Monday, November 1, 2010

Menang kerana sogok dan akibatnya .

Salam semua.

Artikel ini hanya ingin membuat andaian, bukannya realiti. kalau pun pernah berlaku dan ada realitinya, saya hanya mendapat maklumat dari media tertentu sahaja pada masa yang lampau, lebih baik artikel ini hanya berlandaskan andaian sahaja dengan tidak melibatkan sesiapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Jom, buat andaian.
Sejak kebelakangan ini sering diperkatakan mengenai sogokan dalam berpolitik, sama ada di dalam pemilihan jawatan parti atau pilihan raya, wujud senario ini adalah terhasil dari berlakunya kemerusutan amalan akhlak mulia yang diperintahkan supaya dihayati sepanjang masa oleh setiap agama, khususnya ajaran Islam. Sekiranya diandaikan semakin ramai wujud mereka yang berpendidikan tinggi dan berpangkat tidak mampu menjaga moral yang mulia dan mampu pula membuat sogokan secara besar-besaran di mana Islam mengistilahkan perbuatan tersebut sebagai jahil dan sesat.

Apakah yang akan terjadi kepada masyarakat dan negara sekiranya situasi ini berleluasa?. Beberapa kekurangan dan kecelaruan akan wujud di dalam masyarakat dan negara, proses pemilihan pemimpin yang berkualiti akan gagal, pemimpin yang tidak berkelayakan akan terpilih dan akhirnya menjadi pemerintah negara.mereka ini tentulah mempunyai pengikut yang ramai dan pengikutnya juga akan turut tidak berkualiti dan juga tergolong di dalam kumpulan penyogok ( rasuah ).

Orang yang mampu menyogok.
Mereka yang mampu menyogok (memberi rasuah) hanyalah mereka yang mempunyai banyak wang, kiranya ini tidak berjaya dihalang dan dicantas, negara akan diperintah dan dikuasai oleh mereka yang mampu membeli rakyat dan mereka ini pastinya terdiri dari orang yang mencari wang dan mengumpul kekayaan serta tidak memperdulikan kesusahan rakyat, mereka juga sanggup menjadikan rakyat yang miskin sebagai batu loncatan mereka dengan bermodalkan wang sogokan, rakyat yang dibeli hanya merasai kesenangan hasil menerima sogokan itu sekadar beberapa meminggu sahaja tetapi akibat dari perbuatan mereka itu negara tergadai kepada mereka yang kemaruk wang dan harta.

Penerima sogokan dan penyogok mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara, mereka yang mengizikan sogokan dan rasuah ini hidup subur akan menerima padahnya di akhirat nanti, mereka inilah pengkhianat agama, bangsa dan negara.

Senario ini menyebabkan negara dan masyarakat tidak akan terbangun dengan memberi kesejahteraan kepada rakyat, setiap polisi yang akan diluluskan yang kelihatan melalui peraturan dan undang-undang secara sah akan mengandungi udang disebalik batu.

Pemimpin yang terlantik secara sogokan akan menjadikan kerjabuat mereka semuanya tidak sah , walaupun kelihatan sah tetapi hakikatnya tidak sah, seumpama bersolat tanpa wuduk, semua rukun dan sunat solat dilakukan dengan sempurna tetapi solatnya tidak sah kerana solatnya dilakukan tanpa wuduk. atau seumpama bersae ketika menunaikan fardu Haji tanpa melakukan tawaf terlebih dahulu, walaupun Sae dilaksanakan 7 kali seperti yang diperintahkan tetapi suruhan sebelumnya tidak dipatuhi iaitu bertawaf terlebih dahulu, manakala semasa bertawaf pula wajib dalam keadaan berwuduk. Begitulah syarat-syarat yang bersangkutan itu hendaklah dipatuhi dan dipenuhi barulah kerjabuat itu menjadi sempurna dan memberikan kebaikan.

Tidak ragu lagi.
Pemimpin yang mengamalkan sogokan untuk memenangi sesuatu pemilihan jawatan atau pilihan raya , tidak diragui lagi bahawa mereka itulah pemimpin yang akan merosak dan menggadaikan negara semata-mata inginkan kesenangan hidup diri dan keluarga , mereka inilah sebenarnya musang berbulu ayam. Apabila pemimpin merasakan dirinya tidak bersalah melanggar peraturan negara dan boleh melakukan apa sahaja, dibelakang sana akan diikuti pengikutnya dan akan merebaklah gejala tersebut di seluruh negara, semakin sukarlah kita mengawalnya.

Sekian...Wallahu aklam.



No comments: