Thursday, November 4, 2010

Kalau kita marah seseorang.....

Salam semua.

Kalau kita marah seseorang:

Hakikat kejadian manusia:
Allah jadikan manusia terdiri daripada unsur roh dan jasmani, roh dikatakan dicipta terlebih dahulu sebelum jasmaninya.Huraian mengenai roh sangat rumit untuk difahami dan tidak mampu dipanjangkan ke pengetahuan orang lain, hanya memadai untuk dihayati diri sendiri, selebihnya terserahlah kepada Allah kerana perkara itu adalah pekerjaan Allah yang menjadi amat rahsia bagi manusia.Manakala jasmani manusia lebih memahaminya berbanding dengan hakikat roh .

Jasmani manusia dapat dirasa,disentuh dan dipegang, manakala roh hanya dapat diketahui oleh mereka yang sempurna akal sahaja. Jasmani dijadikan daripada tanah, demikianlah yang telah diterang di dalam al.Quran. Orang yang telah mati setelah dikuburkan dalam tempoh tertentu, jasmani ( badan ) manusia akan kembali menjadi tanah, hakikat ini diterima dan dilihat sendiri oleh manusia tetapi kejadian roh tidak mampu dijelaskan secara terpeinci. Disebabkan terdapat unsur roh dalam diri manusia maka wujudlah perasaan di dalam hati atau minda mereka.Perasaan pula bermacam-macam, suka, duka, sayang, marah, merajuk dan seumpamanya.

Selain daripada manusia Allah juga mencipta jin syaitan atau iblis di dunia ini. Iblis syaitan dimungkinkan oleh Allah meresap ke dalam hati atau minda manusia dan boleh hidup dalam badan manusia, jika mereka kehendaki untuk berbuat demikian, tanpa izin Allah makluk ciptaan-Nya tidak akan bermaya. kerja iblis syaitan tiada yang baik melainkan kejahatan semata-mata.

Marah melampau dan keterlaluan.
Apabila seseorang itu marah secara melampau terhadap individu yang lain atau tersirat di hati secara keterlaluan, keadaan demikian dikatakan telah dipengaruhi iblis syaitan kerana manusia tidak selayaknya memarahi kelibat seseorang manusia di atas dunia ini, walaupun seburuk mana atau sejahil mana manusia itu kerana kelibat tersebut adalah ciptaan Allah, memarahi kelibat tertentu secara melampau bermakna memarahi Allah sebagai Penciptanya, seolah-olah kemarahan itu menyatakan bahawa Allah tidak patut mencipta kelibat tersebut, kemarahan melampau juga secara tidak langsung telah mengambil alih situasi membelakangkan larangan memutuskan silaturrahim sesama Islam, Ujian Allah sebenarnya datang dari berbagai sudut, jika manusia gagal menanganinya, iblis syaitan akan mengambil kesempatan menewaskannya dengan menjana sifat marah dalam diri manusia, marah ibarat api yang sedang membara, hanya air yang dapat mengalahkannya, sebab itulah ketika marah disyorkan mengambil wuduk, sekiranya marah aktif berterusan maka terciptalah kucar-kacir dan huru hara di dalam kehidupan manusia, di mana kita akan turut terlibat dalam sumbangan sebahagia keburukan itu. Senjata yang paling ditakuti dan berkesan untuk mengalahkan iblis syaitan ialah solat yang dikerjakan dengan ikhlas dan sifat sabar yang dihayati sepanjang masa.

Marah hanya pada sikap:
Tidak dinafikan bahawa Allah jualah yang mengurniakan sifat marah kepada manusia tetapi kemarahan perlu ada batasnya yang tertentu.Marah boleh disasarkan kepada sikap dan sifat yang buruk yang ada pada seseorang bukan kelibatnya, memutuskan silaturrahim sesama Islam adalah dilarang sama sekali di dalam hukum dan ajaran Islam.

Berdoa untuk kebaikan sesama Islam.
Sekiranya kita masih wujud kelibat yang dimarahi dan berbaki beberapa individu lagi, seeloknya dibuat muhasabah sama ada kemarahan itu patut diteruskan atau dihentikan segera.( kemarahan yang berterusan sesama Islam tiada di dalam ajaran Islam ). Buatlah muhasabah itu ketika dan waktu yang sesuai supaya hasilnya berbaloi. Disyorkan masa dan waktu untuk bermuhasabah itu ketika hendak tidur pada waktu malam sekalipun ianya akan mengganggu tidur kerana ketika itu seorang itu tidak mampu membohongi diri sendiri bahawa dirinya di pihak yang benar, kalaupun di pihak yang benar, Allah tidak mengizinkan kemarahan yang dimuatkan dalam acuan kita sendiri tanpa merujuk kepada ajaran Allah, kerana Islam menggalakkan kita bermaafan sesama Islam.Anggaplah mereka yang bersalah itu jahil dan tidak mendapat taufik dan hidayah dari Allah, Berdoalah sentiasa untuk kebaikan diri kita dan kebaikan dirinya,( sebelumnya saya terlebih dahulu berpesan kepada diri sendiri ) sekuarang-kurangnya doa tersebut seperti berikut yang sering kita doakan tetapi mungkin tidak membayangkan kelibat yang dimaksudkan, " Allahummaghfir lil muslimin wal muslimat" yang bermaksud " Ya Allah ampunkanlah sekalian orang muslimin dan muslimat", doa ini sudah tentu termasuk orang yang kita marahi.


Sekian...wallahu aklam.

2 comments:

Hunny said...

saya sentiasa doakan semua orang, dan ada juga doa khusus untuk orang yang saya marah. Tapi saya dah maafkan pun..:)

Leenoh said...

Salam Hani.

Jangan marah-marah..teringat lagu tu pula.hehe..tapi penyanyinya dah lupa siapa ya.