Thursday, December 10, 2009

BTN - Modul dan Pemudahcaranya.

Salam semua.

BTN - Modul dan Pemudahcaranya.
Kini ramai orang bersembang dan berhujah mengenai BTN dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya. Kebanyakannya orang politik, saya rasa kalau yang berhujah itu orang akademik tentu suaranya agak berlainan sedikit.

Matlamat BTN akan digerakkan oleh modul dan fasinya, kalau modulnya baru dan cantik tentulah akan disangka menarik dan baik, sebenarnya belum tentu lag
i begitu hasilnya.Bak sebuah kereta baru dan berjenama baik, kalau dipandu oleh pemandunya kurang baik tentulah hasilnya kurang baiklah juga.

Saya pernah dua kali menjadi peserta BTN di Teluk Burau, Langkawi dan juga di tempat lain.Kalau nak diceritakan pengalaman berkursus BTN rasanya boleh buat beberapa entri juga, setakat ini saya belum berminat hendak menceritakan secara khusus mengenainya tetapi berminat membaca cerita-cerita yang terpapar di media yang bersepah di laman blog dan lain-lain.
Saya perasan juga bahawa hujah-hujah yang diberikan itu ada yang tersasar dari kenyataan dan ada yang mengena dan disentuh dengan tepat - modulnya kalau nak dimurnikan lagi rasanya munasabah dan relevan juga, termasuk pemudahcaranya.

Bagi saya pemudahcara dan penceramah sama pentingnya dengan modul, kenderaan dan barangan yang dimuatkan di dalam kenderaan itu juga sama penting dengan pemandunya, tegasnya semua kenalah baik dan bermanfaat untuk semua.

Hanya pandanganku yang sedang berdiri di kaki bukit, pandangan mereka yang berada di puncak bukit mungkin lain pula , apapun jangan abaikan mana-mana pandangan yang baik dan berkualiti.

Sekian.Wallahu aklam.


No comments: