Salam semua.
Rezeki tempias Bajet 2010.
Tulisan ini ingin mencuit sedikit mengenai tajuk di atas. Tidak layak bagi saya untuk mengulas Bajet 2010 kerana saya bukanlah ahli ekonomi seperti mereka yang di luar sana, cuma sebagai rakyat yang memiliki sedikit ilmu pengetahuan ingin juga turut serta di dalam perbincangan tersebut, Hanya dua perkara sahaja yang ingin disentuh.
Pertama.
Mereka yang terlibat dan mendapat pemberian tersebut sepatutnyalah bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada mereka yang mencetuskan idea pemberian yang tecatat di bawah ini.
"Bayaran khas RM500 kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini".
Firman Allah yang bermaksud,
"Apabila mereka telah mendekati akhir idahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar".
"Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu".
Surah At.Talaaq ( ayat 2 - 3 ).
Kedua.
Setiap kali sesi pembentangan Bajet di parlimen sememangnya lengkap dan sempurna serta bertanggungjawab. Jarang dilihat mementingkan sesuatu pihak, kalau adapun bukanlah disengajakan.
Apa yang menghantui dan memeningkan kepala rakyat ialah berlaku kebocoran dan pembaziran ketika pelaksaannya. Diharap bajet kali ini dikawal dan dipagari dengan baik supaya pagar tidak lagi makan padi.
Rakyat sentiasa berdoa dan menaruh harapan agar negara menjadi makmur dan cemerlang kerana sudah tentu setiap rakyat cintakan negara yang makmur, aman dan berkat.
Sekian.wassalam,
_________________________________