Tuesday, December 15, 2009

"ENTRY" yang ke 500 - Apa aku nak tulis.

Salam semua.

Setelah banyak entri di dalam laman sesawang ini, kini mencecah 500 topik , ada yang kecil dan ada yang besar, yang betul dan ada yang merapu. Sekarang aku terasa macam nak rehatkan diri, terasa nak rehat ni ketika tiada idea atau bahan nak tulis saja, apabila datang idea lantas tulis semula walaupun idea merapu-merapu sahaja.Hari ini agaknya aura menurun.

Kalau banyak entri ramailah pengunjung kerana entri kita punyai itu terpapar di laman google sana. sekarang kalau taip "Kehidupan Bersih" di petak google dan tekan enter akan naiklah laman ini tersusun-susun topiknya, maklumlah dah 500 entri.

Sebenarnya entri ini belum pakai lagi, nanti kalau ada idea aku akan tulis semula di bawah atau di laman baru...ini cuma merapu sahaja.


#####

Rasa macam ingin berpuisi.
tetapi takut ketandusan isi.
2012m tahun aku menanti.
1433h juga tahun akad janji.

Dari dulu adanya halangan.
kerana jasmani tidak seimbang.
penantian itu memang menyiksakan.
kiranya aku bersayap sudah kuterbang.

Perkara dulu belum selesai.
kini perkara baru muncul pula.
sudah bertambah yang belum langsai.
semakin berat beban di jemala.

Dunia memangnya tempat ujian.
biar siapa pun penghuninya.
bukan amaran untuk kalian.
tiada kecuali terima ujiannya.

Doaku bukan tahun 2012.
tetapi lebih ke atas.
2009 yang telah lepas.
kepada taqdir aku beralas.

Insya Allah ucapannya ringkas.
itulah jua menjadi alas.
agar kerja menjadi ikhlas.
balasan diterima bukannya hampas.

#####

Insya Allah, kita jumpa lagi.

9 comments:

Dee said...

congrats! 500 dh..cayalah..

Leenoh said...

Salam Dee.

Entri yang masih dalam draf pun masih ada lagi tersimpan, yang keluar menemui kekawan hanya 500. entri yang baki di dlm draf tu hanya utk syok sendiri...he3.

Terima kasih kerana sudi membaca merapu saya tu hehehe.

Mak Su said...

semoga lebih berjaya lagi :)

Leenoh said...

Salam.

Sama-samalah kita mencari keredhoan Allah, hanya di dunia ini sahaja medan cariannya.

Insya Allah sam-sama berjaya.

KUNTONG said...

Sdr Leenoh :
Selamat berehat, tapi saya tahu anda berehat untuk mengumpul idea dan simpan. Semoga terus maju.

Anonymous said...

Salam Leenoh.

"Lambaian Kaabah 2012"...boleh buat tajuk entri baru.

Leenoh said...

Salam Kuntong.

Saya pun tak pasti sama ada boleh berehat atau tidak...menulis ni nampaknya sudah ketagih cuma tiada idea sebab itu rasa nak berehat tu.

mungkin sehari dua sahaja kot mampu berehat....ha3

Leenoh said...

Salam Zaidi.

Teringat pula " Di Bawah Lindungan Kaabah" - Novel Hamka.

Mungkin akan muncul pula idea enta " Lambaian Kaabah 1012" akan berubah menjadi " Lambaian Kaabah menghampiriku" sebab doaku agar lebih awal dari itu.

akan dipertimbangkan.... he3.

Anonymous said...

Hi !.
might , perhaps very interested to know how one can make real money .
There is no need to invest much at first. You may start to receive yields with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you need
AimTrust incorporates an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

Its head office is in Panama with structures around the world.
Do you want to become really rich in short time?
That`s your chance That`s what you wish in the long run!

I feel good, I began to take up income with the help of this company,
and I invite you to do the same. It`s all about how to select a proper partner who uses your money in a right way - that`s AimTrust!.
I take now up to 2G every day, and my first deposit was 1 grand only!
It`s easy to get involved , just click this link http://uteqakex.100megsfree5.com/qylehyz.html
and lucky you`re! Let`s take our chance together to feel the smell of real money