Showing posts with label Sembang - sembang mengenai puasa Ramadan - 37. Show all posts
Showing posts with label Sembang - sembang mengenai puasa Ramadan - 37. Show all posts

Saturday, September 12, 2009

Majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Penduduk ( Patrina).

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Persatuan Penduduk Patrina tempat saya tinggal sekarang telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa. Majlis seperti ini memang digalakkan oleh Islam kerana majlis jamuan begini mampu memberi pulangan yang sangat baik kepada mereka yang terlibat selain daripada janji Allah dengan pemberian pahala yang berganda, ianya juga dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara penghuni taman berkenaan, majlis ini diadakan sebentar tadi, jamuan ini ditaja oleh salah seorang hamba Allah penduduk taman ini, selepas berbuka puasa dengan memakan secara ringan terlebih dahulu tetamu akan pergi menunaikan solat Maghrib secara berjamaah terlebih dahulu , kemudian barulah balik semula menyambung makan makanan yang lebih berat, selepas itu disambung dengan bersantai dan bersembang-sembang dan beramah mesra, inilah kunci mengeratkan silaturrahim yang dimaksudkan tadi. sebaik sahaja masuk waktu Isyak kami sama-sama pula menunaikan solat Isyak berjamaah dan seterusnya solat sunat Tarawih.

kemudian sekali lagi para penduduk kembali ke khemah dan makan makanan apa-apa yang masih berbaki dan bersantai lagi di sini sehingga.............. , saya balik selepas menjamah semangkuk bubur kacang, setelah sampai di rumah saya mandi terlebih dahulu kemudian barulah menulis entri ini untuk tatapan anda.

Gambar disnapkan petang tadi.

tembok ini juga tempat kami berehat selepas solat tarawih
atau
selepas gotong-royong.


Inilah pondok tempat kami bersantai selepas solat Tarawih.


Hampir masa berbuka.


Klik: Nukilan - Temuk kawan baruku.


Sekian.Wallahu aklam.Wassalam.