Showing posts with label Aku orang Kedah bukan Kelantan - 494. Show all posts
Showing posts with label Aku orang Kedah bukan Kelantan - 494. Show all posts

Thursday, December 10, 2009

Kelantan dan orang bukan Melayu.

Salam semua.

Pada hematku.

Jangan sangka aku nak bercakap pasai politik.

Aku hanya nak bercakap pasai bahasa dan pertuturannya sahaja dan akan disampaikan dalam bahasa Melayu Kedah dan jugak penggunaan bahasa rojak, bukan pasai politi
k. Cuba hangpa peratikan orang Kelantan bercakap, depa istiqamah dengan cara depa bercakap, depa ada jati diri, sapa pun bercakap dengan depa , depa akan bercakap dalam loghat depa, sama ada depa bercakap dengan orang India ka, Cina ka, Siam ka, sesama depa ka serupa sahaja.

Kalau kita, bila bercakap dengan orang India, alih-alih lidah kita terpeleut jadi lidah depa, kalau bercakap dengan Cina pula lidah kita jadi keras pula, bahasa kita pun ikut jadi terbalik kong. Jadi macam mana depa nak cakap ikut kita, sedangkan kita yang ikut depa.

Depa yang kerja kat TV. Malaysia tu pun, bila bercakap dengan orang Indonesia, juruheboh kita pun dengan sepontan dah tukar rentak, tuan dan puan, encik dan cik sudah bertukar, ada yang jadi buk, ibu, bapa, pak. Kalau kita pi Indonesia, depa tukar cakap ka, bila depa cakap dengan kita, Pi mana kita punya gaya dan cara pada ketika itu, prinsip kita dah hilang kot atau memang tak dak perinsip.Kekadang mula bercakap bahasa Melayu lepas tu dah jadi bahasa lain, seorang cakap Melayu dan seorang lagi bercakap Inggeris, jadi bahasa itik dan ayam.Siaran dalam bahasa Melayu tetapi penggunaan bahasa di dalamnya bahasa rojak dan pasmur.

Kebaikan yang dihasilkan oleh orang Kelantan mengenai penggunaan bahasa ini kerana depa bercakap dengan cara depa dengan tidak terikut-ikut dengan cara orang lain atau depa istiqamah. Istiqamah inilah yang menyebabkan orang Cina , India dan Siam fasih bercakap dalam bahasa kelantan dan Bahasa Melayu.

Nak tegelak. pada suatu hari kawan aku bercakap dengan orang Cina yang tidak dikenalinya, dia mulakan dengan gaya biasalah, alih-alih orang Cina itu menjawab dalam bahasa Melayu yang amat fasih lagi baik rangkaikatanya. hah lucu kan.

Nampaknya kita nak kena ubah kebiasaan yang sedang diamalkan itu iaitu jangan ubah rentak bila bercakap dengan orang bukan Melayu.

Maaf ya aku bukan nak mengata, cuma cerita yang realiti sahaja.Aku pun kekadang macam tu gak. Elok juga difikir-fikirkan hal ini.kalau-kalau boleh menjadi lebih baik.

Cukup sekadar ini sahaja, wallahu aklam.