Sunday, December 6, 2009

Kalau anda berparti politik tahukah perlembagaannya.

Salam semua.

Jom kita sembang politik.

Aku sebenarnya seorang awam berasal dari kampung, bukan kampung dipinggir bandar tetapi kampung yang lokasinya jauh dari bandar dan di antara terkemudian mendapat kem
udahan eletrik dan air bersih tetapi mindaku rasanya bukan kampung-kampungan sahaja, sebaliknya kampungan dan bandaran sudah bercampur aduk, sudah asimilasi dan sepadu agaknya. Itulah aku kira ego aku sekarang ini........he3...

Sebab itu kalau aku ambil insuran aku akan meneliti polisinya, kalau aku terlibat dengan persatuan aku akan kenali peraturannya. Jika aku terlibat dengan parti politik aku akan meneliti perlembagaannya sama ada susuai atau tidak dengan aqidah dan pegangan serta anutanku. Oleh sebab aku tidak melibatkan diri dengan politik berparti maka tiadalah kewajipan untuk aku meneliti perlembagaan dan dasar tersebut. Walaupun aku tidak berparti, aku tetap berpolitik kerana itu adalah kewajipan rakyat dan kewajipan sebagai hamba Allah yang wajib menggalakkan amal makruf dan mencegah nahi mungkar.

Mereka yang begitu kuat berpolitik dan menganggotai parti politik, adakah mereka mengetahui dasar atau perlembagaan parti politik yang mereka menganggotainya, kalau mereka tidak kisah mengenai perkara ini, bagaimana pula mereka akan mengetahui perjuangan parti itu sama ada baik atau jahat, bagaimana mereka mengetahui bahawa perjuangannya itu baik dan sesuai dengan aqidah dan anutan mereka.

Adakah mereka mengharap atau menaruh harapan ke atas kewibawaan pemimpinnya sahaja, sedangkan pemimpin sering bertukar ganti, bagaimana kalau pemimpin hanya memimpin berdasarkan mindanya sahaja, bukankah keadaan ini akan menjadikan matlamat perjuangan tidak akan tercapai kerana perlembagaan diabaikan oleh pemimpin dan ahlinya, pemimpin akan membawa rakyat ke arah apa yang dia minat dan apa yang dia mahu.

Cuba lihat apa sudah terjadi kepada dasar bahasa kita sudah jadi pi mai, pi mai, tang tu juga. belum bergerak ke hadapan seperti sepatutnya.Pemimpin lebih banyak sebok dengan parti dan berkemungkinan kurang prihatin dengan negara kerana parti adalah tapak kedudukan mereka.Hanya mereka yang taat kepada Allah sahaja yang mampu membawa kita ke jalan yang betul dan benar.

Akhlak pemimpin dan cara hidup keluarga mereka perlu juga diperhatikan sama ada mereka bercakap serupa bikin atau sebaliknya. Biasanya kita hanya kenal mereka di kaca TV atau di majlis-majlis rasmi sahaja.bagaimana kita hendak jadikan mereka pemimpin berteladan, kiranya kita hanya kenal mereka di kaca TV sahaja

Dalam persatuan atau parti politik peraturan atau perlembagaanlah sebenarnya menjadi pemimpin yang adil dan saksama. semua ahli wajib patuh kepada perlembagaan terutamanya pemimpin, mana-mana pemimpin yang melanggar perlembagaan dan peraturan bermakna mereka telah menyeleweng dan khianat kepada parti atau persatuan dan tidak amanah lagi.

Kalau ahli parti hanya menaruh harapan ke atas kepala pemimpin sahaja, lambat laun parti mereka akan lemah dan rosak. Suatu perlembagaan yang sesuai dengan aqidah ahli dan harapan anda terhadap negara perlu dimiliki oleh parti . Kalau berlaku sebaliknya, perjuangan anda akan sia-sia sahaja. Anda diibaratkan seumpama Pak Turut yang mengikut tanpa tujuan tertentu. Islam adalah suatu cara hidup supaya hidup menepati ajaran Islam semua perkara tersebut sangat sesuai untuk diteliti.

Hanya pandangan peribadiku semata-mata.

Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.


2 comments:

Mak Su said...

kenalah kenal betul2 untuk kebaikan :)

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Ya. memang betul, sesuai dengan masyarakat berilmu...kan