka akan kekal di dalam dosa besar dan akan diseksa di dalam api neraka buat selama-lamanya.Jika mereka melakukan apa-apa kebaikan atau dosa, perbuatan mereka itu tidak memberi kesan kepada hukum asalnya iaitu ber
dosa besar yang kekal itu, hukum itu hanya akan berubah jika mereka telah memeluk Islam.Setelah menjadi Islam barulah bermula pahala dan dosa yang pasang surut itu, manakala keadaan dosa besar yang berlaku ketika bukan Islam diampunkan Allah.
___________________________________________________

Dosa besar yang statik itu hanya akan berubah apabila mereka beriman kepada Allah dan segala dosa yang telah lalu diampunkan Allah
________________________________________________

Allah menyeru umat Islam supaya melaksanakan perintah yang disebutkan di dalam ayat 104 surah Ali-Imran yang bermaksud:

[104]
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.


_________________________________________________


Status perbuatan orang bukan Islam.
Adakah orang bukan Islam berdosa jika mereka minum arak, berjudi, mengamalkan riba dan seumpamanya?. Atau...Adakah mereka mendapat pahala melakukan perkara kebaikan?.

Mereka sebenarnya telah memiliki dosa dalam kiraan maksimum atau kekal kerana keengganan mereka beriman kepada Allah, mengira sebagai dosa atau sebaliknya terhadap perbuatan tersebut tidak lagi memberi kesan apa-apa kerana mereka hidup dalam keadaan berdosa besar dan akan disiksa di dalam neraka buat selama-lamanya melainkan, jika mereka memeluk Islam seperti disebutkan tadi.Hukum melakukan perbuatan maksiat yang disebutkan di atas itu tetap dikira jijik dan dilarang ke atas semua manusia.

Perbuatan baik tetap dinilai baik di sisi masyarakat tetapi di sisi Allah sesuatu perbuatan baik itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas. Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu kebaikan semata-mata kerana Allah, oleh itu kebaikan yang dilakukan oleh orang kafir tiada ganjaran pahala bagi mereka kerana kerjabuat mereka tidak menjurus kepada ikhlas.

Apa sahaja ajaran atau perintah yang termaktub di dalam al.Quran adalah untuk semua manusia, untuk manusia menjadikannya sebagai panduan hidup di dunia ini agar selamat di dunia dan akhirat dengan merujuk kepada pimpinan Rasulullah.s.a.w. Mereka yang tidak ikut dan patuh, maka termasuklah mereka itu di dalam golongan bukan Islam (kafir) dan mereka yang percaya dan patuh pula jadilah mereka itu orang Islam dan beriman kepada Allah.


Sekian...wallahu aklam.


Adat karut dan syirik masih diamalkan sehingga kini.

Salam semua.

Adat karut dan syirik.
Artikel pada kali ini ingin menyentuh sekali lagi mengenai adat karut dan syirik yang masih diamalkan oleh masyarakat kita yang sekian lama menganut Islam, khasnya orang Melayu.Masih wujud amalan di sesetengah tempat yang masyarakatnya tidak prihatin dengan ilmu Tauhid atau ilmu Aqidah.Di antara adat yang diamalkan itu terdapat yang terlanjur sehingga menyebabkan syirik (menyengutukan Allah ) dan ada yang sekadar karut dan membazir.

Terbukti adat-adat ini masih diamalkan sehingga kini kerana kekadang bertembung dengan pertanyaan berkaitan perkara tersebut apabila diberi peluang oleh program TV atau radio di dalam rancangan mereka. Mendengar pertanyaan tersebut akhirnya terpanggil untuk saya menulis artikel ini.

Amalan-amalan yang tersebut di antaranya.
- Membalut batu nisan dengan kain putih dan diperbaharui setiap tahun.
- Apabila ada kematian dibuat khenduri tiga malam berturut-turut, kemudian pada hari ketujuh, empat belas, empat puluh dan hari yang ke seratus.dengan huraian dan kepercayaannya yang tertentu pada setiap kali khenduri tersebut. ( berkhenduri dengan niat bersedekah untuk si mati dengan tidak terikat dengan bilangan hari dan lain-lain kepercayaan rasanya boleh diterima, asalkan mereka mampu ).
- Mengatasi bayi menangis dengan membaca ayat-ayat al.Quran secara terbalik atau memalitkan bahan kotor dan najis pada bayi.
- Adat menanam uri dengan melaksanakan berbagai syarat yang tiada kaitan dengan suruhan Islam, kononnya perbuatan itu dapat mengelakkan berlaku sesuatu yang tidak diingini atau mengharapkan sesuatu.
- Membuang acak/ancak merujuk kepada sebarang jenis persembahan kepada makhluk halus ( iblis,jin,syaitan) dalam kebudayaan orang Melayu atau di setengath tempat disebut juga menjamu tok nenek, di mana di dalam melaksanakan amalan ini melibatkan persediaan bertih, kemiyan, pulut kuning dan lain-lain.( dalam bentuk hidangan ).
- Membakar kemiyan pada setiap malam Jumaat ( amalan ini mungkin telah ditinggalkan - tidak pasti )
- Banyak lagi adat yang berkemungkinan pengamalnya menjadi syirik (kafir) dengan Allah, tidak mampu disebutkan satu persatu di dalam artikel.

Hukumnya.
Upacara menghanyutkan ancak atau mengamalkan kepercayaan tersebut adalah perbuatan syirik ( Syirik ialah orang yang menyembah Allah dan disamping itu mereka juga menyembah benda lain atau sesama makhluk, bermakna mereka ini tidak mengesakan Allah ) perbuatan tersebut pastinya bertentangan dengan ajaran Islam . Dalam al.Quran memang ada dinyatakan tentang kewujudan iblis, jin dan syaitan . Tetapi makhluk ini bukanlah untuk ditakuti dan jauh sekali untuk disembah kerana semua makhluk tersebut adalah makhluk Allah atau ciptaan Allah, akhirnya semua makhluk akan rosak dan binasa.

Amalan adat karut dan syirik berlaku berterusan.
Mengapakah tradisi mengamalkan adat karut dan syirik ini berlanjutan sehingga ke abad yang ke 21 ini ?. Kita telah berada di zaman yang maju dan moden, tidak seharusnya perkara seperti ini terus berlaku sekiranya kita prihatin dengan ilmu Tauhid atau Aqidah, mempelajari ilmu ini adalah fardu 'ain ke atas setiap orang Islam. ( orang Islam wajib mempelajarinya ).

Mengapakah perkara ini masih berlaku berterusan, adakah mereka yang memahami hakikat berbahayanya amalan ini yang terdapat di sisi keluarga tidak mampu mencegahnya atau menjadi lampu penyuluh ke arah amalan mentauhidkan Allah. Adakah masih terlalu ramai kabur hukum dalam hal ini?.Kalau mereka yang faham prihatin dan berminat mencegahnya sekurang-kurangnya amalan karut ini dapat dielakkan daripada berlaku di dalam keluarga sendiri dan juga jiran-jiran terdekat.

Semestinya semua pihak bertanggungjawab memberi faham kepada mereka yang masih kabur dalam persoalan dan isu ini. Persoalan ini bukan sesuatu yang remih ianya menentukan sama ada Islam atau kafirnya individu yang terlibat dengan amalan tersebut.


Sekian...wallahu aklam.

Zon Akhir Zaman... Sekadar minta direnungi.

Salam semua.

Belum zon "Akhir Zaman"
Kalau dirujuk kembali kehidupan manusia sejak zaman Nabi Adam.a.s.sehingalah ke zaman Nabi Muhammad.s.a.w. iaitu nabi terakhir, maka secara sekali pandangnya kita telah berada di Akhir Zaman.Tanggapan seperti itu sebenarnya belum tepat, pada zaman Rasulullah.s.a.w. belum lagi memasuki zon dan ambang akhir zaman yang dimaksudkan itu kerana Nabi sendiri menjelaskan bahawa akan datang suatu zaman di mana orang Islam jumlahnya ramai tetapi ramainya mereka hanya seperti buih di dalam lautan dan berpecah pecah pula masyarakat mereka. Situasi ini menjelaskan bahawa pada ketika itu belum lagi masuk zon akhir zaman yang sering disebut.Penjelasan ringkas di bawah ini mungkin dapat menambahkan sedikit kefahaman terhadap konsep tersebut.


Zaman Awalan Akhir Zaman.
Akhir Zaman adalah suatu zaman di mana ianya berada di ambang dan hampir dengan Hari Kiamat, Zaman ini akan melalui zaman awalannya dengan penuh huru hara, kesyirikan terhadap Allah,berlaku kerosakan kerana wujud sistem-sistem yang menafikan kewujudan Allah, sebaliknya hanya bergantung kepada sistem yang diciptakan oleh akal manusia semata-mata tanpa berpandukan syariat Allah, di mana ketika itu juga dipenuhi dengan maksiat. Penindasan terhadap masyarakat Islam dan orang Islam dibunuh semahunya oleh mereka yang anti Islam.

Zaman Pertengahan Akhir Zaman.
Zaman awalan bagi Akhir Zaman,situasinya penuh dengan bencana dan huru hara itu tidak bertahan lama dan tidak kekal, akhirnya masuk zon pertengahan atau zon berikutnya, di mana Allah menjanjikan suatu kehidupan yang bahagia dan sejahtera. Zaman di mana Nabi Isa.a.s. didatangkan untuk mengembalikan kegemilangan Islam dan menghapuskan zaman kegelapannya.

Perlu diingat bahawa kehadiran Nabi Isa.a.s. bukan membawa ajaran baru tetapi baginda juga patuh kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. s.a.w. penghulu segala Nabi dan Rasul. dan Al.Quran sebagai panduannya.Nabi Isa.a.s.menyeru sekalian manusia pada ketika itu supaya beriman kepada Allah, di mana keimanan yang diserukan itu berpandukan ajaran yang termaktub di dalam al.Quran.

Kemudian berlakulah suatu jangka masa (period) yang mana ajaran al-Quran diamalkan di seluruh muka bumi ini secara global. Persekitarannya mampu memuaskan hati semua golongan manusia. Manusia hidup dalam suasana yang aman damai tanpa peperangan dan persengketaan . Kehidupan mereka juga lebih cemerlang berbanding dengan masa lampau.

Penghujung Akhir Zaman.
Suasana hidup pada pertengahan Akhir Zaman mengalami perubahan yang amat ketara ke arah kebaikan dan mahmudah serta kesejahteraan yang dikehendali oleh semua manusia, Inilah ketikanya manusia melihat kebenaran al.Quran dan kemukjizatannya. Di penghujung Akhir Zaman inilah berlakunya Hari Kiamat.

Catatan:
Artikel ini hanya mengajak anda untuk merenungi dan menambahkan maklumat kepada artikel yang sangat mendatar ini.

Sekian...wallahu aklam.

Masih ada yang perjuangkan nasib rakyat.

Salam semua.

Saya bukan penganalisa atau pengulas politik, pengetahuan saya mengenai politik sekadar kampung-kampungan sahaja, namun demikian saya juga berhak memberi pandangan dan pendapat mengenai senario politik semasa di Malaysia, negaraku yang tercinta ini.

Terdapat sebahagian kecil di kalangan politikus yang mengaku dirinya memperjuangkan nasib rakyat dan menjaga negara serta cintakan agama , bangsa dan negara.ungkapan ini hanya diucapkan ketika mereka memegang sesuatu jawatan yang diidam-idamkan sahaja, apabila gagal mendapatnya pujian kepada parti sendiri akan beralih menjadi cacian umum, kalau ramai yang bersikap demikian maka nasib kita sebagai rakyat marhain akan ditimpa malang, doa dan harapan akan menjadi hampa dan kosong.Tidak sepatutnya mereka berselindung di sebalik cita-cita, apa yang sesuai bagi mereka, mereka sepatutnya sepadukan "cita-cita mereka dengan perjuangan membela rakyat" supaya ianya dapat bergerak selari dan sepadu dan senang pula bagi rakyat bawahan memberi sokongan atau membuat penilaian.

Harimau jantan tidak boleh hidup dengan jantan lain di dalam hutan yang sama, jika bertembung mereka akan bercakaran kerana mencemburui dan menjaga kepentingan masing-masing tetapi manusia tentunya tidak demikian.

Bekas naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub yang tewas dalam pemilihan timbalan presiden parti baru-bari ini menyatakan beliau akan tetap bersama PKR ( Parti Keadilan Rakyat ). Bagi saya pendirian tersebut menunjukkan beliau mengadunkan cita-cita dan perjuangan, tegasnya tidak semata-mata mengutamakan cita-cita dan kepentingan diri tetapi cita-cita yang tersirat di dalam hati diadun dan disepadukan dengan perjuangan membela rakyat. Sikap ini juga menunjukkan masih terdapat ramai lagi pemimpin yang memperjuangkan nasib rakyat.Ulasan ini hanya terhad di dalam lengkongan senario hari ini, apa yang akan berlaku pada hari esoknya tidak saya sentuh pada artikel ini.

Sekian...Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Sunday, November 28, 2010

Reaksi bila aku membaca dan mendengar berita politik.


Salam semua.

Apabila aku membaca dan mendengar berita politik, sam ada membacanya di dada akhbar dan mendengarnya dari TV atau mana-mana media pun,khasnya di Malaysia ini, mindaku sering menafsir dan menghuraikannya, sebahagiannya aku memberi reaksi dan maksud terbalik.sebagai contoh Si Anu dari parti tertentu menyatakan kepada Si Anu dari parti lawan, Si Anu itu sekarang ini tiada sokongan dan pengaruhnya pun telah semakin merosot, beliau patut meletakkan jawatan dan mengundurkan diri, kenyataan ini ditafsirkan sebagai Si Anu itu nampaknya semakin bertambah sokongannya dan pengaruhnya, beliau kelihatan semakin bertambah hebat, berbahaya kita kalau beliau masih memegang jawatannya, kalah kita nanti.Demikianlah aku menafsirkan berita politik.Apa tidaknya, bukankah mereka sedang bersaing mendapatkan pengaruh dan mengidamkan sesuatu jawatan yang banyak berada di hadapan, jawatan itu tidak akan dapat dijawat jika kalah di dalam pilihan raya.

Kenyataan demikian akan menjadi lurus dan benar, kalau diungkapkan oleh lidah orang yang benar-benar berkecuali, (bukan separuh kecuali), orang yang pakar dalam menganalisa politik akan hilang kepakarannya kalau beliau sendiri menganuti sesuatu parti kerana kepakarannya telah berubah peranan dan fungsinya menjadi juru kempen dan propaganda.Aku sebagai rakyat tidak lupa memerhatikan hal ini.


Saluran media yang memihak kepada parti politik tertentu pula akan memetik ungkapan atau ucapan yang tidak lengkap dari parti lawan supaya para pembaca dan penonton menafsirkan terbalik atau tidak memahaminya dalam kontek asal, dengan itu ayat-ayat penting tergugur dengan sendirinya, maka maksud asal pun tersungkur begitu sahaja tanpa menjurus kepada kenyataan dan kebenaran... Islam tidak menghalalkan cara.....

Sekian...wallahu aklam.

Penindasan terhadap umat Islam.

Salam semua.

Manusia seolah-olah sudah lali dengan perkara-perkara yang sering mereka temui setiap hari. Apabila manusia pertama kali mendengar sesuatu berita tentang kekejaman yang berlaku, mereka menjadi begitu prihatin.

Namun demikian, keprihatinan mereka itu hanya menjadi suatu perkara rutin tidak berapa lama kemudian......- Klik baca di sini -





Saturday, November 27, 2010

Islam tidak bermusuh dengan sesiapa.

Salam semua.

Islam sejak ianya diturunkan Allah kepada Rasulullah.s.a.w.tidak pernah bermusuh dengan sesiapa pun, sebaliknya Islam mengajak semua manusia dan semua bangsa di dunia ini supaya mengenali Pencipta mereka dan Pencipta sekalian alam ini.iaitu Allah.Islam juga menasihati manusia supaya tidak menyembah sesama makhluk. Islam mengajak manusia mencari kebenaran dan mengelakkan diri daripada membuat andaian terhadap sesuatu yang penting, apabila Islam menjelaskan perkara yang sebenar akan menafikan sebahagian besar terhadap perkara yang diandaikan oleh setengah manusia , mungkin perkara ini akan dilihat seumpama musuh mereka.

Sebagai contoh: Islam menjelaskan bahawa Tuhan itu ialah pencipta sekalian alam ini, Tuhan itu Maha Esa, Maha Berkuasa dan mempunyai sifat-sifat kesempurnaan yang lain, mungkin prasa atau ungkapan seumpama ini berkemungkinan akan menyinggung perasaan mereka yang mempertuhankan berbagai makhluk atau menjadikan makhluk itu sebagai perantaraan antara manusia dengan tuhan. Apa pun reaksinya orang Islam hanya menyampaikan tanggugjawabnya sahaja. Islam menganggap mempertuhankan sesama makhluk atau menjadikannya sebagai perantaraan adalah suatu perbuatan yang salah dan sia-sia kerana manusia lebih mulia daripada makhluk tersebut, tidak munasabah manusia yang lebih mulia dan lebih tinggi taraf dan kedudukannya menyembah atau memohon pertolongan daripada makhluk yang kurang mulia.

Islam tidak melarang dan menghalang perbuatan orang bukan Islam meneruskan kepercayaan demikian kerana dalam Islam tiada dasar yang memaksa orang lain mengikut Islam, Islam tidak akan diakui sekiranya berlaku pengakuan dengan lidah sahaja tanpa disertai dengan keinginan di hati. Situasi ini menunjukkan menjadi seorang Islam itu melalui cara sukarela dan bukan paksaan.

Islam cuma menyampaikan mesej yang dipercayai oleh Islam, sebagai tanggungjawab sesama manusia sebab itu Islam menyatakan melalui lidah Rasulullah.s.a.w. " Bagi kamu agama (kepercayaan ) kamu dan bagi aku agama (kepercayaan) aku" -al.kafirun. setelah mereka tidak mahu mempercayai hujah yang disampaikan oleh baginda, maka Islam meninggalkan mereka dengan aman dan tidak bermusuh, sebaliknya merasai kasihan (kesian) dan simpati dengan sikap dan kepercayaan mereka yang tidak betul itu.

Apabila kita merujuk kepada maksud ayat di bawah ini jelas dan nyata bahawa orang Islam hanya penyampaikan kebaikan dan kebajikan sahaja.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya".
( Surah Ali-Imran : Ayat 104 )


Sekian...wallahu aklam.

Aku tulis dan aku syok sendiri.

Salam semua.

Tabiat aku menulis apabila aku rasa syok dan suka nak tulis. Syok bukan sebarang syok, syok kerana penulisan itu dirasakan akan memberi manfaat kepada umum, khasnya para pembaca. Kalau rasa dan tergerak di hati akan mendapat hasil yang baik dan berkebajikan barulah aku menulisnya tanpa berlengah lagi. Sebaliknya aku tidak akan menulis untuk mendapatkan dosa kering, bagi aku penulisan yang menyebabkan mendapat dosa, perbuatan itu adalah kerja orang yang jahil lagi sesat. Tak kiralah sama ada melalui blog atau facebook.

Laman blog dan facebook ini semacam pisau juga, terpulanglah kepada penggunanya, pisau boleh digunakan untuk membuat sesuatu kerja yang berfaedah dan menguntungkan, sebaliknya pisau juga boleh digunakan untuk membunuh atau membinasakan orang lain.Blog dan Fb juga boleh dimanfaatkan dengan menggunakannya sebagai saluran media untuk berdakwah atau menyebarkan maklumat yang boleh dimanfaatkan, Bagi mereka yang jahil dan tidak melihat jauh kehadapan, mereka memuatkan di dalam laman mereka dengan berbagai fitnat atau pembohongan, ianya sama sekali tidak direstui oleh ajaran Islam, ibarat kata tiada penyakit tetapi mencari penyakit, tiada beban, mencari beban atau tiada beban batu digalas.

Aku suka dan syok menulis sesuatu yang baik tetapi kemampuan aku pula terhad, aku kurang ilmu, aku juga kurang pengalaman, aku hanya menggunakan ilmu dan pengalaman yang dimiliki semaksimum yang terdaya.

Biasanya setelah aku tulis, aku semak sepintas lalu, aku dah rasa syok sikit, aku pun pos untuk para pengunjung blog ini membacanya, selepas itu barulah aku buat semakan kali terakhir, kalau aku dapati semuanya syok belaka, maksud aku syok sendiri, aku akan pos sekali lagi, setelah itu aku tidak akan semak lagi. kalau anda membaca blog aku sebaik sahaja diposkan akan dapati ayat dan ejaannya banyak yang salah.

Memanglah apabila kita syok nak tulis baru boleh tulis, sama ada syok nak tulis benda tak syok atau syok tulis perkara yang memang syok, apakah perkara yang tak syok itu?. jawabnya...umpama cerita semakin ramai remaja kita melahirkan anak luar nikah, kemalangan yang meragut ramai nyawa, rompakan dan lain-lain, perkara yang syok pula seumpama menceritakan pengalaman atau sesuatu yang baik.

Thoib...setakat ini dahulu...Aku saja sebut thoib kerana selalunya aku sebut...ok...hehe....insya Allah jumpa lagi.

Jasamu dikenang.

Salam semua.

Aku rasa terharu pada pagi i
ni setelah membaca mesej ringkas di dalam kotak "messages" di dalam facebook kegunaan harianku .Agaknya inilah yang dikatakan "Jasamu Dikenag", jasa yang ditinggalkan hanya sekelumit jua tetapi bermanfaat bagi orang tertentu,lantas jasa itu dirasakan sangat besar dan berguna dan perlu dijaga dan dihormati.

Memang tidak dapat dinafikan terdapat jasa ya
ng ditinggalkan tetapi ianya hanya sedikit jua, aku tidak dapat mengukur saiz sebenar jasa itu, mungkin jasa itu berjaya menyentuh hatinya, maka dia terasa patut dijaga dan dipelihara sebaiknya, oleh itu beliau pun melakukannya dengan baik dan cemerlang. Terima kasih kerana masih mengenangnya, mungkin inilah juga yang dikatakan..." Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan jasa".

Aku menulis artikel ini bukan hendak menunjukkan jasaku yang sedikit dan sekelumit itu tetapi ingin menengahkan jiwa besar seorang guru muda yang mendapat sedikit pertolongan tetapi dikenang
dan dihargainya sebaik mungkin.Beliau layak dijadikan teladan dan contoh untuk mereka yang lebih muda khasnya guru-guru.

Mesej yang disampaikan melalui bahasa yang menunjukkan kemesraan seperti di bawah ini tanpa dipinda sedikit pun'

Fazil Kassim November 26 at 11:07pm R
eport
apo kabor....maaf la ustaz tahun ni kali terakhir ana dok kat star....ana beli umh kat pokok sena...jadi mintak tukar dah d
apat tapi tak tau kat mana lagi.....harap dapat tak jauh dari umh....masa isi borang mintak smk kepala batas,hutan kampung dan langgar...Ana mintak maaf la kalau x dapat jaga surau star dengan baik ....harap2 org yang ganti dapat jaga lebih baik daripada ana.......Dari Insan Kerdil.
Sebahagian ABM ( Alat Bantuan Mengajar )

Bukan bangunan surau STAR yanng aku bangunkan kerana surau itu telah dihadiahkan oleh seorang bekas pelajar, apa yang kami usahakan ialah menambahkan ruang dengan membina dua ruang tambahan sahaja menjadikan surau tersebut memiliki empat ruang yang dapat dimanfaatkan dan kemudiannya kami namakan sebagai Makmal Pendidikan Islam STAR. Pengisian selayak makmal kami sempurnakan bersama kekawan sejawat. Aku hanya mencetuskan idea dan menjadi penggerak kepada mereka yang mempunyai kemampuan untuk bergerak dan merealisasikan idea tersebut.

Catatan:
Terima kasih Us.Fazil Kassim di atas ingatan tersebut.

Sekian...wallahu aklam.

Friday, November 26, 2010

Minda yang bermanfaat.( puisi )

Salam semua.

Minda yang hidup.
Sentiasa berfikir,
berfikir dan berfikir bertali arus.
berkembang dan melebar umpama payung yang sedang digunakan.

Minda yang bermanfaat,
minda yang sentiasa memikirkan kebaikan dan kebajikan,
sentiasa menyandarkan dirinya kepada Keesaan dan Kekuasaan Allah,
tersirat di dalamnya prinsip yang kukuh dan kental,
minda yang mengatur bukan diatur.
memacu bukan dipacu.
disalut idea bukan pak turut.

Minda yang lalai
minda yang berkembang tanpa acuan.
minda yang syok sendiri tanpa memikirkan ummah.
minda yang tidak mengenali Tuhan.
minda yang sesat tetapi terasa dirinya hebat.
minda yang
jahilnya tersusun dan berlapis .
minda yang sombong dan angkuh.

Minda yang berjaya.
minda yang kenal Allah tentang wahdaniah-Nya.
tentang kesempurnaan sifat-Nya.
tentang iradah, qadar dan kada'-Nya.
minda yang tahu matlamat hidupnya.
rendah diri dan tunduk kepada Penciptnya.
sujud dan menyerah diri kepada pencipta diriya.

Minda yang redza dan bertaqwa .
hidupnya bak payung, melindungi panas dan hujan.
selamat dan bahagia berada di bawahnya.
sentiasa menunjuk jalan ke arah kebenaran dan kesejahteraan.


Apa yang aku rasa pagi ini.( puisi )

Salam semua.

Pagi ini aku ingin berkalau.
Kalau ke Kluang air dicatu.
Kalau ke Kedah air masih berbau.
Kalau di Shah Alam airnya ghau-ghau....

Kalau ke Kedah airnya berbau.
Kini kembali ceria semula.
Bergotong- royong tanpa dipantau.
Bersatu padu semakin perkasa.

Bergotong-royong tanpa dipantau.
Lalat langau sudah binasa.
Azizan Razak usaha halau.
Menjaga rakyat agar sejahtera.

Azizan Razak usaha halau.
kalau aku ada di sana.
Sinsing baju pekemas bahu.
Membantu secara bijaksana.

Sinsing baju pekemas bahu.
Angkut barang bawa pindah.
Guna rakit , juga perahu.
Itulah cara menghadapi bah.

Guna rakit, juga perahu.
Pindah padi dan pakaian.
Jangan jadi muka tak malu.
Ambil kesempatan jual wangian.

Tolong menolong biarlah ikhlas.
Fahamilah Iman,Islam dan Ihsan.
Kerja kebajikan jangan minta dibalas.
Nanti kurang modal insan.

Bukan apa-apa dan apa.
Cuma luahan rasa di pagi hari.
Menyegarkan akal, menceriakan minda.
Sebagai ole-ole untuk hari ini.

Thursday, November 25, 2010

Video...Banjir Kedah telah surut.

Salam semua.

Sekadar menyebarkan maklumat dan anda buatlah penilaian sendiri......


Klik gambar.
Ini bukan soal politik tetapi kebenaran
Length:19:08

Tandas Awam dan sikap masyarakat.

Salam semua.

Tandas awam dan tandas khas.

Say
a terpanggil pada pagi ini untuk menulis tajuk tertera kerana selum ini telah terbaca berita di salah satu akhbar tempatan mengenai tahap kebersihan tandas awam yang dikatakan tidak memuaskan, kalau tidak dibuat kajian pun rasanya kita sendiri pun dapat menilainya.Saya bersetuju dengan penilaian tersebut kerana itulah juga yang tersirat di dalam hati sejak sekian lama.

Tandas awam, merujuk kepada tandas yang digunakan di tempat-tempat awam se
perti di pasar, R&R Lebuh Raya,masjid, surau , sekolah , IPT dan lain-lain. selain daripada itu terdapat tandas khas yang digunakan di rumah, di hotel yang dimiliki oleh individu atau syarikat tertentu atau sebagainya.

Tanggungjawab penjagaan kebersihan tandas awam lazimnya tertanggung di atas bahu pengguna setiap kali mereka menggunakannya, disamping terserah kepada penjagaan khas pada ketika tertentu. Manakala tandas khas tanggungjawab menjaga kebersihannya adalah terpulang kepada ahli keluarga masing-masing.

Pendidikan secara sepadu.
Pembentukan sikap terhadap mengutamakan kebersihan dan lain-lain tanggungjawab kepentingan awam bermula di rumah, kanak-kanak perlu dilatih dengan secukupnya di rumah dalam hal menjaga kebersihan ini, manakala masyarakat pula hendaklah menunjukkan teladan yang baik kerana pendidikan yang berjaya semestinya melibatkan semua pihak dan prosesnya berjalan secara sepadu. Dengan cara ini barulah berjaya membentuk sikap kanak-kanak, kalau tidak "bapa borek anak rintik" akan menjadi kenyataan.

Masyarakat hendaklah akui bahawa merekalah acuan yang menghasilkan masyarakat berikutnya, kuih terhasil mengikut acuannya, huduh acuannya maka huduhlah kuihnya.adalah silap kalau kita mengharapkan kuih lebih cantik rupa parasnya daripada acuan melainkan acuan telah dibuat pindaan.

Bagi masyarakat Melayu yang rata-rata memeluk Islam sepatutnya masalah seperti ini telah lama selesai , disebabkan mereka kurang mengamalkan cara hidup Islam yang mengutamakan kebersihan dan kesucian, maka masalah yang berkaitan dengan kebersihan ini masih belum dapat diselesaikan seperti lain-lain masalah juga.

Pembentukan sikap.
Pembentukan sikap yang baik bukan sahaja dalam bidang kebersihan semata-mata, banyak lagi bidang yang perlu dididik dan diajar.Bercakap benar juga tidak kurang mustahaknya, semua pihak hendaklah bercakap benar, jika di rumah dan di sekolah dididik bercakap benar dan jujur tetapi persekitarannya tidak berlaku demikian, maka pengajaran dan didikan guru di sekolah tidak akan berjaya dan menjadi sia-sia sahaja. Masyarakat perlu mewujudkan persekitaran yang sesuai dengan pendidikan, semua pihak perlu peka dalam bidang pembentukan sikap ini, Masyarakat tidak patut menunggu perkara itu akan berlaku dengan sendirinya atau orang lain yang akan melaksankannya atau menganggap penbentukan sikap itu adalah tanggungjawan orang lain.

Merasai perasaan orang lain.
TV, radio, akhbar, buku dan apa sahaja media perlu bercakap benar dan menyebarkan cerita benar, kalau enggan berbuat demikian dan tidak pedulikan kesusahan orang lain. Maka pengguna tandas awam juga akan bersikap demikian dan masyarakat tidak berhak untuk merungut atas sikap tersebut kerana itulah budaya yang masyarakat kehendaki melainkan sebahagian kecil sahaja yang terus jujur dan bercakap benar serta mengamalkan kebersihan dan peka dengan perasaan orang lain.

Ramai merungut apabila tandas awam berkeadaan kotor sepanjang masa , perkara ini berlaku dikatakan kerana sikap masyarakat kita tidak pedulikan kebersihan, sebenarnya banyak perkara lagi yang kotor dan sedang berterbangan di udara dan di alam maya.Definisi kebersihan sebenarnya sangat luas.

Kebersihan rohani dan jasmani.
Secara amnya kita memerlukan kebersihan rohani dan jasmani . Kebersihan rohani dan jasmani ini banyak pula pecahannya, kekotoran jasmani akan mewujudkan persekitaran yang tidak baik dan tidak disenangi, kekotoran jasmani sebenarnya terhasil daripada kekotoran rohani atau kekotoran jiwa. di mana ianya juga akan menghasilkan emosi yang tidak harmoni dan kacau bilau.

Selagi tidak wujud sikap yang betul dan baik, selagi itulah akan wujud suasana tidak selesa di dalam masyarakat.Tindakan mewujudkan sikap yang baik juga memerlukan tindakan yang sepadu dan menyeluruh.

"Kalau hendak bersihkan kekotoran di atas permukaan meja ianya memerlukan air dan tualanya juga bersih"

Sekian...wallahu aklam.

Aku mengigau.


Salam semua.

Aku mengigau.
Dah lama tak mengigau ( bukan menggagau - kalau menggagau maksudnya mencari-cari atau meraba-raba dengan tangan.........). Malam tadi aku mengigau, mengigau lazimnya bermimpi yang disertai dengan bercakap atau beraksi, malah ada yang bangun berjalan-jalan di dalam rumah, aku mengigau tidaklah sampai macam itu, beraksi setempat dan bersuara tu ada la.

Mengigau dan mimpi.
Jangan anggap cerita ini sebagai petua, pengalaman ini hanya untuk aku sahaja, kalau kebetulan sama , itu hanya kebetulan, macam kebetulan sama tarikh lahir la.Mengigau ini pun ada banyak versinya di antaranya.

1. Mengingau bersama mimpi sedang berlawan dengan sesuatu tetapi tidak jelas kisahnya dan meronta-ronta melawan sehingga orang sebelah terjaga tidur.

2. Mengigau bersama mimpi terbang di angkasa, maka tangan pun berkayuh-kayuhlah menjadi sayap, akan terjaga tidur apabila mendarat.

3. Mengigau bersama mimpi dikejar anjing atau orang gila, tetapi, apabila melarikan diri ,larian itu tersekat-sekat, manakala pengejar pula semakin dekat, maka terpaksalah menjerit meminta pertolongan sehingga orang sebelah terjaga tidur dan terpaksa pula mengejutkannya supaya selesai masalah mengigau itu, setelah terjaga terasa penat dan letih, mungkin juga dahaga.

Sebab mengigau.
Aku tidak mengetahui sebab-sebab berlakunya mengigau ini, apa yang sedang aku cerita ini semata-mata pengalamanku sahaja, orang lain jangan mengambilnya sebagai panduan, kalau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini kenalah bertanya doktor pakar bahagian ini.
Aku mengigau biasanya disebabkan memakan makanan yang lambat hadzam atau makanan keras, kalau makan keropok leko kenalah makan ketika ianya suam lagi, kalau dah sejuk keropok itu menjadi keras dan liat, situasi beginilah yang menyebabkan berlakunya mengigau ketika tidur nanti, berlebih-lebih lagi kalau makan pada waktu malam dan semasa hampir hendak tidur.
Selain itu mengigau boleh berlaku kalau badan aku kurang sihat, situasi ketika sembelit juga boleh berlaku mengigau pada waktu malam.

Adakah anda juga kerap mengigau?. Jom kita kongsikan.......ok...setakat ini dahulu, nak pekena nasi goreng pula, sekarang baru jam 7.31 pagi.....ok...jumpa lagi.

Wednesday, November 24, 2010

Kapal besar dan perkasa yang sering meredah lautan akhirnya rosak dan reput jua.

Salam semua.

Kapal besar dan perkasa yang sering meredah lautan akhirnya rosak dan reput jua.

Kapal besar dan perkasa.
Allah itu kekal yang disebut di dalam bahasa Arabnya baqak, Allah tiada permulaan dan tiada penghabisan, Dia sedia ada. Hanya Allah sahaja yang kekal, selain Allah semuanya tidak kekal atau disebut fana dan disebut juga baharu yakni sesuatu yang dijadikan, tegasnya makhluk Allah, ada permulaan dan ada akhirnya iaitu sebelumnya tiada kemudian diciptakan Allah, kemudian tiada kerana mati atau rosak.

Kapal besar dan perkasa yang dilihat begitu gagah meredah lautan dari timur ke barat atau sebaliknya, kelihatan seolah-olah akan kekal begitu rupa buat selama-lamanya, rupa-rupanya tidak kekal, akhirnya akan rosak dan reput jua. Demikianlah yang sering kita lihat, Allah tunjukkan kepada hamba-Nya bahawa setiap makhluk akan menghadapi kerosakan dan setiap yang bernyawa akan merasai kematian. Setiap manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada mengakui hakikat ini.

Kerosakan akan berlaku satu demi satu.
Sawah terbentang luas apabila dilanda bencana banjir akhirnya rosak binasa, bukit bukau dan gunung ganang yang menjadi paksi atau pasak bumi, apabila berlaku ledakan lahar gunung berapi akhirnya hancur musnah jua. Demikianlah Allah menunjukkan kejadian ciptaan-Nya yang berlaku kerosakan satu demi satu di depan mata manusia supaya manusia itu insaf akan kehidupan hakiki mereka dan tidak melayari hidup ini di alam khayalan, melupai akan kelemahan ketika mereka sedang memiliki kekuatan, kekuatan digunakan untuk menjana kesinambungan dan pengekalan tenaga secara yang tidak diizinkan.Melanda dan merempuh orang lain yang dirasakan akan menjejaskan kepentingan mereka tanpa menoleh dan pandang peringatan Allah.


Suatu musafir yang panjang.
Jika Allah kehendaki dengan sekedip mata sahaja dunia ini akan musnah,begitulah Maha Perkasanya Allah, ini bukan suatu khayalan tetapi kenyataan, semua orang Islam mempercayai hakikat ini, sekiranya mereka tidak meyakini hakikat ini, mereka itu bukanlah termasuk dalam golongan orang Islam. Apakah yang manusia kehendaki di dalam kehidupan mereka yang hanya sementara ini sehingga mereka sanggup menggadaikan syariat Allah dengan mengutamakan kepentingan diri, adakah kita sedang leka dan lalai dengan kemewahan dan kedudukan yang dimiliki, apakah kita tidak yakin bahawa semuanya itu hanya buat sementara.Dunia ini hanya pinjaman dan tempat ujian, kita masih di dalam perjalanan dalam suatu musafir yang panjang menuju ke akhirat, apakah kita lupa hakikat ini?.


Peringatan untuk diri sendiri.

Sekian...wallahu aklam.

Menyokong sesebuah parti politik berasaskan dasar dan ketulusan pemimpinnya.

Salam semua.

Pada hematku.

Menyokong sesebuah parti politik berasaskan dasar dan ketulusan bukannya kerana terhutang budi.

Dasar dan pemimpin.
Pada hemat saya perkara penting di dalam sesebuah parti merujuk kepada dasar dan para pemimpinnya. Dasar dan pemimpin sangat penting dalam membawa hala tuju sesebuah parti politik, kesempurnaan dua perkara tersebut akan mampu menjana masyarakat ke arah kemajuan berterusan, kalau ini tidak dipentingkan atau diabaikan akan berlakulah pergerakan dan derap langkahnya pi mai,pi mai, tang tu juga.biarpun berlalu puluhan tahun.

Dasar atau perlembagaan parti perlulah dinyata dan didedahkan kepada rakyat supaya rakyat dapat menilainya dan akhirnya membuat keputusan sama ada menyokong atau menolaknya.Kalau parti itu memperjuangkan atau ingin menegakkan Islam contohnya, mereka perlu nyatakan di dalam perlembagaan parti atau dasar mereka.Kalau hanya riuh di hujung lidah sahaja tanpa suatu catatan akhirnya akan dilupakan dan pupus begitu sahaja, perjuangan tersebut hanya akan bertunas mengikut musim sahaja. Dasar merupakan teras sokongan bukan pemimpin kerana pemimpin boleh bertukar ganti, pergi dan datang.

Pemimpin perkara kedua pentingnya
Pemimpin adalah pihak kedua yang dinilai, sama ada mereka mampu merealisasikan dasar atau sebaliknya, hanya mereka yang mampu dan layak merealisasikan dasar sahaja yang patut dipilih, mereka yang layak itu semestinya mereka yang beramanah dan berakhlak baik atau mulia. sahsiah yang abstrak ini dapat dilihat melalui penampilannya di dalam masyarakat.setelah terbukti barulah layak dipilih.Rakyat awam memerlukan ilmu pengetahuan untuk menetapkan rasionalnya, mereka yang daif dalam hal ilmu ini akan terjebak dengan pemilihan kerana terhutang budi, akhirnya perancangan untuk kemajuan negara akan tersadai dan program memajukan individu pula yang akan berjaya dilaksanakan.

Pemimpin penting.
Pemimpin lebih penting sebelum sesebuah parti itu wujud, ketika parti belum wujud dasar dan perlembagaannya juga belum wujud. Pemimpinlah yang akan merangka dan mewujudkan dasar atau perlembagaan parti. hanya mereka yang berkelibar dan berwibawa sahaja mampu merangka dasar tersebut.Oleh itu tugas itu perlulah diserahkan kepada pemimpin yang berwatak demikian, sahsiah seperti itulah yang layak dipilih. Selepas itu dasar perlulah dijaga dan dikawal supaya penghayatannya istiqamah dan dipatuhi, tanpa kepatuhan akan berlaku penyelewengan, penyelewengan perlembagaan lazimnya dilakukan oleh pemimpin yang telah dipilih dan sedang menjawat sesuatu jawatan parti. Sebab itulah ada ketikanya dasar dan pemimpin sama pentingnya. Dasar perlu akur dengan kehendak masyarakat dan pemimpin hendaklah jujur melaksanakannya.

Mengenang budi.
Kita sering mendengar ungkapan yang menyatakan rakyat tidak mengenang budi terhadap jasa kerajaan, adakah kerajaan tugasnya menabur budi kepada rakyat atau kerajaan menjalankan kewajipan dan tugas yang diamanahkan kerana kerajaan itu bukan individu tetapi suatu pasukan yang besar merangkumi semua ahli parlimen yang telah dipilih termasuk rakyat yang memilih dan rakyat yang membayar cukai. Segala perbelanjaan yang dikeluarkan dan dibelanjakan adalah hak rakyat, manakala pemimpin yang menguruskannya hanyalah menjalankan tugas dan diberikan ganjaran bulanan di atas tugas mereka itu, budi patut dikenang tetapi bukan sehingga mengorbankan keadilan dan ketulusan. Tiada siapa pun yang terhutang budi kerana rakyat berada di bawah tanggungjawab kerajaan.mungkin mereka hanya menerima budi yang tidak perlu dibayar kerana pihak yang menabur budi telah menerima bayarannya, juga daripada kerajaan.

Apa pun hujah diberikan syariat Islam yang tersirat di dalam dada adalah menjadi keutamaan ketika membuat apa sahaja pertimbangan.Bagi yang bukan Islam keadilan sejagat mungkin menjadi panduan mereka.

Sekian...wallahu aklam.

Menjaga dan memelihara amalan serta penghayatan Islam.

Salam semua.

Menjaga dan memelihara amalan
serta penghayatan Islam di kalangan masyarakat.
Pada mulanya saya meletakkan mauduk ini " Menjaga dan memelihara Islam", masih boleh difahami walaupun terasa ungkapan itu kurang tepat tetapi dari segi tersiratnya masih tepat. Dari aspek zahir kalamnya Islam tidak perlu dipelihara kerana ianya telah lengkap dan sempurna, Islam datangnya dari Allah, Allah menurunkan Islam untuk manusia menghayati dan mengamalkannya.Sekiranya berlaku kekurangan, kekurangan itu bukanlah kekurangan Islam itu sendiri tetapi kekurangan itu adalah berlaku pada penghayatan dan amalannya oleh manusia. Islam tetap seperti asal atau seumpama yang diturunkan kepada Rasul.Oleh itu apa yang perlu dijaga dan dipelihara ialah pengahayatan dan amalannya oleh manusia yang mengaku dirinya Islam. Dengan itu tertegaklah Islam.

Menilai orang yang selayaknya memelihara penghayatan Islam.
Ramai di kalangan orang politik mengakui merekalah di antara orang yang menjaga tahap penghayatan dan amalan Islam, kenyataan tersebut terdapat juga yang diragui kerana terdapat di kalangan mereka sendiri tahap penghayatan Islamnya tidak menjadi contoh kepada orang lain, sebaliknya di dalam kehidupan sendiri dan keluarga pun tidak meyakinkan.
Mereka tidak menyerlahkan dan juga tidak terbukti bahawa mereka menguasai ilmu pengetahuan mengenai Islam.Ini dapat dibuktikan melalui kenyataan yang bercanggah berulang kali serta program dan projek yang bercanggah yang sengaja dirancangkan.
Sifat orang yang sayangkan Islam tentunya sentiasa mempelajari dan mendalami ilmu Islam sehingga ianya merubah sikap kepada bertambahnya sifat cintakan Islam dan membuktikan cinta itu melalui penghayatan dan amalan, perubahan ini juga akan mempengaruhi gaya hidup seseorang.

Cintakan cara hidup Islam
Hanya mereka yang cintakan cara hidup Islam sahaja yang layak menjaga Islam atau menjaga penghayatan Islam dan amalannya.Selebihnya hanya bercakap tidak serupa bikin dan menanam tebu di bibir mulut sahaja kerana ingin mendapatkan udang di sebalik batu.Mereka inilah sebenarnya memperalatkan Islam untuk kepentingan diri, mereka yang telah memahami Islam sukar hendak diperbodohkan, masakan orang yang tahap pengetahuan Islamnya tidak terserlah serta penghayatannya juga rendah, bersungguh-sungguh pula hendak menjaga dan memelihara penghayatan dan amalan Islam di kalangan masyarakat.Mampukah orang seperti ini menjadi pagar untuk memelihara penghayatan dan amalan tersebut. Sedangkan orang yang berada di dalam pagar lebih menghayatinya, bukankah situasi itu mewujudkan panorama yang tidak sejajar dan tidak boleh dipercayai.

Sekian...wallahu aklam.

Betapa lemahnya diriku.


Salam semua.

Betapa lemahnya diriku.
Aku tidak berani mengatakan orang lain lemah kerana mungkin mereka kuat dan perkasa tetapi kalau anda juga mengakui diri anda lemah seperti diriku, aku menerimanya. Mengapa tidaknya hidung dan pipi serta dahi yang terletak sebaris dengan biji mata kita tidak mampu melihatnya.apabila sampah masuk mata pula memerlukan bantuan orang lain untuk mengeluarkannya. Aku mampu melihat separuh sahaja dari diriku, aku tidak mampu melihat gaya diriku berjalan atau berlari, aku tidak mengetahui dengan tepat sama ada diriku bujur, panjang atau bulat, aku juga tidak mengetahui pandangan orang lain terhadap diriku.

Sesungguhnya benarlah aku mempunyai banyak kelemahan, dalam pada itu aku juga pelupa, dalam keadaan lupa diri aku merasai diriku seorang yang hebat, seorang yang hampir sempurna, menyebabkan aku terlupa membuat muhasabah diri, asyik memandang ke hadapan tanpa beralih ke belakang, pada hal aku tidak mengetahui apa yang berlaku di belakang.sekali sekala aku juga mengulas kelemahan orang lain, suaraku kekadang garang dalam menyatakan pendapat dan pandangan, kekadang aku juga tidak perduli pendapat kekawan dan kelihatan tidak menghormati kebolehan orang lain.

Cermin kaca.
Nasib baik aku mempunyai cermin kaca yang dapat aku lihat diriku tetapi cermin juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri,apabila aku melihat diriku melalui cermin kaca diriku bertukar, kanan jadi kiri, apabila aku beralih dan memberi belakang ke arah cermin, aku hanya dapat melihat separuh sahaja .Apabila aku meletakkan cermin di depan dan belakang, kiri dan kanan, diriku pula kelihatan atau menjadi ramai.Nampaknya tidak akan sempurna juga jika membuat muhasabah melalui cermin kaca.

Kawan dan masyarakat adalah cermin kita.
Aku teringat peringatan seorang kawan yang menyatakan bahawa kawan dan masyarakat ibarat cermin diri kita.Nampaknya untuk muhasabah diri aku terpaksa mendapatkan nasihat dan teguran daripada kekawan yang rapat kerana mereka ibarat cerminku.Dengan itu aku akan lebih kenal diriku, (kenapa pelik ka ayat ini?), bukankah kita hanya kenal separuh sahaja diri kita.

Kita hanya kenal separuh.
Aku kenallah anakku, aku kenallah suamiku, aku kenallah ibuku dan aku kenallah bapaku. semua kenyataan yang diluahkan itu tidak tepat, sebenarnya kita tidak kenal sepenuhnya anak kita sendiri, kita melihat anak kita bulat dan cantik tetapi orang lain melihat anak kita panjang dan kurus kerana kita melihat dengan menggunakan mata yang berlainan, begitulah juga suami/isteri atau ibu bapa, kita mempunyai pandangan dan tasauwurnya yang tersendiri dan orang lain pula melihat serta memberi pandangan dan tasauwurnya berbeza dengan kita.Nampaknya untuk memperbaiki dan memajukan diri dan keluarga, disamping berusaha sendiri
, kita juga memerlukan bantuan orang lain.

"HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI"

Sekian...wallahu aklam.

Tuesday, November 23, 2010

Apa gunanya menjadi manusia, kalau.........

Salam semua.

Apa gunanya menjadi manusia kalau akhirnya masuk neraka.

Jom. kita sembang isu yang berat-berat tetapi pendekatannya secara ringan-ringan...memang betul apa gunanya jadi manusia kalau akhirnya terpaksa masuk neraka...bukankah neraka itu tempat siksaan dan deraan yang paling pedih, semua bangsa dan semua agama mengetahuinya...semua manusia di atas muka bumi ini berusaha mengelakkannya, cuma cara dan pendekatannya sahaja yang berbeza.Perbezaan itulah yang menyebabkan gagal untuk menyelamatkan diri, ibarat berjalan di dalam gelap tanpa cahaya penyuluh...Tanpa cahaya manusia tidak mungkin dapat berjalan dengan selesa di atas dunia ini.Jalan ke neraka disangkanya jalan ke syurga.salah pilih jalan boleh berlaku, sesat beramai-ramai juga boleh berlaku ke atas kumpulan manusia yang berjalan tanpa cahaya.

Matahari dan bulan adalah cahaya penyuluh alam nyata.
Bukankah manusia memerlukan cahaya sepanjang masa, mereka memerlukan matahari, bulan, bintang dan punca cahaya yang lain untuk menerangi persekitaran kehidupan mereka.Lampu atau cahaya yang disebutkan itu hanya untuk menerangi alam yang nyata sahaja. Untuk menyelamatkan diri dari disiksa di dalam neraka manusia memerlukan lampu atau cahaya yang lain.Lampu yang mampu menyuluh ke alam yang ghaib.

Kalau akhirnya terpaksa masuk neraka lebih baik manusia menjadi tanah sahaja kerana tanah tidak akan disiksa di neraka.Adakah manusia mempunyai pilihan untuk menjadi tanah atau alam flora ?. jawabnya...tidak....manusia tiada pilihan untuk menjadi makhluk Allah yang lain.

Lampu penyuluh ke jalan yang benar dan selamat.
Lampu penyuluh ke jalan yang benar dan selamat adalah bersifat perkara ghaib, bukan lampu atau cahaya yang dapat dikesan dengan mata kasar tetapi cahaya yang dapat dikesan dengan minda dan mata hati.. Apakah lampu itu ?...jawabnya...Ilmu...Ilmu adalah cahaya, ilmu adalah lampu penyuluh kehidupan di dunia dan akhirat....mendapatkan ilmu hendaklah mengikut tertib yang tertentu, di antaranya bermula dengan mengenal Allah ( makrifatullah), mengenal Allah yang menciptakan dirinya dan sekalian Alam semesta ini.Setelah manusia mengenal Allah segala perkara di hadapannya akan menjadi lurus dan menjurus ke lokasi yang betul dan tidak akan sesat lagi.

Memiliki pengetahuan dan pelajaran yang membawa kepada kesesatan dan menjurus kepada menerima azab di neraka tidaklah dinamakan ilmu kerana situasi itu masih digelar jahil. Sebaliknya ilmu hakiki dapat mengesan dan mencapai kebenaran dan hakikat syurga dan neraka.Ilmu juga bermaksud mengetahui, sekiranya perjalanan manusia itu membawa ke neraka, situasi ini menunjukkan tidak mengetahui atau tidak berilmu. Tidak berilmu disebut juga sebagai jahil atau sesat.

Manusia sebenarnya jahil melainkan setelah disampaikan wahyu dan taufik serta hidayah kepada mereka. Ilmu hakiki disampaikan secara wahyu kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi,
akhirnya ilmu hakiki ini tersirat di dalam minda Rasul dan Nabi. kemudiannya disampaikan pula kepada pengikut-pengikut mereka.Melalui ilmu inilah manusia mengenal Allah (makrifatullah), Al.Quran adalah gedung ilmu hakiki , manakala Al.Hadis bertindak sebagai penerang kepadanya. Hadis menghalusi dan memberi faham segala ilmu yang terdapat di dalam al.Quran sehingga mampu dihayati dan diamalkan serta direalisasikannya.

Sekian...wallahu aklam.