Thursday, December 31, 2009

Sembang politik.

Salam semua.

Sembang politik bukan macam sembang bola.
Sokong politik bukan macam sokong bola.
Sokong politik kerana dasar yang dibawa.
Sembang politik kerana hala tuju negara.

Sokong politik biarlah berlandaskan agama.
Cakap politik bukan sekadar bangsa.
Bangsa tentulah penjaga pusaka.
Pusaka bangsa , agama dan negara.

Keadilan hajat semua bangsa.
Rasuah api yang membara.
Pengamal rasuah layak dipenjara.
Jangan diberi tempat di menara.

Orang baik menyokong yang jahat.
Pemimpin jahat nama terpahat.
Sukar rasuah hendak disekat.
Akhirnya akan menjadi adat.

Sokongan itu bukankah bersubahat.
Nanti dosanya sama-sama disukat.
Lama kelamaan akan menjadi berat.
Jangan sangka Allah tidak lihat.

Sekian.


Salah faham.

Salam semua.

Salah faham memang akan membawa akibat buruk kepada masyarakat, lebih buruk lagi kalau di dalam peperangan para askarnya tersalah faham arahan atau perintah ketua. Begitu juga dalam bidang agama kalau tersalah tafsir sesuatu hukum atau matan akan menyesatkan orang lain.
Dalam sesuatu arahan seharusnya kita perlu berhati-hati kerana akibatnya buruk, buktinya cuba lihat di bawah ini.

Adakah salah faham, sindir, ingkar , prasarananya tidak sempurna atau apa-apa lagi ?, kita pun tidak faham ye.

"Masyarakat prihatin"

Sekian.

Wednesday, December 30, 2009

Masih berada di dalam kebun.




Salam semua.


Saya masih memaparkan gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa lawatan ke lokasi tersebut, sedang saya memaparkan gambar-gambar di bawah ini minda saya terasa seperti masih berada di dalam kebun tersebut.

Laluan berbumbung.


Sekian.

Kebun Pak Awang.

Salam semua.

Sebaik sahaja saya duduk untuk menyiapkan entri ini teringat pula Rancangan Drama Radio Malaysia pada suatu ketika dahulu, iaitu Kebun Pak Awang di mana yang turut berlakon dalam drama ini ialah Abu Bakar Ahmad, kalau tidak salah saya beliau adalah bapa kepada Ramli Abu Bakar yang juga pesenaliti radio dan tv, mungkin Wahnuar , Tumok dan Pak Cha lebih mengingatinya dari saya.
_________________________

Ramli Abu Bakar sebenarnya bukan anak kepada Abu Bakar Ahmad seperti saya sangka.Baca ulasan di bawah ini.

Blogger attiah said...

would like to put things in perspective:
Abu Bakar Ahmad has no son by the name of Ramli. I know this because I am his daughter.
Would you know how I can get the whole series of the radio show ' Kebun Pak Awang'?
Regards

May 31, 2010 11:28 PM

__________________________________________

Saya bukan hendak menceritakan pasal drama itu , sebaliknya ingin memaparkan gambar-gambar dari kebun buah-buahan yang saya lawati pagi tadi, dalam perjalanan balik dari Ayer Hitam saya sempat singgah di kebun ini, sebenarnya kebun ini bukan lagi layak dipanggil kebun kerana keluasannya itu, setelah saya paparkan gambar-gambarnya nanti anda akan dapat menilai dan mengetahuinya. Gambar ini mungkin boleh menjadi motivasi kepada anda yang berminat dalam bidang ini.



Sekian.Wassalam.

Elok juga sekali sekala meronda-ronda melihat panorama untuk merehatkan minda.

Salam semua.

Pada pagi ini s
aya pergi ke Pasar Rabu yang mana pasar tersebut hanya menjual berbagai jenis kain dan pakaian, lokasinya terletak di Pekan Ayer Hitam iaitu bersebelahan dengan Sek.Keb. Ayer Hitam, pasar ini beroperasi pada setiap Rabu seawal jam 8.00 pagi sudah ada pengunjung sama ada pembeli runcit atau pemborong yang terdiri dari peniaga kain dan pakaian.

Pada hemat saya harganya lebih murah berbanding dengan tempat-tempat lain dan juga mempunyai banyak pilihan.
Selepas selesai membeli kain yan g saya hajati, kemudiannya saya pergi pula ke kawasan membeli-belah yang berhampiran di sini macam ada , di sini saya hanya membeli dua kilogram pisang tanduk untuk dijadikan pisang goreng ( bukan goreng pisang..he3) di samping melihat-lihat dan menikmati panorama di tempat yang jarang saya pergi.


Bahagian belakang dan luar kawasan sekolah

Saya hanya snap di bahagian sisi pasar sahaja.


Simpang Empat Ayer Hitam.
Kalau terus ke Yong Peng, kanan ke Kluang, kiri ke Batu Pahat dan arah ke belakang ke Simpang Ranggam dan terus ke Johor Bharu.


Bahagian ini beroperasi setiap hari.

Jika anda ingin meneruskan bacaan sila klik.

Lee Noh
BURUNG HELANG.
Apakah keistimewaan burung ini ?
Burung helang adalah sejenis burung yang mempamerkan penampilan bengis dan cergas, ditakuti oleh unggas yang lain, termasuk ayam dan itik...
Sekian. Wassalam.