Wednesday, November 3, 2010

Gigih berpolitik sebelum memilih parti yang sesuai.

Salam semua.

Gigih berpolitik sebelum memilih parti yang sesuai.
Hari ini aku ingin menulis artikel mengenai politik yang berstatus kampungan atau setaraf dengannya, aku menyatakan demikian kerana pengetahuanku mengenai politik tidak sampai ke pentas yang lebih tinggi, aku hanya seorang pemerhati yang sentiasa berada dalam keadaan atau jarak yang jauh dari pentas sebenarnya.Aku bukanlah ulat buku atau lain-lain ibarat yang menunjukkan seseorang itu rajin membaca dan memiliki banyak maklumat. Atas situasi demikian dan kadar pemerhatian itulah juga aku akan tulis topik ini.

Mencari kedudukan yang lebih selesa.
Manusia zaman ini mencari kedudukan diri dan berikhtiar meletakkan diri di tempat yang agak tinggi dengan berbagai cara, mereka yang melibatkan diri di dalam politik berparti agak jelas wawasan mereka, tetapi, selain itu terdapat juga mereka yang aktif berpolitik tanpa parti, mereka ini kelihatan seumpama tidak berpolitik dan tidak minat dengan politik. Pada hal mereka sebenarnya sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengisytiharkan parti politik yang mereka akan pilih.manakala dalam tempoh itu mereka pulon dan bersungguh-sungguh memperkenalkan diri kepada khalayak, sambil menjana dan membina tokoh diri yang telah pun menampakkan riak dan bayangan sokongan yang semakin ramai dan peminatnya yang semakin bertambah, setelah mereka rasa um dan aura tokoh di dalam diri telah mencukupi , mereka akan beralih pula kepada pemilihan parti, semua parti politik akan dikaji untuk menilai dan membuat penentuan, parti yang dirasakan boleh menjadi batu loncatan, maka parti itulah yang akan dipilihnya, mereka akan memanjat batu itu dan akan berada di atas batu itu buat seketika sambil menunggu masa dan ketika untuk melompat ke atas sehingga mendarat di puncak yang diidam-idamkan.


Cakap dan nasihat mereka sebelum ini.
Setelah sampai di puncak, cakap dan nasihat mereka sebelum ini sebenarnya ibarat gula-gula dan jadam, gula-gula yang boleh memberi tenaga dan jadam yang mampu menjadi ubat yang mujarab kepada rakyat yang masih daif dan lemah dalam berbagai aspek.Ubat tersebut hanya mujarab buat seketika sahaja, manakala rakyat daif tadi akhirnya menjadi batu loncatan yang setia tanpa menyedari bahawa kepala mereka sedang dipijak oleh seseorang untuk naik ke atas, ke tempat yang tinggi dan selesa, bak kata pepatah "orang bodoh, makanan orang cerdik". Bukanlah suatu kesalahan cara berikhtiar yang demikian, asalkan tidak berusaha menarik turun orang yang sedia berada di atas yang sedang bekerja dengan baik dan jujur, jauh sekali bersenang lenang di sana.Sekiranya orang tersebut telah pun sampai ke puncak matlamat dan berlegar di puncaknya sekian lama dan besenang lenang di sana serta tidak melihat langsung ke bawah, mungkin orang tersebut sesuai ditarik turun ke bawah digantikan dengan orang lain pula yang lebih baik dan cukup auranya.


Cakap beralih tajuk.
Setelah menjadi ahli parti tertentu atau berparti, mungkin nada ucapan dan tajuknya beralih pula kepada tajuk baru yang seratus peratus atau sebahagiannya bertentangan dengan ucapan dan karangan yang terdahulu, umpama cicak yang akan berubah warna kulitnya mengikut tempat kediaman mereka. Kalau warna kediaman mereka hitam, hitamlah warna kulit mereka.kalau kelabu maka kelabulah warnanya.Bukanlah cicak-cicak ini tiada pendirian, sebaliknya itulah cara dan kaedah cicak-cicak itu menjaga keselamatan diri dan senang bagi mereka mencari rezeki kerana musuh sukar mengesan mereka.

Mereka yang memeluk, mendakap dan memegang Islam dengan kuat.
Sesiapa sahaja yang memegang, memeluk dan mendakap ajaran atau dasar Islam dengan kuat dan erat, mereka tidak akan bertukar nada atau topik, walaupun telah berubah tempat atau beranjak lokasi kerana Islam tidak berada di luar jasmani, malah ianya berada di dalam dada dan hati, ke mana seseorang itu pergi, pemergiannya akan bersama Islam kerana ianya telah mendarah daging. Kecuali, jika islamnya terpaksa berada di hujung lidah kerana di dalamnya dipenuhi dengan kebendaan.


Sekia...wallahu aklam.

No comments: