Friday, December 18, 2009

Syabas MAIS dan JAIS.

Salam semua.

Berita terbaru yang saya terbaca di dalam media massa yang berkaitan dengan Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) dan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) ialah
mengenai perubahan atau kenaikan nilai mas kahwin daripada RM80.00 kepada RM300.00 dan terbaru ialah cadangan mewujudkan undang-undang mengenai sihir atau pengamal sihir iaitu salah satu cadangan penambahbaikan Undang-undang Syariah.Pada hemat saya kedua-dua pembaharuan tersebut adalah suatu tindakan proaktif dan positif yang dilakukan oleh MAIS dan JAIS, umat Islam Selangor khasnya patut memberi sokongan sepenuhnya terhadap pelaksanaan dan cadangan tersebut.

Mas Kahwin.
Kenaikan mas kahwin yang telah diputuskan itu sebenarnya tidak kelihatan sangat kenaikannya kerana masyarakat masih boleh mengubahsuai situasi yang sedia ada. pihak berkenaan ( keluarga pengantin ) hendaklah sanggup membuat perubahan kepada jumlah ( total) wang yang menjadi hantaran dan mas kahwin, contohnya; jika wang keseluruhan itu berjumlah RM10.000.00, maka jadikanlah RM300.00 sebagai maskahwin dan RM9700.00 sebagai wang hantaran. Kedua pihak perlulah bertolak ansur kerana perkahwinan itu bukan tuntutan adat tetapi ianya tuntutan ajaran Islam, oleh itu semua pihak wajib merujuk kepada ajaran Islam untuk memutuskan sesuatu terutama dalam hal yang amat penting ini.Beban yang ditanggung oleh masyarakat kita dalam hal perkahwinan ini bukanlah kerana tuntutan agama tetapi ianya lebih banyak kepada tuntutan adat. Sekiranya amalan adat yang tidak secocok dengan ajaran Islam itu ditinggalkan, sudah tentu semua pihak tidak lagi memikul beban tersebut.

Wang hantaran yang tinggi tidak sewajarnya dijadikan ukuran status sesuatu keluarga sama ada pengantin perempuan atau lelaki. Jika perkara itu menjadi ukuran masyarakat, ini bermakna kita telah membelakangkan apa yang telah dipelajari mengenai mauduk tersebut, tegasnya sebahagian ajaran Islam diketepikan.

Sudah sampai masanya orang kita meletakkan Islam di tempat yang teratas dan adat yang baik dibawa bersama.Sekiranya adat menguasai keadaan, lambat laun kerja buat kita akan rosak dan melanggar syariat Islam.

Adat perkahwinan yang salah yang sekian lama menjadi iringan dan bercampur aduk di antara yang Islam dan tidak islamik yang mendarah daging di dalam majlis perkahwinan perlulah dikaji dan disemak semula dan mana-mana bahagian yang mengeruhkan ibadat perkahwinan hendaklah disingkirkan supaya setiap perkahwinan diberkati Allah sehingga ke akhirat.

Pengamal Sihir.
Pengamal sihir adalah salah satu punca menyebabkan ramai orang lain turut menjadi syirik ( kafir ), perbuatan sihir dan mempercayai pengamal sihir bukanlah sesuatu yang remeh, sebaliknya suatu perbuatan yang menghasilkan dosa yang besar yang tidak diampunkan Allah. Syirik membawa maksud menyengutukan Allah, menyengutukan Allah ialah aqidah orang kafir, oleh sebab pengamal sihir dan pengikutnya yang mempercayai kuasa lain disamping mempercayai Allah maka kekafiran mereka itu tidak jelas di mata umum, diibaratkan musang berbulu ayam, bukan ayam tetapi musang, bukan Islam tetapi kafir. Dosa ini adalah amat besar di sisi Allah. Maka sewajarnyalah cadangan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah tersebut khususnya mengenai sihir ini patut disokong serta patut dipuji.

Syabas kepada MAIS kerana melangkah sederap lagi ke hadapan dalam usaha menjaga aqidah orang Islam.


Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

4 comments:

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Kalau ditanya semua bakal mempelai lelaki, mereka akan menjawab "bebanan terbesar datangnya dari nilai Hantaran Belanja, bukannya dari Mas Kahwin". Oleh kerana manusia bernafsu, kos keseluruhan RM10,000 pastinya akan dinaikkan ke RM10,220 ekoran kenaikan Mas Kahwin sebanyak RM220. Saya amat pasti!

Kenaikan kos Hantaran Belanja dari tahun ke tahun sentiasa berlaku kerana 3 perkara:-
1) Kenaikan harga barangan & servis (tidak dapat dielakkan)
2) Kejatuhan nilai Ringgit (tidak dapat dielakkan).
3) Terikut-ikut dengan piawai masyarakat (boleh dielakkan).

Tradisi meminang "anak dara Kelate" adalah yang terbaik. Nilai Hantaran "ikut suka hok mu!".

Leenoh said...

Salam Zaidi.

Memang benar, sebab itu saya sebutkan sebagai adat, hantaran utk dihanguskan dgn bunga telur dan berbagai-bagai lagi,
Mas kahwin tidak seberapa pun, nampaknya nak kena ajak depa ikut kelate, ambo ade soghe lagi anak terona...hehehe.

CT said...

Salam,

CT mai lagi nie :)
CT pun ada sorang anak teruna...kesian kat dia:(
kalau ente sudi mai laa baca pulak N3 ana kat sini: http://reminasikehidupan.blogspot.com/2008/07/kerja-kawin.html

Leenoh said...

Salam CT.

Terima kasih kerana rajin mai sini.
Insya Allah bila lapang ana pulak pi sana.
Rasa-rasa dah penah pi dah.tak pa ana pi lagi.